Saturday, 10 November 2012

Cara Kami Menanam Kacang Bendi

Di kongsikan secara ringkas cara bendi yang kami tanam di kebun...
  • Batas tidak disediakan namun kami menggali lubang secara direct pada tanah untuk meletakkan benih. Semasa menggali lang bolehlah dicampur didalam tanah kompos yang disediakan didalam kebun sendiri. Jarak diantara lubang sebaik-baiknya  20 inch diantara satu sama lain.
  • Setelah lubang digali, 3 atau 4 biji benih diletakkan didalam lubang (untuk meningkatkan kebarangkalian percambahan). 
  • Penyiraman sekurang-kurangnya dua kali sehari agar benih mudah bercambah (tanah yang kering tidak menggalakkan percambahan). Pastikan tanah kekal lembap sepanjang hari.
  • Apabila benih telah bercambah, anak menjadi besar dan kuat sedikit, buanglah anak2 bendi yang tidak perlu agar seelok-eloknya hanya tinggal 1 pokok dalam 1 lubang. 
  • Bendi mengambil masa dalam 2 bulan juga sebelum hasilnya dapat dituai. Tuai bila buahnya sepanjang 5 inch (bergantung kepada variety)
  • Penjagaan - kami tidak menggunakan sebarang baja, tanahpun biasa sahaja. Namun siraman dibuat sekurang-kurangnya sekali sehari.
  • Daripada pengalaman menanam, kami dapati bendi hidup lebih subur di tempat yang tidak mendapat direct 'full sun' berbanding dengan yang ditanam terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari. 
 Yang ditanam tidak mendapat pendedahan cahaya sepenuhnya agak rapat. Lebih subur.

Yang ditanam ditempat yang lebih terbuka mendapat sepenuh cahaya. Pokok kelihatan kurus dan tidak membesar dengan sempurna pada saat berbuah.

Setelah menyedari akan kecenderungan begini, setiap kali menanam bendi tidak lagi memikirkan sangat samada boleh dapat direct full sun or not, kerana mereka tetap subur walaupun benih yang tumbuh sendiri dicelah2 pokok2 lain yang besar, sebagai contoh pokok jagung.

29 comments:

  1. assalamualaikum ummu...bestnya mcm nak tanam sayur juga la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama...selamat mencuba yer..:)

      Delete
  2. ya nampak subur....dan hasilnya tentu membanggakan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hasilnya cukuplah jugak makan dekat 2 bln lebih...

      Delete
  3. Ooo, senang rupanya nak tanam bendi... best nyer dpt makan bendi segar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak susah sgt pun nur sebab tak perlu penjagaan lebih...

      Delete
  4. ummu...minggu lepas sy tanam bendi...ada advice kat belakang sampul seeds.."tanam 2 biji dlm 1 petak semaian" ada sy follow...ada tu sy degil letak 1 je...akibatnya..petak yg ada 2 biji tu bercambah..yg 1 biji je tak bercambah...heheh (semut bawak lari agak nya)
    sekarang rupa anak bendi sama dgn 1st gamba tu..thanks for the tips...sy tengah berkira-kira kawasan yg dapat full sun (sbb limited)..nampak nya tak perlu la kan..terlindung sikit pun dah ok..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadia..dlu pun sy kedekut jgk..letak 1 selubang jer..namun setelah sedar yg tak semua boleh tumbuh, baik letak lebih sikit..benih pun yg presere sendiri..byklah jugak... tak perlu sgt full sun..malah yg sy tanam kena blok ngan pokok jagung lagi..pun subur jgk..

      Delete
    2. itulah..kena banyak lagi membaca-baca pengalaman org bab bertanam tani ni...dari duk kedekut terus rugi..heheheh

      Delete
    3. itulah namanya perskongsian ilmu..

      Delete
  5. Replies
    1. celur pastuh cicah budu..sedapkan..

      Delete
  6. yup betul tu kak kamsiah,m suka sgt buat ulam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulama atau letak dlm kari sedap kan..

      Delete
  7. salam ummu. melor memang duk berkira2 nak tanam bendi dalam polibeg. tempat yg dibersihkan hari tu teduh sikit emm boleh la tanam bendi. nasib baik ummu dah bagi tau cara nak tanam dia. tq la ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berjaya yer melor tanam bendi...janji boleh dpt cahaya matahari wpun terlindung dr pokok lain...

      Delete
  8. Salam Ummuaidan,

    memang yalah agaknya, pokok bendi xleh cahaya matahari sepenuhnya. Dulu kami tanam dapat matahari pagi dan ytengah hari saja, ketinggian melepasi bumbung dapur! Memang cukup subur, sedap dibuat ulam - boh dlm microwave 2-3 minit on high dgn bertutup, cukup menyihatkan berbanding celur. Cicah budu atau sambal belacan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rsnya lah kan mak aji dari pengalaman..kalu dok tengah panas teng teng kuruh mrk tuh... sy suka celur cicah budu..pastuh ade telur rebus mmg sedap ...

      Delete
  9. Saya suka bendi, maklumlah asal org Penang, karinya mesti kena ada bendi. Saya juga suka bendi dibuat ulam.
    Di Utara, org tua2 memanggil bendi kacang lendir kerana ia memang banyak lendir. Ada kawan beritau kacang bendi baik utk lelaki. Entah betul atau tidak, tapi saya sbg penggemar kacang bendi dikurniakan Allah 6 anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..btul orng penang suka taruk bendi dlm kari..

      yg saya dengar elok utk pompuan bersalin..yg lelaki tak pernah dengaq pulak...

      Delete
  10. lagi byk pokok bendi ummuaidan.saya ada 2 pokok ja..tapi tu pun seronok sangat dah..duk tgk pokok bendi tu ja..pertama kli tanam pokok bendi la katakan.huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mmg tanam banyak hitomi sebab en abunya suka makan...
      heheh pertama kali mmg bermakna hitomi..

      Delete
  11. ni klu ayut tanam ni kompem siput mkn jgk...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..siput makan bendi gak..tak pernah dengar pun..huhuh

      Delete
  12. saya punya bendi tanam dalam container semuanya tak berapa nk besar....kecik2 daun. Bagus info yang awak bagi ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rsnya bendi kalau tanam dalam container kurang baik sikit sebab akarnya nanti dalam juga & kuat jgk cengkamannya tuh.jd bila tempat sempit akar takleh bernafas kot..hehe

      Delete
  13. salam..ada orang India amalkan makan bendi..untuk kecedersan otak...bagusla ada byk stok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ker kak..tp bendi skrang nie memang sentiasa ada kat kebun..kalau nak apply utk aidan takdapeklah sebab tak suka sayuq dia nie kak

      Delete
  14. Assalamualaikum.. terjumpa blog ni dalam mencari teknik menanam pokok kacang bendi.. seronok bila melihat hasil tanaman yg telah memberi hasil.. :D

    Done follow your blog here.. ada masa sila la ke blog saya juga.. moga boleh bertukar dan berkongsi ilmu :D

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads