Monday, 17 September 2012

Jagung Manis- Sebulan Usia

Jagung yang ditanam pada benihnya 4/8/12, kini telah pun berusia sebulan lebih sedikit, daripada 8 pokok yang tinggal (daripada entri lepas), kini 8 pokok telah membesar, cuma 1 pokok yang dialihkan (sulat) kelihatan pembesarannya lebih kecil berbanding dengan pokok2 lain. Sebagai lesson, pokok2 tanaman yang hendak dilalihkan itu mesti dialihkan ketika ia masih kecil agar dapat bersaing seiring dengan pokok lain seusianya.  Jika dibiarkan lama sedikit untuk disulat pada lubang yang tidak tumbuh atau pokok mati, pokok yang disulat itu tidak dapat membesar dengan sihat kerana persaingan dengan pokok2 lain yang telah pun menjadi anak pokok yang kuat, akhirnya pokok yang disulat tadi tidak akan memberikan hasil yang baik atau terbantut pembesarannya.

Pokok yang ketiga dari hadapan (yang disulat) adalah kecil berbanding dengan pokok2 yg lain

 Pandangan daripada hadapan

Untuk entri lebih detail dan panduan cara menanam klik - Jagung

5 comments:

  1. eee kenapa soalan aku berubah ek, lain aku nak tanya lain pula yg.ku taip.. eee seram pula, dah tengah malam ni, soalan akak, kenapa tanam 8 pokok je, kenapa tak tanam sekitar 20 pokok, jagung tak perlu batas, kawasan ummikan luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooiih...sebenarnya tuh benih yg dr canada yg diorang bg ..byk tuh jer..dah ade tanam yg baru dlm 20 pokok hehe...cuma tak announce jerr.heheeh

      Delete
  2. Nampak segar.... tanam jagung kalau nak puas kena banyak! dalam banyak2 ada yang terbantut, ada yang tak sempat besar kena serangan. macam2......

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tuh bangcik.itu benih dr canada sweet corn yg warna putih ..sikit jer...dah tanam yg kuning nyer..kalau boleh nak tanam separuh kebun dgn jagung..tp nampak menyemak kan..heheh

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads