Assalamualaikum dan salam jumaat anda semua yang budiman..
Hari ini cerita tentang yang ditepi pagar rumah, yang berjiranan dengan keluarga Hindu-Kristian dimana ditanam pokok-pokok yang beraneka jenis daun yang berbeza dan unik. Kalau di tanahair seingatnya, ada yang memanggilnya pokok bunga walaupun takder bunga. Namun begitu nama bagi pokok-pokok ini mintak maaflah tak dapat diberitahu sebab tak tahu..:)
Hari ini cerita tentang yang ditepi pagar rumah, yang berjiranan dengan keluarga Hindu-Kristian dimana ditanam pokok-pokok yang beraneka jenis daun yang berbeza dan unik. Kalau di tanahair seingatnya, ada yang memanggilnya pokok bunga walaupun takder bunga. Namun begitu nama bagi pokok-pokok ini mintak maaflah tak dapat diberitahu sebab tak tahu..:)
Tujuan menanam pokok-pokok ini adalah untuk memberikan sedikit privasi bagi kami kerana jika pagar terang benderang pun tak best jugak, jiran boleh nampak apa yang kita buat, nak jemur kain tak luar pun tak selasa. Di sebelah ini tidak ditanam pokok pagar kerana setidak-tidaknya masih ada lagi ruang untuk berkomunikasi dengan mereka dan setidak-tidaknya dapat jugak kedua2 pihak melihat2 rumah masing-masing sekiranya ditinggalkan. Cuma perlukan maintanance untuk trimming pokok dan membersihkan daun2 yang gugur. Jom layan gambar2 daun2 pokok yang berbeza dan unik ini...
Pokok yang bersarang burung
Sudah lama sebenarnya Abuaidan menyuruh mengambil gambar daun2 ini, dia admire..dan suruh letak dalam blog..hheheh
Ditepi pagar ini juga terjalinnya persahabatan unik diantara 3 years old boy dengan cucu jiran yang baru tamat degree. Boleh dikatakan setiap petang mereka bermain bersama2 ditepi pagar. Maybe both of them lonely kot sebab takder kawan...
Dan hari ini, hari terakhir persekolahan disini. Pagi ini sewaktu menghantar Abuaidan untuk pergi kerja, sempat berkata kepadanya..' today Alhamudulillah I've completed my duty for you, for this year..:) .. (duty untuk menguruskannya ketempat kerja...menggosok pakaian dan bekal harian)...6 weeks time off tak payah bangun awal2 pagi untuk masak..dan iron bajunya tiap2 minggu. ..:)..seronok jugak kan ade cuti nie...
Selamat bercuti lah ya.. akak tak cuti pun.. he he.. cantik pokok2 daun bercorak tu.. dulu biasa juga tanam.. ni namanya pokok puding kecuali pokok bersarang burung tu, yang tu pokok bunga raya.. kat sini juga banyak pokok bunga raya daun batik.. nama sebenar tak berapa pandai he he .. pokok2 puding cantik coraknya..macam batik jugakan.. kalau laman besar mahu akak tanam ni.. tunggu entah bila boleh duk umah macam tu..
ReplyDeleteakak tak dpt cuti yer..heheh takper lah lg byk pahala...
Deletedulu rs ingat nama pokok nie..cuma skrang jer dh tak boleh recall..terk kan..yg sarang burung tuh bunga raya yer....
tp corak daunnya cantik kan...inshaallah 1 hari nanti bersara ker dpt gak kak mar umah berhalaman nie..:)
ha ah... betul kata Kak Mar... saya kenal itu pokok puding - ianya mmg banyak variety daun dan warna... pokok bunga yg takde bunga... hehehe... dan pokok yg ada sarang burung tu pokok bunga raya...
ReplyDeletepokok puding ni... kalau di tanam rapat-rapat... lepas tu trim jadi pokok pagar - cantik... saya pernah lihat semasa di kampung dulu...
Pkk ni ada bunga tp kecik2. Biasanya tangkai bunga pjg dn bunga berbau harum.
DeleteAs salam ummu,
ReplyDeletePokok ni ore Kelate panggil pokok puding. Kat umah lama saya dulu ada lbh 30 jenis pkk puding ni. Pkk hiasan popular sblm kedatangan bunga kertas.
waalaikumsalam che adry...
Deletebaru ingat orng kelate panggil pokok puding... wah 30 jenis tuh byk tu..berbeza2 lak...
Ummu... kakak panggil pokok bunga ini pokok puding. Bukan puding yg boleh dimakan itu tau hihi... Rumah kakak pun kakak tanam tau tapi sebab tanah secoet jadi kakak tanam dalam pasu. Banyak yg ummu tunjuk tu kakak ada tau. Bila free kakak nak ambil gambar juga dan buat N3.
ReplyDeleteKakak suka tanam pokok juga ummu sebab kakak kan org kampung.
pokok puding yer kak...wah mesti kehijauan kan umah akak ngan pokok2 & tanaman..nanti jgn lupa buat entri tau..nak tengok jgk...heheh
Deletesy pun org kampung jgk asal kak sbb tuh suka berkebun..heheh
Salam
ReplyDeleteWah...kalau mak saya nampak pokok puding ni mesti dia seronok...dia suka tanam pokok puding ni.
salam...
DeleteOooo...mak awak pn peminat puding jgk yer....
betul betul ni pokok puding kan....wah aidan kawan dgn org besaq...hehehehe
ReplyDeletebtul la tuh semuo mengesahkan..aidan takdok saeng kecik tuh..
Deleteni klu kat umah..arwah mak ayut pngl puding..dulu dia tanam tp mesti ujung pokok je ada daun..sampai skrag..dia tak rimbun mcm kat umah akak ni..tak tahu la silap mane.. :) arwah mak ayut suke jgk pkok puding ni :)
ReplyDeleteooo..kat umah ayut pun ade jgk yer..tk rimbun yer ..mungkin baka lain kot..lebih renek.. ayut jagalah pokok puding tu sbg kenangan arwah mak..:)
DeleteUmmu..
ReplyDeletewah..selamat bercuti dr kerja2 mengurus...hehe
atie pernah tgk bunga2 kt atas tu masa pegi Indonesia.. kt sana banyak.. tapi kt Sabah ni mcm tak pernah jumpa plak..
atie pun tak tau namanya ape..hehe..
atie...
Deletetuh seronok tuh slamat bercuti panjang nie..heheh
kat indon pun ade jgk yer.. kat sabah agaknya orng tak tanam kot.. nie diorng dah bg tau namanya puding..
tu lah kan..nama pun unik..ala2 nama mknan.pokok puding..hehe:)
Deletememg unik dan cntik
ReplyDeleteTengok dalam blog mat or minah salleh macam rupa tumbuhan yang mereka panggil croton? kroton ? kut. Ada bunga, depan gate rumah kami sekarang. Saya ingat tak de bunga terkejut gak nampak. Bos Kebun MKG yang tanam. Best dapat cuti,
ReplyDeletebaru tanya abuaidan..betullah katanya croton kalau tak salah..tp sy tak pernah tgk bunga puding nie kat sini tak tahulah nape....cuti boleh releks..
Deletekalau tak silap, saya panggil tu pokok puding, tapi tak tahu la kot nampak sama tapi tak serupa :)
ReplyDeleteSeronoknya dapat cuti... teringin juga nak minta cuti dgn penyelia, tapi takut sbb kerja belum siap.. huhuhu
betullah tu pokok puding..ramai yg mengatakanya..:)heheh..
Deletebest kan cuti..habiskan kerja dulu then apply cuti baru lega sikit kan..:)
salam kenal ummuaidan. seronoknya tgk pokok2 & sayur-sayuran segar bugar mcm ni. saya minat jugak berkebun ni tapi keadaan skrg kurang sesuai (kws pasir pantai & banyak beruk yang suka cabut & makan apa2 je tanaman). cili padi pun dorg blh makan. huhu!!!geram je. pokok kari je dorg xsuka.
ReplyDeletesalam kenal rostina..haa..kat sana musuhnya beruk yer, pukul jer kalau kantoi....hohohoh...kena tanam pokok2 yg blh idp kat pantai nampaknya tuh ...
DeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMemang sah pokok puding. Mak Aji pun suka pokok ni sbb warnanya yang cukup menceriakan suasana. Mak Aji ambil benih pokok dr rumah ipar. Mak Aji suka yg berbatik kuning dan juga merah tu - meriah laman bila lebat daunnya!
salam makji..
Deleteya...dah sah daaa..heheh ..rmai yg mengesahkannya...mmg kalau byk boleh ceria jdnya...bolh tanam dengan ranting pun jgk kan...
Nampaknya pembaca blog ni hampir semua tahu nama pokok tersebut. Pokok puding atau kroton. Dengar kata orang Negeri Sembilan buat masak lemak. Tak pula saya berani sebab tak pernah mencuba.
ReplyDeleteeh, buat masak lemak? bolehkah? belum pernah dengar lagi nie...
DeleteAs-salam
ReplyDeleteCantik, cantik, cantik! Puding memang banyak jenisnya. Dan amat berwarna-warni. Pernah cuba cantumkan? Pak Temuk dah lama menunggu baju batik bermotifkan puding. Mungkin pengeluar kainnya rasa moti demikain tu "tak boleh jual"!
Wkumlsalam pak temuk..
Deletepuding nie kalau tgk betul2 mmg cantik kan.. dengan pelbagai warna & corak... mungkin pak temuk kena cadangkan kat mereka atau cuba hasilkan sendiri kot, nanti semua orang pasti terpukau..:)