Thursday, 8 November 2012

Menanam Sayuran didalam Container

Dikongsikan sikit info untuk menanam dalam container sebab banyak kawan2 yang menanam dalam container kerana limited space kan. Ini berdasarkan buku Complete Guide to Gardening..

Apakah yang boleh dijadikan container?

  • Apa sahaja yang dapat menampung tanah untuk menanam sayuran yang segar dan berkhasiat.
  • Periuk2 lama, hampers, baldi,  raga kayu, tudung tong sampah, washtub atau sink lama yang tidak terpakai, plastic hampers dan sebagainya.

Kunci utaman kejayaan untuk penanaman container adalah tanah. Perkara-perkara perlu dititikberatkan dalam penanaman dalam bekas/ container adalah:

  • Bekas mesti ringan agar tanaman mudah dialih namun mestilah cukup beratnya agar tanaman mendapat sokongan sepatutnya, contohnya jika diletakkan di balcony rumah (pastikan berat yang sewajarnya agar tidak melayang jika angin kuat). Boleh diletakkan batu2 dibawahnya untukdijadikan pemberat. 
  • Bekas mestilah dapat menahan air, plenty of peat moss, perlite, vermiculite or well rotted compost untuk mencegah kekeringan dan compaction. Bersedialah untuk menyiram sekerap yang mungkin.
  • Membeli tanah yang telah specially mixed atau campurkan tanah sendiri mengikut bahagian yang equal diantara peat moss, garden loam and  coarse sand. Jika tanah dah berpasir, kurangkan pasir yang berlebihan didalam campuran.
  • Tanah campuran yang komersial adalah lebih subur, bebas dari penyakit yang berasal dari tanah dan dilengkapi dengan nutrien yang cukup untuk penanaman.
  • Tidak seperti tanah dikebun, iaitu tanah batas, tanah dalam bekas tidak dapat menampung air dari subsoil. Jadi perlulah disirami dengan kerap terutama pada hari yang panas. Bekas yang tergantung juga lebih cenderung untuk kekeringan, jadi periksalah dengan kerap.
  • Sebelum menanam pastikan bekas mempunyai lubang yang mencukupi untuk pengaliran air. Tebuk/ cucuk dasar bekas dengan pin ataupun paku panas untuk membuat lubang.
  • Bekas atau pots perlulah cukup besar untuk menahan sistem akar yang normal.  Daun2 akan menjadi kekuningan akibat kekurangan nutrien jika bekas terlalu kecil.
          > Sayuran bersaiz besar  seperti tomato dan zucchini memerlukan plastik yang 

              sekurang-kurangnya 12 inch deep
         > Tanaman yang kecil seperti carrots, bawang hijau dan herbs can get by with 9 inch deep containers.

  • Setelah ditanam didalah bekas, letakkan dilokasi yang mana tanaman boleh mendapat sekurang-kurangnya 6 jam cahaya matahari dalam sehari. 

Nanti kita sambung tanaman apakah yang bagus ditanam didalam bekas, inshaallah. Hepi gardening ya kawan2...good luck.

Source : Complete Guide o Gardening






18 comments:

  1. salam. bagus maklumatnya kerana ramai yg mengalami kesempitan ruang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ..actually maklumat dlm buku tuh mmg bagus meliputi semua..

      Delete
  2. Assalamualaikum....
    sihat ke makyeng? harap2 hari ni lebih baik ye..
    dah tido? dah lunch? hmmm keje umah dah settle?
    jangan buat keje berat k.. jaga kesihatan dulu.. :)
    Thanks for the maklumat tu.. :) mmg bagos berkongsi maklumat ni ngan kawan2.. lagi2 yg kurang info cam saya.. :D :)
    take care friend.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam makyong...sehat2 ajer hari nie...tak dpt tido ari nie... thanks for reminder...

      maklumat translate dr buku tuh....

      ok..u too take care

      Delete
  3. salam ummuaidan
    melor dtg nih

    ReplyDelete
  4. Trima kasih ummu sebab berkongsi maklumat..smlm bru sya pi tnam petola tu dlm baldi ja..hrp2 ok la..sbb nak letak ditnh trus mmg x bley..berbatu..cuma terlupa pulak nk pi tebuk lubang utk pengaliran air.huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takperlah ...moga2 petola hitomi subur2..nanti balik keje pi cucuk bawah baldi tuh...kang air takdpt nak ngalir lak..

      Delete
  5. pssttt>>> ummu, nani pun dok putra perdana.. tapi baru tahun ke 4 kat sana.. sblm ni puchong utama.. kat luar tu sket.. :) tapi dah 10 tahun la kat puchong.. :D

    ReplyDelete
  6. hihihi.. tau tak per.. 2007 haikal lahir.. 2008 saya kat putra perdana dah.. beli umah kat sana.. :P entah2 terjumpa kat pasar malam ke.. sape tau ek.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. nani...hehehe..takder jodoh kita bertemu masa dulu2 yer..kalo tak dah berkawan errkk...huhu

      Delete
  7. best ye klu dpt tomato mcm tu...wahhhhh..ayut beli tanah aritu mmg dh dicampur..ok la tu utk tanam dlm pot :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak subur jer kan...tanah yg dah dicampur mmg eloklah..takyah kita buat kerja lebih2 kan...

      Delete
  8. Apa lah agaknya baja dan jenis tanah yg mereka pakai ni ummi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baja ngan jenis tanah kena rujuk balik kak..nanti kita citer lak...tp tanah tuh bercampur2...

      Delete
  9. assalamualaikum ummu...best juga mcm ni nak cuba juga la...:)

    ReplyDelete
  10. Cantiknyer buah2 yang bergantungan.. dapat bayangkan rasa manisnyer tomato.. (^_^)

    ReplyDelete
  11. sukenye tgk org bercucuk tanam..bestkan.. lg2 klau ade hasil..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads