Showing posts with label Homemade. Show all posts
Showing posts with label Homemade. Show all posts

Friday, 17 January 2014

The Making of Roti Paratha & Cerita Disebaliknya

First of all... beruntunglah anda semua kerana diilahirkan sebagai wanita Melayu yang tak perlu melalui susah payah, perit jenih membuat roti paratha untuk keluarga...seperti perempuan2 di Fiji most of them mesti pandai masak roti paratha..kalau tak pandai takleh kawen..huhuh

Anda semua cuma perlu masak nasi jer ..tuh pun rice cooker yang tolong masakkan hehehe..

Tidak seperti sorang pompuan Melayu antara yang terakhir kat Fiji nie.. mengambil masa setahun lebih tuk paham dan pandai membuat..setahunlah lakiku makan roti nipis dan keras.lekat ditekak, tukang buat sendiri pun takmo makan..

Perempuan India kat Malaysia pun beruntung jugak..sebab mana ade depa buat roti prata dah skrang nie..semua makan nasik kan..hehe..

Mari kukongsikan rahsia membuat roti paratha yang lembut lagi sedap bagi sesiapa yang nak mencuba...

 3 cawan tepung gandum, sesudu minyak..gaul seperti breadcrumbs..

 +/- 600ml air panas (yang baru masak dalam 5-10minit)

 Tuangkan air sedikit demi sedikit, gaul rata..ms nak bentuk doh boleh etak minyak sikit agi..tuh licin n mudah btk sket.

 Gaul, uli hingga membentuk doh yang lembut dan tak melekat ditangan..yg nie doh panjang senang potong..

 Bahagi kepada 9 bebola kecik

 Ambik 1 bola kecik, leperkan..gaul didalam bekas bertepung..

Gelekkan atas rolling board..make sure papan tuh bertepung & kering agar tak melekat.

 Sebelum masak pastikan kuali leper cukup  panas 

 Guna api kecik jer..abaikan dapur buruk berabuk tuh..

Dalam lebih kurang 5 minit check tengok bahagian bawah tuh..kalau ade macam bintik2 perang tuh terbalikkanlah..

 Bakar plak sebelah lagi hingga lebih masak sikit..mcm dalam gambar..angkat sikit tengok kalau dah ok.terbaikkan..

 Biar masak macam nie baru terbalikkan..

 Last part nie roti akan kembung dengan cantiknya..menandakan kerja sudah beres dan boleh angakt daa..

 Our paratha is now ready..

Hidangkan dengan sebarang jenis kari pilihan..yang didalam gambar tuh kari kacang ngan potato..Fiji style..

One thing for sure..kalau korang dah mahir buat roti paratha nie dari segi menguli..datanglah segala jenis roti apapun..tiada masalah lagi bagi korang  untuk handlenya..sure boleh paham dan buat dengan gumbiranya..heheh..

Oh yer camaner aku akhirnya berjaya buat roti nie..hmmm nak tanya orang dah malu dah sebab tak gheti2 jugak dah berbulan2 dok sini dan buat roti hampir tiap hari..tangan pun asyik meletup kena kuali panas manjang..so gugel tengok kat youtube dan masa orang lain buat aku curik2 tengok camaner depa buat sebab aku malu nak ngaku yg aku tak pandai..huhuhu

So since dah terer tau buat roti nie, kalau pegi rumah orang buat doa selamat masa tolong2 masak tuh, selalu jer aku  volunteer tuk buat roti..hehe..sebab nak tunjuk yg aku dah pandai kan..

Depa nie tak semuanya pandai buat roti nie..ade gak yg fail..yg rotinya keras dan tak berapa sedap..ade gak kengkawan yg datang makan kat umah nie, lepas makan tanya camaner aku buat sebab laki dia suka roti lembut gini..heheh..ade ker tanya aku, patutnya aku yg belajar ngan dorang kan huhuh..

Psstt roti paratha nie bukan feberet aku..kalau ade roti dan nasik, aku pilih nasik walaupun pada awalnya aku rs cam nak makan roti.. tak kenyanglah makan roti...aku nak nasik jugak..kengkadang jer aku makan..selalu buat tuk En. AAA jer..Aidan pun suka jugaklah jugak makan nie, wpun nasik pilihan utamanya..Arissa pun haruslah ikut jejak ibunya yg perut melayu..hehe

One thing yg selalu mengingatkan aku masa buat roti nie adalah kesusahan Saidatina Fatimah dahulu masa buat roti tuk familinya...besar kan pahalanya dengan tangan yang terbakar terkena panas...hmmmm...

Wednesday, 25 December 2013

DIY : Sup Bunjut


1sb Biji Ketumbar, 1sk Jintan Manis, 1/2 sk Jintan Putih, 1sb Buah lada Hitam (Blackpepper), 1cm Kayu Manis (ketuk jadi cebisan2 kecil) 

Siap untuk digunakan

Rasa tetap sedap seperti yang dibeli

Paling penting bila harga barang akan naik 
Ngan GST lagi tahun 2014
Yang DIY tak perlu bayar GST kan...hehe

Tuesday, 12 November 2013

Homemade Serbuk Bawang Putih/ Garlic Powder

Sebuk bawang putih atau garlic powder memang ade dijual disupermarket sini. Namun ade ketikanya bila diperlukan, stok pula kehabisan..hendak keluar mencari mengambil lebih masa daripada membuat sendiri..dan pernah terkena jugak, garlic powder yang dibeli dalam botol McCormick kalau tak silap..tak habes guna walaupun suku botol dah masuk angin, jadi melekit..tak dapat guna sebagai serbuk lagi dah.

Anway homemade seperti biasa sangat mudah dan murah untuk membuatnya...sambil main2 ngan anak pun boleh buat. 

Mari dikongsikan cara-caranak buat serbuk bawang putih nie,


Selabu bawang putih dibersihkan kulitnya dan dihiris halus2..disusun didalam 'baking sheet' atau apa2 lah yang biasa digunakan untuk membakar dalam oven..cam UA guna tudung periuk jer.


Bakarlah dalam oven sehingga kering..perlu monitor bila dah semakin kering takut jadi hangit lak..actually kalau nak colour  lighter dari gambar pun masih boleh, cuma kena rajin balik-balikkan masa bawang dah mula kering..colour gini pun still ok..masih belum hangit lagi.. 


Kemudian blend lah menggunakan dry blender sehingga halus. Kejap jer dah siap..boleh disimpan dalam bekas kecik..tahan dalam sebulan dua inshaallah. 1 labu bawang menghasilkan lebih kurang dalam 3 sudu besar serbuk.

Biasanya garlic powder nie digunakan sebagai seasoning, samada nak buat ayam goreng ala kentucky, nak letak dalam cracker, bread, masak steak dan sebagainya.  

Wednesday, 30 October 2013

Homemade Fishball

Datang mood nak makan soup yang ringkas dan sedap, like chinese style yang dorang tak letak banyak sangat bahan-bahan seperti soup kita yang ade segala macam sayur dan daging..Sayur no problem sebab boleh petik jer yang fresh2 kat kebun masa nak buat,cuma yang takder fishball..kehabisan stok..nak pegi beli mahu kena travel 4 jam..tak pasai..huhuh

Tanya makcik gugel camaner nak buat,banyak jugak resources yang berguna especially chinese people mereka memang rajin buat homemade cenggini..

Bahan tak kritikal, method pun simple..boleh buat sendirilah..

 400g fish fillet yang nie jenis ikan cam talapia..kalau kat M'sia leh guna ikan talapia mahupun ikan parang yang banyak isi..senang nak bersihkan.

 Setelah diasing dan dibuang kulit dan tulang.

 Nak lebih tradisional cincang jer ngan pisau besar..tapi kalau nak cepat dan malas sikit boleh guna food processor. Guna 1sb tepung jagung, 1/4 lada hitam, lada putih serta 1/2sk garam dan sesudu besar air..blend jerlah sampai nampak lumat.

 Yang dah siap kisar.

Nak bentukkan gempal dengan tangan lepas tuh tekan keluar sikit dan kaut ngan sudu biar berbentuk sikit bulatlah..practice makes perfect.

 Kemudian masukkan dalam air panas yang sedang direbus..masak sehingga bebola terapung diatas. (abaikan periuk hitam tak lawa tuh..khas tuk merebus tuh)

Kejap jer dah siap, sambil main2 ngan Arissa jer hehe..ade rupa yang kat kedai tak..heheh..taste memang sedap sebab banyak isi ikan dan bukannya menggunakan banyak tepung seperti yang komersial. Nie bolehlah disimpan dalam freezer dan digunakan anytime bila perlu.

Setellah fishball soup yang ringkas. Ala chinese tanpa perlu tumis bawang..sayurnya fresh kangkung dari ladang..very healthy diet nie..

Kalau ade yang kesiankan UA kan sebab asyik kena homemade jer bila perlukan sesuatu yang tak terdapat dengan senangnya, actually for me homemade nie adalah exciting sebab kita boleh belajar membuat sesuatu sendiri, pulak tuh fresh dan tiada bahan awet..kalau tengok laman western people cukup respect ngan mereka yang tahu banyak homemade nie..full time housewife pun kenalah kreatif dan tambah ilmu jugak kan.

Friday, 18 October 2013

Nak Buat Inilah Yang Sebenarnya...

Bila sebut pasal coleslaw korang mesti tak herannya kan..bila terasa nak makan boleh jer beli kat KFC..tak pun makan kat western food nyer restauran..mesti sangat sedap kan..

Somehow kalau ade kerajinan nak cuba sendiri kat umah tuh memanglah satu langkah yang sesangatlah bijak..kerana tak susah sebenarnya nak buat KFC like coleslaw nie..tak sampai 10 minit pun boleh siap..janji ade cukup  bahan.

OK yang kerjanya dok buat mayonis hari tuh (citer ade kat sini) adalah sebabnya nak buat benda alah nie lah hajatnya..


Bahan basic yang mudah sangat kobis dari kebun, mayonis buat sendiri..carrot ngan bawang jer beli..:).


Kobis dan carrot yang diparut..nisbahnya ikut suka..yang saya buat 1 bahagian carrot, 4 bahagian kobis. Senang jer, masukkan semua dalam bekas, masukkan mayonis, susu  segar sikit, gula, garam, serbuk black pepper, gula..gaul semua, pastuh trylah sikit nak tahu masam atau manis pada awalnya tu..simpan dalam peti ais kurang2 10 jam..tapi memang tak sabar nak rasa..heheh ..coleslaw ready bila dah macam berair gitu campurannya dan sayurnya pun lembut.


Inilah hasilnya lepas 12jam..hiii sedap dan fresh cam yang Kefcinyer..Kefci pun kadang2 rasa kobis dia agak keras sikit..kalau buat sendiri memang puas ati..boleh makan sepuas atinya dengan masakan western atau begitu sahaja..tak payah susah2 pakai baju, start keta..beratur kat kefci lah bagi peminat tegar coleslaw.

Hmmm kalau mana2 surirumah yang peminat tegar kefci coleslaw yang belum pernah cuba buat nie, baik cuba buat cepat2..kalau tidak nyesal sumur idup..hikhikhik..

Guna resepi nie lah tuk buat coleslaw yang mebeles nie (sumber sudah lupa daa..webpage matsaleh mana tah..)

Bahan-bahan:
1/2 cawan mayonis
1/3 gula
1/4 susu segar
2 1/2 sb lemon jus
1 1/2 white vinegar
1/2 st garam
1/8 st pepper
8 cawan kobis
1 medium carrot
bawang tuh sehiris 2 jerr

- Gaul semua bahan2, kemudian biarkan dalam peti ais selama skurang2nya 10 jam..pastuh baru leh makan..nak cilok sikit2 pun boleh sblm masanya..:)

Wednesday, 16 October 2013

Meng'Homemade' Mayonis Sebelum Raya

Salam Eiduladha tuk semua pembaca blog yang budiman..

Alhamdulillah hari ini barulah turn kami tuk beraya setelah korang telah puas makan daging semalam kan..:)

Aktitivi sehari sebelum raya, dikala menunggu raya..menunggu2 daging jugak heheh..buatlah menda telur campur minyak nie..

Pertama kali membuatnya dulu kalau tak salah 2 tahun yang lepas. Tak pernah dibeli disini...sebabnya kehalalannya tidak dapat dipastikan dan juga penggunaannya adalah tidaklah sekerap mana seperti peanut butter atau marjerin..kalau ade resepi yang memerlukannya dan juga berbaloi untuk dibuat barulah dibuat..bukan apa,homemade nie takde pengawet seperti yang komersial..dalam seminggu jer boleh tahan.

Namun begitu pernah jugak cuba buat lagi selepas percubaan pertama yg terus berjaya tuh..namun mungkin kerana tidak teliti dan nak cepat, maka tidaklah berjaya.

Kali ni tidak putus asa cuba buat lagi sebab ade beberapa projek nak memasak yang memerlukan mayonis nie..so kena study cara membuatnya dengan teliti agar tidak spoil lagi...


Murah jer kos nak buat sendiri nie.. 3 biji telur (amek yang kuning), secawan minyak sayuran (kalau pakai olive oil lagi sedap,namun mahallah),dalam2 sudu besar cuka,garam secukuprasa serta sesudu besar jus limau. Masa untuk menyiapkan dalam 15 minit jer kalau dah paham betul2 caranya..


Disebabkan blender yang sesuai nak buat nie rosak, maka kali nie guna mixer jer penat woo tangan dok handle mende nie.Guna 3 biji telur, amek yg kuning jer putar dalam 1 hingga 2 minit (guna speed rendah), masukkan cuka sesudu, kemudian diputar barang setengah minit lagi. Kemudian part yang paling mencabar dan penat sikit adalah untuk masukkan minyak setitik demi setitik dengan speed yang paling laju sehingga adunan menjadi lebih pekat atau creamy (ini dalam 1/4 cawanlah)..kemudian barulah dimasukkan dengan konstan iaitu boleh masukkan sesudu teh slowly sambil mixer/blender terus berputar..masukkan jugak sesudu cuka lagi..bila dah habes campur minyak, pekat dan nampak cam the real mayonis, barulah masukkan jus lemon dan garam secukup rasa.


Guna mixer penatlah sikit tangan dok putar kalau banding guna blender..somehow dalam 15minit kemudian siaplah sebotol mayonis buatan sendiri, tanpa sebarang pengawet..(label botol tuh tak buang..bukan jam tuh yer..)

So mana lebih bagus, buat sendiri atau beli sendiri dikedai? Kalau beli kat sini regenya dalam $8.00/ RM+/-14.00. kalau buat sendiri kosnya baru tak sampai RM3.00... yang pentingnya kerajinan tuk membuatnyalah kena ade..:)

p/s - nak detail lagi cara buatnya boleh jer gugel dan tengok youtube camaner orang buat..lagi mudah paham.

Tuesday, 1 October 2013

Jus Asam Boi Made in Fiji

Jus asam boi nie feberet dari zaman muda2 dulu. Kalau pergi pasar malam mahupun jalan TAR atau nampak orang jual tepi2 jalan mesti terliur nak beli.

Since dok sini dah tak jumpa dah jus asam boi..malah hampir melupakan kesedapannya. Kat sini takder jus gini..kalau ade pun memang tak pernah beli jus2 kat luar rumah selain yang dlm botol atau tin yang terjamin kebersihannya..kadang yang dijual kat pasar depa kacau ngan masukkan tangan dalam bekas jer..fuhh pengotor ya amat!.

Since Abuaidan ade belikan 2 paket asam boi dari Suva baru2 nie, nak makan gitu dah tak terliur sangat dah..kemudian terpikir nak cuba buat jus lah, kalau2 nak menjadi,

Limau yang ade kat umah cuma limau kasturi. Kalau just masak asam boi letak gula gitu tak memberikan rasa masam2 gitu..so to adjust letaklah jus limau..tak tahulah resepi sebenar depa letak ker tak.

Dimasak dengan air selama 20 minit hingga keluarlah semua kaler dan rasanya..juga letak gula ikut rasa..

