Tuesday, 20 November 2012

Pokok Buah-Buahan Dilaman

Walaupun Fiji beriklim tropika sama seperti Malaysia, namun tidak semua pokok buah-buahan yang terdapat di Malaysia boleh hidup di Fiji. Ini adalah kerana Fiji Islands adalah sebuah gugusan kepulauan, maka iklimnya pun lebih panas dimusim panas. Seperti yang dialami sekarang nie, siang malam yang terlalu panas (humid) boleh mencecah 37 degree setiap hari. Malam hari masih juga panas sampai kepagi, alamaknya tidur dengan kipas dan tak berselimut. Kerana udara yang panas ini jugalah menggalakkan terjadinya tropikal depression, cyclone dan hurricane yang biasa terjadi di hujung tahun, nauzubillah janganlah datang tahun ini sebab rosaklah tanaman2 kat kebun jawabnya..

Dikongsikanlah sedikit tentang pokok buah-buahan yang ada dilaman kami. 

Pokok nona serikaya. Sedang lebat berbuah dan menunggu masak.

Limau mandarin. Baru mula berbuah, masih lagi sebesar limau kasturi saiznya.

Pokok mangga. Ini mungkin bertahun lagi tunggu nak berbuah. Baru usia 2 tahun.

Pisang, rasanya seperti pisang berangan. Dulunya banyak pokok namun Abuaidan tebang sebahagiannya, katanya menyemak kat tepi nie.

Ini pokok jambu ceri. Buahnya kadang masam kadang manis.

Betik jenis hawaian 'pawpaw'  (the best in town) baru jer 2 bulan usia..tak boleh makan hasil lagi.

Ini pisang renek. Kecil buahnya seperti pisang lemak manis. Varieti pisang tak banyak disini yang biasa tengok selain yg ada dirumah ini adalah pisang yg rasa masam manis dan pisang tanduk. 

Selalu berangan dengan Abuaidan untuk menanam pokok buah-buahan seperti jambu batu, ciku, langsat mahupun duku, namun tidak mudah untuk membawa masuk pokok buah-buahan kesini. Kalau guna biji pula chances sangatlah tipis mungkin. Pokok seperti durian mahupun rambutan juga pernah dicuba tanam oleh staff kedutaan di Rumah Malaysia, namun tidak sesuai barangkali, tidak hidup.


30 comments:

  1. Sejuk je mata memandang tgk pokok2 hijau ni..
    kt bandar dah susah nk jumpa...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah satu objektif tanam pokok buah2 pun utk menyejukkan uadar & mata...bandar kan byk bangunan..:)

      Delete
  2. bestnye...bnyk pokok keliling rumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestlah jgak..dpt rs buah sendiri..:)

      Delete
  3. kecik comel je pkok pisang last tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh pisang renek yut..sbb tu kenek...

      Delete
  4. ooo lebih panas rupanya kat sana...baru ku tahu..sy fikirkan keadaan cuaca kat sana sejuk lebih kurang tanah tinggi di Malaysia bila musim panas..sebab tgk kan tanaman yang ummu tanam mcm kat cameron subur2..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade musim panas & sejuk sikit..panas byk.kalo sejuk lebih urang kat cameroon lah.. skrang kalau menyemai benih..kalau hidup tuh bertuah lah tu...

      Delete
  5. Rasanya kat laman umah UmmuAidan lagi banyak pokok buahan daripada kat umah saya kat kampung. Sbb abah saya suka menebang pokok2 yg arwah mak saya tanam. Bila pokok tu berbuah lebat je, pstu jatuh2 ke bumi, abah saya rimas so dia tebang.

    Apa salahnya awk cuba jugak tanam pokok durian. Kot2 tangan dan teknik awk menjadi plak. Yakin boleh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo....agaknya susah kot dia nak uruskan..pokok buah2 kan rendang..selalunya orng laki camtuh lar..suka menebang kalau tak larat nak jaga...

      lyd...mana lak sy boleh dpt biji durian nak semai dan sahut cabaran awak nie...:)

      Delete
  6. banyaknya pokok2 kat keliling rumah makyeng.. puas makan buah nanti.. buah nona tu lama dulu >>kecik lagi<< ada mak tanam.. and penah rasa gak.. tapi tu rasanya last time makyong makan buah nona.. sampai skrg tak penah jumpa lagi.. hmmmm.. dah pupus gamaknya pokok tu..
    >> makyeng sihat? makan apa lunch tadi? tadi makyong breakfast roti canai.. alhamdullillah.. habis sebiji.. tapi mcm tak cukup plak.. lenkali nak beli 2.. tapi kalau 2 mcm kenyang sangat.. hmmmm ape pun alhamdullillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuh nak kira taklah byk mana lg makyong..pun bermusim gak tuh..pokok betik kalau kena air banjir blh mati cepat... buah nona tuh kat sini br first time sy makan..kat mesia tak pernah jumpa..:)
      >> alhamdulillah sehat walafiat..best kan bekfes roti canai..bilalah nak merasa lg...:)

      Delete
  7. sugnguh rajin mak bcucuk tanam yee ... ehhHHE

    ReplyDelete
  8. sungguh rajin yerk...
    ada yerk nama nona serikaya.. camner rasaer..
    suka namatu sebab kampung kita nama serikaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yg dah ade sblm sy dtg..heheh
      nona tuh rsnya lebih sedap lagi dari durian belanda wpun dari family yg sama...
      kg serikaya yer..sedap nama t

      Delete
  9. Buah nona tu boleh tinggi macam tu sekali Ummu. Rumah kakak rendah aje tapi mungkin spesis lain agaknya.

    Ummu memang akan terus tinggal di sana ke? Kakak siap menggoogle nak tahu kisah pelancungan di sana hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak kalau jarang mencantas..dah tuh makin berusia makin besar pokok jdnya...

      inshaallah bila aidan masuk tadika nanti baliklah kak..(tak sabar nie..).. kalau pulau2 kecik persndirian tuh mmg best utk tourist kak..namun takder ribu2an takleh mimpilah utk kesana..westerners adalah yg kaya maya kepulau2 indah tu

      Delete
  10. assalamualaikum ummu...seronokkn kalau dapat melihat pokok tanaman kita hidup segar n boleh rasa hasilnya nanti...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama..betul tuh mama..mmg seronok bila tanaman kita subur & berhasil..

      Delete
  11. Byknya pokok buah buahan ummuaidan..paling best tu pokok jambu dgn pokok nona..buah kegemaran..hehe..kemas tepi rumah yang ada pokok pisang tu..rajin ummuaidan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. th sikit jer tuh hitomi..kalau byk mcm dusun..heheh.. yg tepi umah tuh kerja abuaidan, yg rajin maintain kat bhg tuh..sy mmg tak larat nak buat tuh huuhuuhu

      Delete
  12. As salam ummu,
    Pokok nona serikaya/sekaya tu dah capai ketinggian maksimum. Lps ni pkk tu akn jadi rendang. Sblm ni ada pkk atau bangunan tepi pkk tu kot. Naik condong je tu. Limau mandarin pn sama. Mangga tu kalau anak kawin thn dpn mgkin dh berbunga. Sayang betul pkk pisang tu ditebang. Knpa tak dialihkn anak2 pkk ke tmpt yg lbh sesuai...

    Saya sgt teruja tgk barisan pkk ubi kayu yg teratur. Tak hbis nk mkn pucuknya. Buat masak lemak cili padi pn sodap tu. Ubi tu nanti buat la poli ubi kayu. Ummu biasa mkn tak kuih poli ubi kayu? Info kiuh tu ada dlm blog saya.

    Pisang renek tu rasanya sama mcm pisang kapal atau serendah di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam en. adry...

      sy rs elok jer setinggi tuh..sbb kalau tinggi sgt pun susah nak amek, dahle kena tgk dekat nak tahu bah dah ready blom. sebelah pokok nona tuh ada pokok kari sebab tuh condong.. sblh pokok limau mandarin ada limau kasturi, bhg sebelah tuh kurang buah sket..

      kenapa anak kawen mangga berbunga lak, anak mana nie?

      ubi tuh sy tanam tuh sbb th elok jer..heheh pucuk ubi tak berani sy nak makan sbb ini ubi kuning, dl sekali pernah rebus..peehhh pahit tul rsnya. .,nanti sy tgk info poli tuh, rsny pernah makan...

      bukan pisang renek tuh pisang lemak manis ker?

      Delete
    2. Hehe...anak kawen tu maksud saya, anak pkk mangga yg dicantum tunas dgn klon/baka mangga yg baik. Kalau ummu tnm guna biji, aidan masuk sklh rendah pn tak berbuah lagi rasanya..

      Ubi isi kuning ke? Ingat kot ubi kayu putih tu tp saya biasa mkn pucuk ubi kayu isi kuning, daunnya lain sikit dgn yg ummu tnm ni. Rasa pucuknya ok je. Poli ubi tu kuih tradisional Kelate.

      Pkk pisang lemak manis tak la renek sgt. Dkt nk sama tinggi dgn pisang kapas dh tu. Yg renek, biasanya pisang kapal(krg drp 1.5 meter tinggi) dan pisang mantan/40 hari.

      Delete
    3. ooo..mcm tuh errr... itu yg biji dibuang lps makan.heheh..berubanlah tunggu..

      sy rs pernah makan poli ubi tuh... tuh ingat tak ingat jerr

      oh yer ker..sbb bila sy tgk buah ingat kecik besar jari cam pisang lemak manis...

      Delete
  13. Salam Ummuaidan,

    luasnya laman, suka tengok, apa lagi penuh dgn pokok buah! cuma satu ajalah jenuh nak kena mesin rumput (nasib baik bukan diri sendiri yg kena buat, he he). Kemas nampak pokok pagar ngan pokok pisang dgn ubi kayu (ya kan, ubi kayu?). kerja maintenance tu yg letih tu, kena pulak musim hujan bila rumput rampai memang galak sampai x sempat nak mesin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makaji...
      bab nak kena mesin rumput tuh btul, ramai orng kat sini ade brush cutter sendiri.. dah 1/2 drp laman blakang buat kebun jimat sikit tenaga tukang mesin...
      btul tuh ubi kayu..abuaidan yg maintain tak nak bersemak takut pencuri senang berselindung...
      kalau abuaidan bila rumput berbunga tinggi barulah dia mula mesin..huhu

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads