Tak tahu nak kata, hampir sebulan yang lepas banyak kali jugak benih sawi ditabur dibatas ini. Namun hari demi hari dilihat sawi tak jugak tumbuh, malah pokok2 bayam pasir pula yang tumbuh dengan meriahnya. dan akhirnya sawi langsung tidak kelihatan.
Bayam pasir yang tumbuh sendiri dengan padatnya. Benih entah dari mana begini banyak mungkin sewaktu menyediakan batas menggunakan rumput kering yang bercampur2, disitulah benih tersimpan. Orang disini makan bayam pasir sebagai sayur, namun kami tak berapa berminat dengan bayam pasir nie.
Beginilah rupa sawi yang tinggal. Inipun daripada anak yang dialihkan. Nampaknya cuaca panas sekarang ini tidak sesuai benar untuk menanam sawi, rupanya kelihatan tidak menyelerakan untuk dibuat sayur. Jadi tutup buku sawi sampai cuaca lebih sejuk tahun depan, inshallah.
Bayam yang ditanam pulak (dari benih kiriman olive), teruk diserang. Lebih dari separuh pokok2 yang ada. Terpaksa jugak letak racun sebagai opsyen terakhir walaupun tidak cuba mengelakkan drp menggunakannya...
bayam pasir ada nilai perubatan, sy pernah tgk rancanagn memasak org india yg ceritakan tentang khasiat bayam pasir yg hebat, cuba-cuba la makan
ReplyDeleteade pernah dengar jugak psl jd ubat tuh..tp mcm srkang nie takder mood nak makan sayur lak..huhuh
Deletebayam pasir pun sedap....
ReplyDeletesedaplah jugak ..tp sedap bayam biasa lagi
DeleteBenih2 dilarikan semut agaknya..
ReplyDeleteterlalu panas kot..tak bercambah langsung..
DeletePernah juga sayur yang saya tanam dahulu semasa kelas amalan ladang diserang teruk serangga perosak akibat terlupa tanam tanaman selingan.
ReplyDeleteApa kata puan tanam bawang merah keliling atau serai untuk menghalau serangga perosak. Di samping itu pokok kesom/selasih/pudina juga boleh menjadi penarik makanan untuk serangga perosak. Jadi taklah nanti mereka serang tanaman yang lain kalau pokok kesom/selasih/pudina ada.
pokok selasih tuh mcm basil yer..kalau basil ade tanam berdekatan..kesom tuh takder kat sini...pudina plak dah lama tak tanam..tp sy rasakan daun bayam memang sedap & lembut sebab itulah diserang ..
DeleteAwi dah ilang?hehe..kna semai lain la ni ummuaidan..tp mak sya pun mkn bayam ni..sedap dai ckp..
ReplyDeletedah tak nak semai dah hitomi tak larat.. bayam pasir tuh mungkin nak suruh abu aidan makan kot..hehehe
DeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMak Aji x pernah tanam bayam pasir tetapi benih dr tanah jiran sebelah tumbuh dalam pagar kami dan hidup cukup subur (kawasan dekat dengan cili api yg besar tu) dan boleh capai setinggi orang dewasa! Jadi kami dapat bayam free aja. Tapi bayam ni kurang sedap berbanding bayam biasa tu.
salam makji.
Deletebayam pasir mmemg..depa jenis liar yg senang sungguh tumbuh..eh sebesar orng dewasa? takutnya...boleh makan ker sebesar tuh ??? bayam pasir mmg banyak ..ade gak orng jual kat pasar ..tp pahitla sikit..
bayam pasir?ayut tahu bayam je..hihihi.type dia tak tahu....kena serang yer...takde rezeki agak ye.tanam lg la nmpk gaya yer :)
ReplyDeleteade bayam pasir nie yut..jenis bayam liar laa...nak tanam lg tu yg malas tuh yu..huuhu
DeleteBagus juga saranan saudara Izham untuk tanaman selingan, atau companion planting. Mungkin boleh membantu sedikit sebanyak. Tanaman selingan saya yang banyak ialah selasih dan pudina.
ReplyDeletesaya jarang tanam tanam selingan sebab tanam seperti selasih tuh pun cepat membiak & makan space..cuma tanam tepi2 batas jer...
Delete