Thursday, 13 September 2012

Yang Kesekolah dan Yang Berlatih

Assalamualaikum,

Sedikit entri yang bukan tentang sayur-sayuran atau kebun. 

Pertamanya yang kesekolah untuk bekerja tertinggal bekal kat umah, sebelum pergi bukan main cakap dia lapar gila masa petang kat sekolah sementara nak tunggu balik umah kerana lunch awal kul 11pagi, dan nak bawa sikit kerepek dan biskut, jadi packlah semua termasuk lunch.  Hantar dia dari luar rumah, bila masuk umah baru perasan yang dia tertinggal pulak bekalnya ..(kalau tak balik ambik memang kebulurlah En. Abu Aidan kat sekolah.

Keduanya, pemandangan kanak2 sekolah rendah disini pergi kesekolah diwaktu pagi. Untuk pengetahuan, uniform sekolah adalah berlainan bagi tiap2 sekolah, sekolah muslim seluruh fiji warnanya khusus, sekolah hindu jugak warna khusus, sekolah kristian, sekolah kerajaan dan sebagainya. Rumah kami opposite dengan sekolah rendah hindu, so pagi2 dapatlah tengok kanak2 kesekolah dan sebelum kelas bermula dalam kul 8.15, mereka mulakan dengan doa mereka "Ooomm..namassahabb..shantii heeii..shanti heeii:" (heheh...lebih kuranglah seruannya)"

Untuk negara yg masih belum membangun, murid2 sekolah disini tidak perlu memakai kasut yg khusus kerana takut membebankan, sandal dan kasut hitam memadailah. Anak2 Fijian pula, memang suka berkaki ayam jalan atas jalanraya..

Dibelakang tu adalah sekolah.

Dah sampai pintu masuk

Ketiganya, yang baru berlatih pula, berlatih membuang air ditandas. Sebulan lagi Aidan akan cukup 3 tahun, sebenarnya dah lama nak mulakan latihan, cuma mencari masa yg sesuai utk mulakan. Tak tahulah samada agak lambat latihan ini atau sepatutnya. Dah masuk hari ketiga latihan, tanpa memakai diaper kecuali waktu tidur, hanya berseluar pendek dan tidak menggunakan training pants atau underwear pun. Dia dah boleh bagitau tiap2 kali nak buang air, cuma yg tensionnya kerap sungguh nak pergi toilet - baru jer lepas buang air... then again "mummy, aidan want to go to toilet", dalam masa sejam boleh jadi 3, 4 kali pergi buang air, letihnya..tak bawa kan takut kencing dalam seluar pulak...Alhamdulillah so far yg tercicir tuh kurang dari 3 kali sehari setakat ini. Dahtu terlebih excited pulak, malam pun nak dia gie buang air dlm toilet juga wpun  tidur pakai diaper..anakku, anakku....

Semasa menulis entri nie pun dah dah 3 kali ajak gie toilet...hahaha

8 comments:

  1. tak lama lagi biasa la dia tu...susah kalau saiz pampers tak ada untuk saiz badan anak kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah kak..nampak cam dia cepat paham...saiz tuh satu, pakai pampers sepanjang masa pun panas, blh timbul rashes pun satu, kesian pulak kat dia tak selesa..baik takyah pakai diaper..

      Delete
  2. hehehe....sabar je la. Nak toilet train anak memang kene barsabar la gamaknya. dengan karenah tercicir tanpa tersengaja. hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul tuh shiro kene sabar, tambah pula kita nak solat kan, kalau tericir kencing sana sini susah..dah najis tu...

      Delete
  3. gambar2 diatas mengingatkan saya suasana dikg bukit senggih, selandar, melaka dipenghujung tahun 70an.masa tu bekalan elektrik pun belum ada.
    Benar2 suasana kampung yg hijau dan rimbun.
    hemm melatih anak ke tandas..setiap 3 jam ajak aidan ke tandas semasa dirumah, biarkan dia buka seluar sendiri, basuh sendiri..insyallah kejap je tu, dia akan pandai dan faham..hehehe tapi mama kena garang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memangkan..agak ketinggalan sket dr segi pembangunan kat sini.

      Utk aidan mmg buat mcm yg akak suggest tuh, biar dia buat sendiri tetapi yg tension dia amek kesempatan utk main air pulak..hehe

      Delete
  4. hahaha manislah saat ini, anak kecil bermain air dan si ibu jerit2..bukan apa sangat saja agar suasana nampak kecoh dan suasana rumah tak sunyi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..betul tuh...mungkinkah anda ingin mengulangi saat itu? hehehe

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads