Tuesday, 4 September 2012

Dari Sejuk Kepanas

Fiji beriklim tropika sama seperti dimalaysia cuma sedikit perbezaan sahaja dimana penurunan suhu dialami disini pada penghujung bulan May sehingga August dimana suhu boleh mencapai serendah 14 darjah pada waktu malam. Setelah itu cuaca adalah panas yang bersuhu diantara 26 - 31 darjah celcius. 

Musim yang lebih sejuk sedikit membolehkan penanaman sayuran yang memerlukan suhu sejuk boleh ditanam seperti di tanaman yang biasa kita dapati di Cameron Highlands. Antara tanaman yang biasa ditanam dimusim lebih sejuk :

  • Kobis bulat
  • Kobis berdaun seperti kobis putih/ sawi/ cina
  • Tomato
  • Bunga Kobis/ Cauliflower
  • Brokoli
  • Kacang Buncis
  • Lettuce

Hasil tanaman dimusim ini adalah segar dan pembesaran juga cepat. Serangan2 penyakit dan serangga juga tidak begitu membimbangkan. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan kalau tidak menggunakan racun serangga pun tak apa.



Peralihan cuaca juga memberikan kesan terhadap pembesaran tanaman. Tanaman seperti kobis atau bunga kobis yang mengambil tempoh yang agak lama untuk matang digalakkan ditanam awal sebelum musim lebih sejuk bermula kerana tanaman seperti cauliflower dan brokoli akan berbunga pada cuaca yang sejuk. Jika tanaman ditanam setelah musim sejuk bermula, tanaman tidak akan sempat berbunga dan tidak akan memberikan hasil (bila hampir mencapai kematangan, cuaca nak menjadi panas balik), begitulah dari pengalaman saya sendiri. Jadi 'timing' hendaklah tepat.

Kobis yang matang dimusim panas
caulliflower yang tidak berbunga



Kobis putih ditanam dlm cuaca panas


























Bila cuaca telah beralih kepada cuaca panas pula, tanaman atau sayuran tropika menjadi pilihan untuk memenuhi kebun, antaranya:

  • Kacang bendi
  • Kacang panjang
  • Jagung
  • Kangkung
  • Bayam
  • Kailan
  • Timun Batang
  • Zucchini
  • Terung
  • Petola
  • Labu
  • Capsicum
  • Ubi keledek
  • Radish
  • Cili dan sejenisnya
  • Silverbeet
  • dsbnya..
Ada juga sesetengah tanaman bercuaca sejuk yang boleh ditanam dimusim panas tetapi bergantung kepada varieti. Namun hasilnya tidaklah sebaik yang dtanam dimusim yang sesuai. Kobis bulat boleh ditanam dimsuim panas tetapi matangnya adalah lambat, anak semaian juga cepat mati kerana kepanasan dan mudah terkena serangan penyakit serta hasilnya jauh lebih kecil (mungkin dalam 300g terberat boleh diperolehi). Sayuran hijau sepert sawi, lobak juga boleh ditanam namum serangan serangga yang memakan daun adalah berterusan dan hasilnya daun2 sayur kelihatan berlubang2 kecil.  Tomato juga boleh ditanam mengikut variety tetapi hasilnya lebih kecil, kematangan lebih lama dan buah juga mudah dijangkiti penyakit.
Walaubagaimanapun, menjalankan percubaan atau ekxperimen menanam adalah bagus untuk memuaskan keinginan untuk mengetahui 'the results" sesuai atau tidak. Belum cuba belum tahu kan...

6 comments:

  1. Kalau Malaysia skrg musim panas ye lbh pjg kak.semalam semai cili..tak tahu la jadi tak.men tabur je.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yut..kalau benih baru biasanya blh idup inshaallah..

      Delete
  2. suka nya tengok sayur yg menjadi ni.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayur yg tak menjadi? benci tgk? hehehe..gurau jer kak

      Delete
  3. the 1st picture sgt menarik hati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tenkiu..have to wait till next yr to take the same menarik hati pic again..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads