Thursday, 6 September 2012

Perancangan awal..

Assalamualaikum,
Beginilah keadaan kebun ketika musim hujan - dinaiki air, becak dan air bertakung.

Perancangan awal sebelum datangnya musim hujan.  Memandangkan tanah kebun agak rendah dan senang dinaiki air ketika hujan lebat dan boleh menjejaskan tanaman, sebagai salah penyelesaian adalah dengan meninggikan batas2 kebun dan membuat longkang  untuk memudahkan air mengalir keluar kelongkang utama dibelakang rumah. 

Asalnya bahagian ini ditanam dengan pokok2 pagar, memandangkan rumah jiran sebelah telah kosong untuk tempoh yg agak lama, kawasan ini telah dibersihkan dengan mencabut pokok2 pagar untuk menyediakan ruang untuk tanaman.

Setelah pokok2 pagar dibuang, tanah telah dipecah2kan untuk membuat batas tanaman pada sebelah tepi.

Dalam masa yang sama, longkang kecil juga dibentuk dibahagian tengah antara batas2 yang lain

Longkang kecil yang telah siap 'half way'

Untuk mengelakkan hakisan atau tanah turun menutupi longkang kecil, batas yang ditinggikan tadi diletakkan kayu yang besar dibahagian tepi. 
Setelah itu tali tasi diikat diantara kayu2 untuk meendapatkan ukuran yang lebih tepat

akan bersambung......

4 comments:

  1. Salam..tahniah, seronok datang kesini banyak informasi tentang tanaman menghijau, thanks a lots sebab sudi singgah ke blog love hijau. keep blogging..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam love hjau..thank u very much..blog love hijau pun sgt menarik jugak...

      Delete
  2. bt longkang memang mudah la nnt air nk mengalir kak..slmt aritu cuti sekolah ye kak..dpt gak abu aidan tolong bt persiapan ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul yu kalo tak mmg menyedihkan... hmm..nasib baik dia rajin nak buat, kalo tak..heheh

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads