Saturday, 15 September 2012

Good Ending for Long Bean

"Hai manusia, ingatlah akan nikmat Allah kepadamu. Adakah pencipta selain Allah yang dapat memberikan rezki kepada kamu dari langit dan bumi ? Tidak ada Tuhan selain Dia; maka mengapakah kamu berpaling (dari ketauhidan)?" ( Allah SWT - 35:3)"

Alhamdulillah, sesuatu rezeki yang Allah telah tuliskan untuk kita samada sedikit atau banyak, direct atau indirect pasti akan sampai kepada kita. Yang kita tidak harus lupa adalah untuk bersyukur atas rezeki, memberi daripadanya kepada yang berhak dan tidak kufur kepadaNya.

Setelah beberapa percubaan menanam kacang tanah pada tahun ini tidak berhasil disebabkan faktor cuaca seperi musim hujan dan perubahan cuaca, akhirnya ketiga-tiga batch kacang tanah yang telah ditanam telah menampakkan hasil,

 Yang ditanam pada 25/6/12 pada pagar belakang greenhouse (kalau diikutkan masa yang diambil adalah agak lama untuk berhasil - pembuahan terbantut kerana faktor cuaca)

 Yang ditanam pada 9/7/12 - selepas dua bulan dan pada cuaca panas sekarang mula berbuah

 Juga ditanam pada 9/7/12 berlainan tempat - mula mengeluarkan hasil

Pagi ini juga telah mengutip hasil yang telah ready walaupun belum sebanyak mana lagi (buah masih kecil), tetapi sekiranya dibiarkan dipokok, buah kacang akan menjadi matang dan tidak sedap untuk dimasak.

Setakat untuk digoreng kunyit bersama ayam memang cukup untuk seisi keluarga.

Memandangkan kesemua kacang panjang yang telah ditanam mula berbuah dan 'would not last long', the next batch telah pun ditanam pada 24/8/12,
 Inshaallah by the time bacthes yang sedang berbuah sekarang ni expired,
 this this batch would be ready for fruiting.

And today, another batch planted (inshallah to have continuous supply)  

Jika rumah kita ada ruang tanamlah kacang panjang, malas nak buat trellis tanamlah berdekatan pagar. Tidak memerlukan penjagaan rapi malah tanpa baja pun boleh hidup subur. Kalau ditanam dirumah bila berbuah boleh dipetik bila2 masa sedikit atau banyak untuk ulam atau sayur.Nikmat fresh vege hasil kebun adalah amat berbeza daripada yang dibeli, cubalah.

4 comments:

  1. Betul-betul...tapi akak dah lama tak makan kacang ni sebagai lauk..dulu ok je...sekarang ni badan sakit2 kalau makan kacang ni..faktor umur...ha ha..french bean boleh...kalau akak tanam akan kusedekahkan kepada saudara mara sahabat handai..macamlah tanah besar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo...angin yer..
      anak2? HS? depa tak makan? ayam goreng kunyit taruk kacang tuh my fav. kak..takder lauk lain pun takoer..

      Delete
  2. banyaknya..bolehlak buat laksam kan, kacang tu buat ulamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul jugak tuh kak..teringin nak buat..tp byknyer kerejer kene buat utk laksam...makannya sorang jer...hisshhh..tak berbaloi kalau malas2..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads