Thursday, 13 September 2012

Kebun Dimusim Panas

Masa berlalu begitu pantas, dah dipertengahan bulan September. Semasa di malaysia dulu tidak begitu peka dengan cuaca, maklumlah keluar balik pergi kerja, tinggal dalam office dari pagi sampai kepetang tidak terkena hujan atau panas, kecuali kesejukan air-con dan cahaya lampu dipejabat sahaja yang dirasakan.

Lain pula disini, tinggal dirumah 24jam dan 2 jam sehari masa untuk dikebun, dan sejak menjadikan blog sebagai catatan untuk kebun, kesedaran tentang keadaan cuaca juga lebih. Makin kita paham tentang cuaca, makin bertambah juga pemahaman kita tentang tanaman (berkait rapat).

Keseronokkan berkebun dimusim yang lebih sejuk juga telah berlalu, dimana pelbagai sayuran hijau dapat ditanam, subur dan cepat membesar,
Sebulan yang lalu 

Dan kini bahagian kebun didalam greenhouse semakin lengang,
Yang ketara ditengah hanyalah pokok saderi & ketumbar, yang lain masih sangat kecil. Masih berkira2 tentang tanaman yang akan dipenuhkan disini. Disini sebenarnya diperuntukkan untuk tanaman sayuran yang tidak tahan panas, tanaman lain yg sesuai didalam greenhouse juga adalah seeperti tomato & timun batang ketika dimusim panas.

Beberapa batas masih lagi kosong. Juga masih meneruskan penanaman kobis bulat (variety yang paling tahan cuaca tropics-KK Cross) walaupun diluar musim agar supply berterusan walaupun hasil  lebih kecil (drp pengalaman lepas).

Sayuran hijau yang masih diteruskan adalah sawi kerana berdasarkan pengamatan sawi lebih tahan cuaca panas berbanding dengan kobis putih atau pakchoi. Dan sebelahnya pokok2 saderi yang berusia 4 bulan. Inshaallah sebagai pengganti sayuran hijau,akan diusahakan untuk tanaman kangkung tak lama lagi.

Namun begitu berbeza pula dengan kawasan kebun sebelah luar greenhouse, iaitu kebun tanaman tropika yang dahulunya agak 'terang',

Tanaman masih lagi kecil ketika ini. Sebenarnya persediaan awal telah dibuat agar bila musim panas bermula, tanaman2 ini telah membesar dan bersedia untuk mengeluarkan hasil.  Sewaktu membuat batas dan menanam  dipenuhkan dengan sebelah kanan dahulu kerana, matahari terbit dari sebelah yang 'greenshade' kelihatan (agar tanaman yg kecil tidak terlindung dari cahaya matahari).

Alhamdulillah, nampaknya seperti yang dirancangkan,
Pokok2 kacang telah membesar memanjat trellis, capsicum sebelah paling kanan juga telah berbuah, ditengahnya anak2 jagung manis dan pokok bendi (berusia dalam sebulan)  dan yang paling kiri adalah kobis bulat yang ditanam dipenghujung musim (baru berusia 2 bulan, masih mengambil byk masa lg untuk matang).

Pada bahagian tanaman menjalar,

Tanaman menjalar juga semakin berkembang dan membesar, dengan labu2 dibahagian belakang yang semakin jauh jalaran, kacang merah ditengahnya juga telah berbunga dan berbuah kecil, petola alhamdulillah sudah menampakkan hasil namum belum berada diatas trellis lagi.

Dan bahagian sebelah greenhouse,
Kini lebih lengang dengan kosongnya kobis2 dan tomato (cuma beberapa pokok tinggal dibahagian belakang. Rasanya untuk musim panas ini akan mencuba menanam tomato jenis variety lain yang lebih tahan dengan panas dan penyakit. Inshaallah pada bahagian ini juga akan ditanam jagung dan bendi secara beransur2 dan berperingkat2 agar bekalan berterusan.

Kebun kelihatan luas, tetapi tanaman yang nak ditanam agak limited buat masa ini. Setiap kali memasuki kebun, perkara yang sering bermain difikiran adalah apa lagi yang boleh ditanam untuk memenuhi kebun di masa ini, memandangkan masih ada 3 bulan sebelum musim hujan pada penghujung dan awal tahun depan- waktu yang tidak selamat untuk bertanam ...

6 comments:

  1. luasnya kawasan tempat bertanaman ni Ummi.
    Sesuailah utk habiskan masa terluang, tapi jangan asyik nak fikir tambah jenis sayur2 je..fikirkan juga penambahan bilangan adik beradik aidan hehehe.,jangan marah..paling sikit 4 org. tau..kita tunggu cerita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..kak purnama pun nak tambah satu lagi yer..nak berbesan yer? hehehe..gurau jerr..
      kecik tapak tangan nyiru ditadahkan kalau tuhan nak bagi, kalau belum ada rezki, tambah anak2 pokok jerlah dulu jwbnyerr..

      Delete
  2. Luasnya kebun ummuaidan. Konsep semua dlm satu ni yg bagus. Kita blh tnm apa yg kita suka dan bila ada hasilnya kita blh petik/ambil apa yg kita nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh en. adry, itulah yg bagusnya bila tanam sendiri kat umah..

      Delete
  3. alhamdulillah semua seperti yang dirancang ya...tanamlah bayam juga..dulu k mar tanam bayam...sebatas pun dah cukup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak tanam jugak kak..tapi takder benih kat sini kak, diorang tak tanam..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads