Wednesday, 5 September 2012

Bila Hari Mendung..

Assalamualikum,

Macam menjadi kebiasaan setiap awal bulan akan terjadi tekanan udara yang dipanggil 'low pressure' yang menyebabkan perubahan sejuk panas. Sehari terlalu panas rasanya, kemudian hari berikutnya hujan dan terasa udara lebih sejuk sedikit. Dari semalam hari mendung, hujan renyai2 tetapi cukup membasahkan bumi dan melembapkan tanah. Kali ini, alhamdulillah hujan yang tidak membimbangkan.

Abu Aidan cakap semalam, "now it is a good time for you to do planting, so plant whatever you want before it become hot again".

Dengan tanah berselut dan halaman yang lembap, secara automatiknya the small gardener kena tinggal dalam rumah, not a good time to play outside. 
Hujan renyai2, cuaca mendung dan tak nampak matahari keluar adalah peluang yang terbaik untuk menanam atau mengalihkan anak2 semaian. Ini kerana tanah telah pun basah dan lembap, tak payah siram air banyak2, tiada cahaya matahari yang panas - anak2 yang ditanam tidak akan layu kepanasan.  Kurang2 sehari dua cuaca macam ini, setidak-tidaknya dapat membantu anak pokok menyesuaikan diri dengan tempat baru dan menjadi semakin kuat, inshaallah.

Semalam telah selamat mengalihkan anak kobis bulat daripada variety KK Cross (bolehlah tahan hot tropics sikit2) untuk hidup dimusim panas ini. Bukan apa, untuk meneruskan stok kitchen garden dan yang pastinya selepas musim, harga kobis akan menjadi lebih berganda mahal (kerana import).

Benih radish pun dah disemai dalam batas baru yang sediakan cuti sekolah baru2 ini, Selain itu benih carrot dan benih bawang merah besar juga ditabur sebagai percubaan, 

 Benih radish - semalam semai hari ini dah bercambah, alhamdulillah cepat..

Pagi ini pulak dengan cuaca masih mendung mengambil kesempatan untuk mengalihkan anak2 tomato yang telah berusia 3 minggu,

 10 anak tomato telah selamat dialihkan

Juga anak sawi benih daripada malaysia yang sampai masa bulan puasa tu (ingatkan tak idup, alhamdulillah idup), 


Selain itu juga, digunakan kesempatan hari2 hujan begini untuk meletakkan baja NPK pada pokok2 tanaman yang berbuah seperi Capsicum, Tomato dan Tembikai,

 Baja diletakkan berhampiran dengan pokok

Ingatkan nak terus bertanam lagi dengan cuaca macam ini, tetapi nampaknya tak dapat kerana tak adalah pulak yang anak2 tanaman yang sedia untuk ditanam, hehe.

4 comments:

  1. bersemangat la ummuaidan nak menanam...tp takde ank benih plak kah?hahaha..ayut lupa nak amek gmbar la serai ayut..hoho...ptg nnt tgk blikla..idup ke tak ntah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ambik gambar serai tepek kat blog yer..jgn luperr..

      Delete
  2. bila musim beredar,bekalan sayur mu tetap bertahan dan semakin bertambah. semangat juang yg.hebat. Teruskan, jangan lupa jaga kesihatan ya ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kakak cikgu...nie cuaca berubah rs nak demam lagi..hehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads