Sunday, 23 September 2012

Berkebun Dalam Hujan Renyai-Renyai

Pagi ini hujan masih renyai-renyai tetapi tidak lebat. Tanah kelihatannya basah dan lembut tetapi tidak berselut. Dengan cuaca redup, hujan rintik-rintik dan tiada sinaran panas cahaya matahari, kesempatan diambil untuk membuat sedikit kerja2 dikebun yang bersesuaian dengan cuaca iaitu menanam dan membuat batas.

Membuat kembali batas untuk kacang tanah setelah kobis bulat habis dituai. Tanah yang lembut tidak memerlukan banyak tenaga  untuk menyiapkannya. Kemudian kacang tanah disemai dengan membuang kulit keras agar lebih cepat bercambah dan keluar kepermukaan. Inshaallah dengan hujan dan tanah lembap, senang sikit untuk bercambah. Siaplah urusan kawasan dihadapan ini, tiga bulan 'disewakan' kepada kacang tanah. Cuma tinggal kerja-kerja menyiram dan merumput bila patut. 

Kemudian mengalihkan anak betik yang telah berusia hampir sebulan. Semoga dengan cuaca mendung dan tidak panas, cepatlah anak betik ini menyesuaikan diri ditempat baru.

Kemudian beralih ke backyard, cuba membuat sedikit batas untuk menyemai kacang panjang dikala tanah masih lembut,

Tengah seronok buat batas, diserang semut pulak yang bersarang berdekatan dengan batas, terbantut kerja-kerja dan semangat. 
Semut merah yang berbisa

Memandangkan 'bos kecil' juga sibuk dok melaung-laung memanggil dari dalam rumah (ditinggal dalam rumah kerana hujan), "Mummy, don't play in the rain..come inside..", semut pula dah merayap sampai dalam kasut but, terpaksalah beransur. Sempat juga harvest sedikit hasil kebun yang telah ready,

Carrot2 yang terakhir, kacang panjang, lada besar serta sedikit sawi.

8 comments:

  1. Semestinya pelbagai rancangan puan untuk menanam akan menjadi. Insya-Allah.

    Saya pernah juga tanam kacang tanah. Teknik mudah saya guna. Tanam. Tinggal. Tuai. Heh.

    Fungsi utama hanya untuk membuat tanaman giliran agar kesuburan tanah terjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah..thanks wong, saya tanam kacang sbb husband suka makan..tiap2 minggu makan kacang panjang..

      Delete
  2. mummy,don't play in the rain...hihihi.kalau ayut,sayur sebanyak tu cukup da seminggu.sbb duk 2 orang je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun 2 orng gak makan..heheh..sikit jer tuh sekali harvest.. kalau ayut ngan mawar mmg cukup...

      Delete
  3. sedapnye sayur2 fresh.....kalo saya,kacang panjang goreng ngan telur,lepas tu buat sup sawi,cili tu gemuk2 mcm cili solok...wat solok sedap ni. bila nak makan petik je d sekeliling rumah. senang. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tanam sayur2 nie kan shiro pastu takyah beli kat pasar, husband cakap nanti beleh claim harga sayur tu..mcm jual kat dia laa..heheh, tak claim pun, cuma mcm saving lah..

      Delete
  4. salam dik,
    wah tanam kacang lagi ye. kacang hari tu dah tinggi agaknya ya.Apa pun jangan kena hujan selalu, nanti demam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang ari tuh dah besar kak..tanam yg baru pula spy bila yg tu dah berbuah, yg nie pulak tgh membesar...jrg2 jer kena ujan..hehe tks..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads