Hujan lebat semalam rasanya dari pukul 3 pagi hinggalah keawal pagi (yang betul-betul lebat dalam 2 jam). Guruh berdentum-dentum, dalam kul 4 lebih, kawan Abu Aidan yang tinggal dikawasan rendah yang sentiasa dinaiki air call untuk tumpang letak kereta (berjaga-jaga kerana takut air semakin naik). Rupanya air dah overflow sikit melihat kepada lantai simen luar rumah dan kasut-kasut yang kebasahan, beberapa helai kain diterbangkan angin masuk kelongkang dan pagar depan juga telah terperangkap dengan sampah2 yang dibawa air, Alhamdulillah keadaan kemudiannya semakin reda kemudiannya dan tiada banjir berlaku. Begitulah yang biasa terjadi bila tekanan udara rendah, cuaca menjadi sangat panas untuk beberapa ketika dan kemudiaannya hujan akan turun samada lebat atau sedikit-sedikit disertai angin dan selepas itulah barulah balik kepada normal.
Itu baru melihat kepada kawasan sekitar rumah. Bila hari dah semakin cerah, hujan pun dah reda turunlah kekebun untuk melihat keadaannya. Not bad jugak bagi sesetengah tanaman,
Anak-anak timun batang yang baru saja nak membesar - hampir2 tercabut dengan akar2nya
Anak-anak radish - semuanya rebah
Pokok kacang
Jagung manis rebah kerana ditiup angin dan tanah menjadi longgar kerana hujan
Kobis bulat condong ditiup angin
Cili burung juga tertunduk
Anak2 sawi yang berusia 2 minggu - sesetengahnya mungkin dah mati kelebihan air
Benih2 kacang tanah yang baru disemai 2 hari lepas sudah bercambah namun tapisan tanah
atasnya terbuka kerana ditimpa hujan, nasib baik benih masih lagi pada tempatnya
Anak2 semaian cili & tomato juga tak terkecuali (lambat diselamatkan)
Nampaknya banyak yang memerlukan pertolongan, namun yang termampu terbuat setakat pagi ini adalah tegakkan jagung, tutup balik kacang tanah, baiki kedaaan anak2 timun batang dan betulkan pokok kacang. Yang lainnya terpaksa tunggu hari panas sikit agar tanah taklah lembik dan berair sangat untuk buat kerja-kerja baik pulih keadaaan. Alhamdulillah air juga tidak bertakung didalam kebun memandangkan Abu Aidan telah meninggikan batas2 dan membuat longkang kecil untuk mengalirkan air. Apapun sudah mengagak akan terjadi macam ni kalau hujan lebat, redha jer lah.
dasyat nya... pasti bukan sekadar hujan lebat... angin kencang bagai ribut juga...
ReplyDeleterasanya pun ribut jugak tu sbb byk yg melayang..mlm dlm umah tak perasan sgt keadaan diluar..
Deletesama la pagi tadi subuh2x tu PJ pon ujan lebat...mmg bestla smbung tido jap.huhuhu.takpe...nnt dh cerah ckit bt yg len ea ummuaidan :)
ReplyDeletesedap kan ujan2 tido huhu..tp akak tak leh tido dr kul 3, takut gak bunyi guruh berdentum dentam.nak gie toilet pun tunggu abu bangun..heheh
DeleteSabar ya,nanti dah cerah dan panas buat la mana2 yang termampu. Tak sangka plak fiji pun hujan lebat pagi2 hari macam di sini...dah beberapa hari hujan turun lebat bermula dari pukul 2 pagi. :)
ReplyDeletehmm..ujung tahun kan musim hujan selalunya ..samalah kita...petang nanti lah jwbnya turun balik...
Deleteoh no >.< same here in msia. heavy rain since midnight. till now stil raining. a lot of works waiting for u, ummuaidan. jiayou!
ReplyDeleteOlive, if i have no garden would enjoy more with rain er..heheh... some works done petang tadi..still some left..fuhh
ReplyDeleteHujan lebat dgn titisan air yg kasar disertai angin kencang blh meranap pokok kecil yg baru nk kenal dunia. Yg tumbang blh tegak semula, yg patah tu hrpn utk terus hidup masih ada.
ReplyDeleteBetul tuh en.adry.. hari ini tgk anak2 kecil byk yg dah menemui ajal...yg tumbang dah setel dah dgn sendirinya ia tegakkan balik..begitulah pokok ciptaan tuhan..tahu utk survive..
Deletetempat saya pun hujan lebat waktu malam habis anak2 sawi tersembam ke bumi, bunga2 ros yg kembang habis bertakung air dan bila ada panas mata hari, ia pun gugur..sedangkan baru beberapa jam mekar.Namun alhamdulillah..berkat hujan ini, anak pisang berangan, mula subur.
ReplyDeleteitulah kak..musim hujan telah tiba..elok waktu nie beransur-ansur tutup kebun..betul jugak dgn hujan banyak pokok2 jenis besar menjadi subur dgn cepatnya ..mcm pokok jagung & bendi saya
Delete