Sunday, 2 September 2012

Masih dalam Mood Raya atau..?

dalam mood makan kuih raya...heheh

Cuti hujung minggu yang panjang ditanahair, pastinya ada yang mengambil kesempatan untuk mengadakan rumah terbuka. Kalau dikira dengan hari ini, rasanya sudah masuk syawal yang ke16. Mood raya mungkin dah berkurang tetapi keinginan untuk memakan biskut/ kerepek raya rasa masih segar.

Esok nampaknya akan bermula penggal ke3 persekolahan disini. Biasanya hari pertama cuma guru sahaja yang hadir untuk mesyuarat dan sebagainya. Esoknya baru pelajar diwajibkan hadir. Acara tahunan setiap kali selepas perayaan adalah sedikit majlis diadakan oleh guru2 disekolah untuk meraikan Eid yang dipanggil Eid Party. Seperti kat tanahair juga, tiap2 tahun bila majlis hariraya cikgu2 diwajibkan membawa biskut2 raya masing2.  

Seperti biasa juga, tanpa dipinta Ummaidan tahu yang kena sediakan untuk Abu biskut2 yang akan dibawa kesekolah. Seperti yang diceritakan oleh cikgu2 pompuan kat sekolahnya, biskut raya Abu Aidan yang paling di'look forward' sekali sebab berbeza dengan yang selalunya mereka bawa. Biskut2 raya malaysia they said nice and tasty, yang akan sold out very fast.heheh..(sorry perasan sikit jer)

So memandangkan biskut2 raya yang dibuat terdahulu dah hampir abih dan tidak mencukup maka terpaksalah menyediakan kembali biskut2 nyer itu. Apa yang Abuaidan akan bawa ya kesekolah esok? 

  • kerepek gunting (our malay kerepek gunting much better than their version, most of them didn't know yang untuk rasa lebih rangup letaklah butter instead of minyak masak atau minyak sapi),


  • Tart nenas (tidak dibuat oleh orang sini),somehow they all admit yang tart memang sedap..memanglah favorite kan terutamanya yang gebu dan cair dimulut...
Penat btul nak menggulung kerena tiada acuan, jem pun kena buat sendiri..tp berbaloi sebab sedap

  • Suji pelangi (the first time yang dibuat utk this year, masa raya pun tak buat), teringat suji pelangi yang Wani SC buat masa nak raya, terbayang2 dan teringin nak cuba, memang sedap rasanya,


Yang lecehnya time nak buat bulat2 kecil tu jer lah, mixing adunan memang senang. Nasib baik ada helping hands. Kalau tak tahu mesti rs pelik kan mcm mana boleh jd warna warni tuh..hehe
Begitu tekun menguli, hingga gambar yg diambil pun tak dpt nak fokus, heheh

Yang 'helping hands' itupun requested his favorite kerepek jugak sebotol besar,

Sweet puri - hariraya hari tu pun dah buat tapi dia tak cukup, nak merasa lagi. this time letak butter instead of oil - memang rangup dan rapuh.

Lagi satu, kat sini ada makanan tradisi sewaktu Hari Raya dan jamuan raya yang dipanggil SAMAI yang dibuat daripada tepung beras. Pergi dirumah mana2 pun kat sini pasti yang ini akan dihidangkan terlebih dahulu, memang wajib,

 Semangkuk Samai yang kecil cukup untuk hidangan satu orang

 Bahan2 utama yang digunakan - vermicelli bersama  berjenis2 susu ...

 Penambah rasa - badam dan butter
Satu kemestian bagi mereka meletakkan parutan buah pala dan cardamon powder dalam masakan terutama utk dessert

Samai, hidangan vermicelli dimasak  bersama2 pelbagai jenis susu, memang berperisa susu. Suatu tradisi dan menjadi tradisi juga yang menyediakan samai dirumah ini adalah kerja Abuaidan, walaupun Ummaidan tahu mcmmana nak buat sebenanya, tetapi penghormatan buat dia, bagilah dia buat tiap2 tahun dan tiap2 kali nak makan..kurang2 boleh berehar kejap daripada tugas full time one and the only chef of the house, hehehe.
Samai-makanan pilihan dibulan syawal..tradisi & yang menjadi tradisi

Atas permintaan kawan2 yang setia, dikongsikan resepi untuk samai nie (jgn tak buat tau..heheh)

Bhn2 :
- susu pekat
- sus sejat
- susu segar
- vermicelli (yg dibuat fr pakistan @india lebih baik rsnya)
- 1/2sk buah keras (parut)
- 1/2 sk serbuk cardamon
- bbrp biji badam
- 1 sb butter

vermicellies yg terbaik
Caranya:-
- masukkan susu segar dalam periuk mengikut sukatan yang dikehendaki (separuh kotak cukup untuk hidangan 6 orang)
- campurkan susu sejat dalam 1/4 cawan
- campurkan susu pekat sehingga terasa manis mengikut selera
- taburkan serbuk cardamon dan serbuk buah keras yg diparut 
- ramaskan vermicelli menjadi lebih pendek/ patah2 kecil, masukkan kedalam periuk
- rendam badam dalam air panas sehingga kulit boleh dikupas, cincang halus, masukkan.
- masukkan butter
- masak sehingga vermicella terasa lembut
- hidangkan.

sekian, terima kasih.

8 comments:

  1. Rajin Ummu Aidan ni buat kuih :-) Samai tu bunyinya macam Payasam, dessert kegemaran masyarakat Tamil. My favourite tu. Saya juga suka Rasmalai, tapi susah nak jumpa di Malaysia sebab itu lebih kepada North Indian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama, payasam tuh tak pernah makan saya so tak tau sama ker tak..actually samai nih makanan north indian- yg muslim jer..yg hindu depa tak popular..cuma ms raya jer...rasmalai tak pernah rasa, abunya kata sedap..dia srh carik resepi la plak..

      Delete
  2. banyak nya biskut. Samai tu lemak macam cendol ke?..
    kongsikanlah resepinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. langsung tak mcm cendol..cendol lemak kepala, samai tuh semuanya susu..mmg rasa susu lah..nok kongsi resepi blh takut takde vermicellinya kat mesia, ya tak?

      Delete
    2. Ada! Saya pernah jumpa. Kongsila resepi...:-)

      Delete
  3. sekali ummuaidan kena masuk dpur bt kuih lpas raya la plak..hihihi.samai=susu.ayut minum sesudu jela jwab ye nnt.hihi.bila la nk g sna ni yerk Ummuaidan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...tak suka susu erkk...takyah dtglah yut..nani aku blk jumpa ayut..heehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads