Mencari herba yang sesuai untuk diletakkan dalam masakan terutamanya kari atau sup?
Saya menanam kedua-duanya parsley dan ketumbar malah saderi pun ada ditanam dikebun. Sekali imbas tiada beza antara parsley dan ketumbar tetapi bila dicium ada beza sedikit dari segi bau - ketumbar lebih kuat baunya manakala parsley agak 'mild'. Bila diletak dalam masakan, parsley juga kalah dari segi rasa, sangat 'mild', ketumbar lebih menaikkan aroma adalam masakan. Daun ketumbar juga lebih lembut berbanding dengan parsley.
| Parsley |
| Ketumbar |
Cara menanam parsely adalah sama dengan cara menanam ketumbar. Sediakan tempat untuk menanam, tabur benih secukupnya dan pastikan tanah sentiasa lembap dengan siraman sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Sepintas lalu kerja menanam parsley 2 hari yang lepas,
Kotak untuk tanaman herba sebelum dibersihkan
Setelah dibersihkan
Bahagian yang telah ditabur benih parsley
Benih parsley siap ditabur
eh3x..kak aritu ayut mcm ada taye pasal ni..daun sup tu under mane kan..kena tgk entry yg lpas ni.hihihi..tlupa ada taye aritu :)
ReplyDeletedaun sup tuh biasanya daun saderi sebab rasanya lebih kuat yut..
DeleteSalam..nk tanya tanah apa yg sesuai...tanah yg beli dlm paket sesuai x?
ReplyDeletetanah yg dlm peket pun sesuai..yg paling penting pastikan tanah tuh sentiasa lembap agar percambahan mudah
Delete