Alhamdulillah dapatlah sebotol dalam 1.5liter..tak boleh habeskan sebotol dalam sehari..too much sugar..hohoho

Segelas jus..biasa minum minuman sejuk kat sini dah tak perlukan ice cube..just biarkan sejuk dalam peti ais jer..kalau selalu sangat minum sejuk big boss mulalah make noise..huhuhu

Sedapkan jus asam boi nie,membuatnya kat rumah pun senang..minum waktu cuaca yang baik..kalau waktu  terlalu panas kena minum banyak air lak lepas minum jus nie kan..

Monday, 23 September 2013

Homemade Serbuk Kunyit

Kunyit yang dituai minggu lepas akhirnya bertemu kesudahan yang baik kerana tuan tanah tanah ade sedikit kerajinan untuk mengubah bentuknya..alhamdulillah.

Setelah dibersihkan same day, kulitnya tidak dibuang betul2 tak kuasa aku namun dikikis bersih dan kemudian dipotong2 kecil,

 Sedia untuk dikeringkan

 Yang telah kering garing. Mengambil masa 2,3 hari jugak untuk dikeringkan kerana cuaca agak mendung dua hari yang lepas.

 Senang jer buat serbuk sendiri kat umah..blend kering jerlah sampai halus yang mungkin.

Serbuk kunyit yang telah siap. Yang berketul2 kecil tuh yang melekat kat tepi2 blender. Tidak ditapis untuk menjadi lebih halus kerana kemalasan..:)

Dapatlah sebotol peanut butter. kalau harga kat kedai sebanyak nie dalam $3

Bukanlah rajin sebenarnya nak buat homemade nie..namun dengan adenya sumber daripada membazir elok dijadikan sesuatu yang boleh digunakan kelak..dengan homemade jugak at least boleh belajar sikit2 cara membuat sesuatu sendiri kat umah kan.

Thursday, 12 September 2013

Projek Membuat Tomato Puri

Dok berpikir-pikir apa lagi nak buat dengan tomato yang tak berhabisan dari kebun,asyik dok masuk deep freezer jer manjang tak best jugak. Teringat akan tomato puree yang selalu dibeli dari kedai, naper tak cuba buat sendiri kan..boleh manfaatkan tomato lebihan cara lain..

Kemudian menggoogleah caranya..

Setelah tomato dikumpul cukup sekilo, maka projek bermulalah pagi ini.


Fresh tomato yang beratnya lebih sekilo. Sesiapa yang berminat nak cuba takder tomato sendiri kat kebun boleh jer beli kat kedai kalau murah-murah gitu.


Mula-mula tomato dibersihkan dengan membuang tangkai, daun dan sebagainya yang tidak patut dipuri.


Kemudian dihiris pada bahagian ujung bertentangan ngan tangkai seperti dalam gambar agar mudah dibuang kulit nanti.


Air direbus sehingga mendidih, kemudian tomato dimasukkan dan direbus selama 10 hingga 15 minit.


Lepas tuh direndam dalam air sejuk lebih kurang 5 minit agar mudah kulitnya dibuang nanti.


Kulit dibuang dengan mudahnya.


Yang dah siap dibuang kulit.


Lepas tuh tomato dibelah dua dan dibuang biji serta jus untuk mendapatkan puri yang lebih pekat, tinggal isi jer. Kalau taknak buang pun takper...belasah jer.


Dah siap dibuang biji dan air/ jus.


Kemudian blend dengan blender atau food processor hingga hancur semuanya.


I kg tomato dimasak bersama 1/2 cawan cuka, 1/2cawan gula dan 1sudu besar garam. Masak ikut kepekatan yang dikehendakilah..nak cair pun boleh jugak.


Siaplah sebotol homemade tomato puree.

Mudahkan? Masa yang diambil tak lama pun dalam 40 minit menyiapkannya. Yang bagusnya homemade nie adalah menggunakan sumber yang segar dari kebun, lebih bersih dan tiada sebarang pengawet. Nak tahan lama simpan dalam deep freezer. Pasni bolehlah guna tuk masak pizza atau spaghetti.

 Mungkin boleh cuba buat sos tomato pulak kan lepas nie..:)

Nuffnang Ads