Saturday, 8 September 2012

Cuci Mata Dipetang Sabtu

Assalamualaikum,

Terasa macam nak mencuci mata pulak petang nie, almaklumlah esok En. Abu  Aidan kena pergi Suva seharian untuk meeting, jadi mengajaknya lah kuar ambik angin. Alhamdulillah lepas solat Asar kat Ba Masjid, kami pun round sikit beberapa km daripada town. Sepanjang perjalanan singkat itu nampak pemandangan dekat bandar manusia ramai2 tengah berkerumun dipadang,

 Pemandangan jauh nie
Zoom dekat sikit,

  Oh tengok rugby match rupanya

Diorang nie biasanya lepas habis match sesetengahnya akan rooming around kat dalam town-lepak2, minum2, nak balik umah public transport dah takder lepas kul 6 ptg pada hari Ahad, so adalah yang kenen2  keta orang ataupun cari pick up, so malam Ahad must be very careful. Kitorang tak pergi tengok dekat, malaslah nak turun keta lagipun takder kena mengena dan tak minat sangat pun rugby nie. Baik tengok pemandangan lain yang lebih segar lagi. Mara lagi kedepan, jumpa dia nie pulak,

Apa tengok2, kat mesia tak pernah tengok lembu ker?

 Dengan kawannya yang tengah bersantap,
Sama jer rasanya lembu2 kat Fiji dengan lembu kat Mesia, yer tak.?

Terus lagi kedepan, driver bawak keta tak nak brenti pulak, camaner nak ambik gambar nie..dah dalam 5km camtuh dia pusing balik setelah sampai ke jalan yang tak bertar (jln kampung-susah sikit nak drive). So bila menghala balik barulah 'driver' bagi idea untuk buatlah criter sikit pasal tanaman utama di Fiji nie,

Inilah dia ladang tebu Ba, Fiji Islands

Memandangkan kesuntukan waktu, Inshaallah akan dikongsikan cerita yang lebih menarik pasal tanaman tebu ini dalam entri berikutnya. 
>
>
>
>
Oh ya, kawan2 dah meneka berat Carrot atau belum, kalau belum silalah mencuba tak rugi apa2 pun kan, kalau tekaan betul atau hampir tepat, dapatlah sesuatu yang inshaallah bermanfaat dengan hobi berkebun. 

Klik disini untuk link >> Teka Carrot.


6 comments:

  1. tak perasan la ummuaidan dah melangkah setapak lagi...koleksi foto yg memberi pelbagai makna via..."just one per day"..tak berjaya komen disitu..so paste balik kat sini jela..foto2 ni bagi K Mar yang utama adalah sebagai kenangan, ke2 sebagai rujukan ke3 sebagai terapi..terapi mata minda, hati dan memujuk hati yg lara agar terusan happy, energetic dan invative...dan akhirnya sebagai penjana inspirasi untuk meningkatkan kreativiti secara semulajadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmmm...betul semua makna2 kak mar tuh.. dulu pikir mcm nak buat cam gallery cam website, tp susahkan..bukan apa, bila idea dtg mencurah tuh terus jer buat..rsnya yg paling utama sbg koleksi peribadi yg paling digemari utk tataan yg mudah dims depan, & dikongsikan juga bersama2 orng2 yg baik2, pendorong dr jauh seperti kak mar..hehehe

      Delete
  2. awan berarak di langit biru, seluas bumi fiji..ada kamu di situ 3 beranak, mencuci mata di petang sabtu, yg pastinya tenang dan damai sekali.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kiranya wahai kamu yang jauh dimata..cehhh

      Delete
  3. oh ya...lembu2 di fiji ni akak rasa mesti fresh daging dia ..sebab macam bukan baka "GIANT" yg dikomersilkan..maksudnya lembu import dari Thailand dan diberi makan dedak...bila dah sembelih dan masak banyak sungguh lemak walaupun dibela sendiri..makanan instant..kalau macam lembu kampung yang dulu2 yg penuh kat jalanraya tu struktur badannya memang sama ie macam kurus sikit he he...

    ReplyDelete
  4. kak..rsnya lembu depa utk pasaran local, sbb daging mostly dpt yg fresh. dah tu kat sini ada dairy farm yg local yg produce dairy products utk local markets... lembu susu kaler lain pulak hehehe

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads