'Harta' dalam bekas aiskrim?
Harta-harta yang disimpan sejak hampir 2 tahun ber'kitchen garden' dengan seriusnya. Belek2, kira2, rupa-rupanya dah lebih daripada 50 peket yg dibeli tak termasuk dengan yang bukan dalam paket. Katakanlah average satu peket $2.50, kalau 50 peket dah $125 kurang-kurang secara kasar . Betul juga kata big boss, kos 'harta' ini pun kena kira jugak kalau nak tahu samada kos berkebun sendiri lebih mahal atau beli dari market sahaja. Apapun hasil yang dah dinikmati setakat ini Alhamdulillah berganda2 daripada costs yang dikeluarkan.
Susunan paket2 'harta' peribadi yang bukan untuk dijual (bukan nak menunjuk, hanya berkongsi cerita, korang punya sure lagi banyak kan)
Daripada,
Yang boleh ditanam sepanjang tahun
Yang sesuai ditanam dimusim panas
Yang sesuai ditanam dimusim lebih sejuk
Yang ditanam tetapi tidak berjaya
Yang dibeli secara tidak berpeket
Sedikit panduan ketika hendak mendapatkan 'harta',
Paling utama check expiry date, look for the expiry yang paling lambat lagi. Kalau boleh tahun 2015 keatas untuk kegunaan sekarang. Kalau tak ada ambik yang terbaik yg available,
take risk dulu dan balik cuba. (ada juga yang boleh tahan bertahun2)
Panduan untuk masa bertanam dan menuai hasil ada juga dibelakang. Untuk negara tropika, refer pada bhg yg ditengah2 globe. Panduan ringkas menanam biasanya juga di paparkan.
Dan sedikit 'harta' yang baru diperolehi juga telah dihantar kepada sebahagian peminat 'harta' yang lain ditanahair sebagai cenderamata kerana menyertai teka carrot yang tak seberapa, supaya mereka dapat membuat lebih banyak 'harta' lagi.
Penghantaran akan mengambil sedikit masa kerana jarak jauh. Mungkin juga dalam masa sebulan. Tuan blog juga tak arif sangat tentang peraturan kastam Malaysia berkaitan penghantaran benih dari luar negara. Namun peraturan kastam disini, bungkusan hendaklah dibuka dan jika benih yang dibungkus secara komersial tiada masalah.
kak..tu burger ke bunge nak bg..hahahaha.ok2x..nak daisy gan dahlia boleh?pastu daisy klu boleh nk merah terang tu.yg btul2 merah punye sbb kat kg wane merah dh ilang..wane len pon nk jgk..boleh gitu? :p byk sungguh harta akak..tertipu gan aiskrim sudah :)
ReplyDeleteHehehe...kalau letak dlm fridge mmg boleh tertipu..
Deleteok nanti bunga tu akak srh abuaidan belikan weekend ni, next week inshaallah leh kirim...
Wow banyaknye harta karunnn.....saya punya harta karun dah tak organise dah. campur je semua. (@.@'') bila nk carik benih pening pala. hehe
ReplyDeletetuhlah kena simpan harta baik-baik. senang nak cari....lgpun bos yg membelinya tak bising kan..hehe
DeleteIni harta bukan ummu yg punya...Ahmad Albab yg punya..haha.. Banyaknya harta simpanan ummu. Ada paket/bungkusan dr Malaysia juga tu. Ada dijual di sana atau beli masa balik M'sia?
ReplyDeleteTgk bekas aiskrim vanilla tu teringat nk buat coconut shake la pulak..
Heheh..Buat lawak pulak en. adry..yg dari mesia tu yg dikirimkan puasa hari tu..tak sini kebykkan yg YATES jer..
Deletebagus idea coconut shake tu, boleh buat juga...
Sis, sukanya tengok peti harta u. i pun baru kemas peti i. puas hati seed collection sendiri kan
ReplyDeletepuas hati at least boleh tgk seed yg pernah kita cuba atau ada kan...
Delete