Monday, 11 November 2013

Petua Menghilangkan Bau Hamis Daging Kambing

Actually UA bukanlah penggemar daging kambing..mungkin kerana dah terkena psikologi sejak kecil yang ramai orang tak makan kambing, daging kambing berbau..panas dan bagai. Kat sini pun kami jarang makan kambing kecuali bila ade kenduri depa buat kambing palau atau kari..dah orang hidang kenalah makan kan.

Kalau yang dimasak dirumah, biasanya buat kari dan letak banyak rempah kari untuk mengurangkan bau kambing..macam palau tak berbau sangat sebab guna banyak rempah. Selain dari itu pernah buat rendang kambing sekali..sedap jugak.

Namun since daging kambing korban hari tu kami dapat banyak ribs nyer part..dan adalah keberanian tuk makan daging kambing ngan lebih daring...tambah2 lak setelah mendapat petua camaner nak hilangkan baunya.


Senang saja..lumurkan daging kamibng atau tulang dan sebagainya dengan tepung gandum..biar menyeliputi daging tuh sepenuhnya..biarkan sejam. Kemudian bersihkan balik tepung gandum tuh sebersih bersihnya..kemudian perah asam limau dan gaul rata..biarkan sekejap (jgn terlalu lama nanti daging leh jadi rs masam)..kemudian basuh ngan air paip hingga bersih.

Ternyata petua nie memang berkesan..tiada lagi bau hamis kambing..boleh makan dengan lajunya tanpa was was..malah lepas apply petua nie anda mungkin akan menjadi penggemar daging kambing lak..heheh

p/s - sumber petua dari internet namun the real source sudah terlupa lah tak dpt nak letak link..harap halalkan yer siapa yang nyer asal usul petua tuh..thanks a lot.

15 comments:

  1. bertul tuy petua tepung gamdum tu mmg pernah KA guan pakai & berkesan

    ReplyDelete
  2. ooo mcm tu ke? Mak mentua saya basuh ayam dgn tepung gandum. Cuma tak letakkan asam limau je la.

    ReplyDelete
  3. masa kat M'sia, mmg tak pernah makan kambing…. tapi semenjak merantau kat bradford ni, sekali seminggu pekena juga sup kambing…. heran juga kenapa kambing kat sini tak berbau…. kalau beli daging lembu, ada juga rasa 'lembu' tu…. sampai ada kawan buat lawak, daging kambing kat sini tak berbau sbb duk dalam "aircond" sokmo… jadi kambing tak berbau dan tak berpeluh…. hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Makan daging kambing rasa dia tu yg buat kick Ummu...tapi kalau terlebih hamisnya memang tak termakan lah pulak.

    ReplyDelete
  5. Ini salah satu masalah saya dengan papa JJ, macam kita dah biasa untuk sedaya upaya hilangkan bau kambing tu kan, papa JJ pulak dia cakap kalau takder bau kambing, baik makan ayam jer, takder beza. muahaha dia kalau boleh masak kambing buh salt pepper jer. Adehhhh

    ReplyDelete
  6. huhu!!!ros pun antara yg tak makan kambing…dulu2 tak terasa sgt rugi tapi lately ni terasa sgt le rugiiiiii. lebih2 lg bila org dok suruh follow sunnah nabi ni so kambing is one of them. ros pun bkn sengaja tak suka tau tapi mmg dah try yg @Msia mahupun @tempat sejuk (try kat beijing) pun sama hamis. ros mmg teringin sgt nak boleh makan, so nak try la cara UA ni semoga pasni blh la mkn.

    ReplyDelete
  7. Kalau ada kenduri dan kebetulan ada hidangan daging kambing, nampak ramai orang menuju ke situ dulu...Ada orang kata daging kambing boleh meningkatkan tekanan darah, tapi pak Arab bedal seekor kambing berkongsi 4 orang saja, tak banyak pula kes darah tinggi di kalangan orang Badwi!

    ReplyDelete
  8. so skrg dah makan lah ye daging kambing Ummu..sy smpai skrg tak makan daging kambing..hehe... tapi petua Ummu tu mmg berkesan kan..sllu nya hubby buat mcm tu utk hilangkan bau hanyir ikan keli atau pun ikan pari.....:)

    ReplyDelete
  9. assalam ummu..
    apa khabar?
    sama lah kita.. kecik2 dulu x berani langsung nak makan daging kambing.. sebab mitos2 tu lah.. cewaahhh.. mitos tu.. hahaha.. tapi skrg ni dah mula makan.. walaupun ada bau istimewa nya.. tetap sedap sebenarnya.. tapi 1 je.. lepas makan kepala sure wing wing je.. tak leh nak buat apa dah.. terus tido.. for sure lah.. hari tu lepas pantang makan daging kambing.. panas gamaknya.. mata fiyya bertaik je.. skrg ni try pulak makan.. ok plak.. hehehe

    ReplyDelete
  10. UA....saya dan keluarga mmg penggemar daging kambing! Terima kasih di atas tips ini!

    ReplyDelete
  11. Salam Ummuaidan,

    Sama ngan Awin, Mak Aji sekeluarga hantu kambing. Tiap kali kahwinkan anak, ketiga-tiganya ada menu kambing ala kuzi - paling cepat habis! Setakat hari ni Mak Aji guna tepung gandum untuk bersihkan ayam dan juga untuk ikan air tawar untuk hilangkan hanyirnya. Belum pernah cuba untuk hilangkan hamis kambing! Boleh cuba ni the next time nak masak kambing. Tapi kalau hilang terus hamis tu tak syok juga kan, biar ada sikit bau oklah!

    ReplyDelete
  12. saya tak makan kambing tapi petua ni boleh diaplikasikan kat rumah sebab dalam rumah saya ada yang gemar makan kambing.. ;)

    ReplyDelete
  13. Kalau Ikan sungai pun petua dia bersihkan pakai tepung gandum jugak tau UA...selain hilangkan lendir agaknya boleh hilangkan bau...

    ReplyDelete
  14. terima kasih ats panduan UA...baru first time nak masak kambing ni, prmintaan en husband..selama ni makan pun x prnah...dek baunye yg mnyekat hidung

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads