Saturday, 2 November 2013

Petola Hutan

Setelah 2 bulan berlalu, petola hutan yang kami tanam buat pertama kalinya kini telah berbunga dan berbuah. Petola hutan dengan petola biasa tak banyak bezanya bila melihat kepada pokok tanaman itu, namun bila melihat kepada buahnya agak ketara juga perbezaannya.

Buah petola hutan yang pertama.

Warna petola ini adalah hijau muda tidak seperti petola biasa. Kulitnya lebih keras sedikit namun isi didalamnya adalah sama sahaja.

Petola biasa, hijaunya lebih gelap dan kulitnya lebih berlekuk berbanding petola hutan. Petola biasa jugak lebih panjang biasanya.

Yang bagusnya petola hutan berbanding petola biasa adalah, petola ini lebih lasak dan tahan kepada cuaca berbanding petola biasa. Kalau musim hujan mahupun musim sejuk, petola ini masih boleh didapati dipasar namun tidak petola biasa, sebab itulah kami menanamnya agar dapat makan petola sepanjang musim.

12 comments:

  1. Oh ada ye petola hutan ni ummu..hehe..punya lh tak tau..sll dok mkn petola biasa jer tu..sll tumis cmpur bwg putih n ikan bilis...hehe..

    ReplyDelete
  2. Petola jenis ni memang senang tumbuh dan berbuah...dulu mak selalu tanam kat kebun kami di kampung......:D

    ReplyDelete
  3. Owhh ada lain jenis petola ni yer. hehehe buat sayur air sedap ni, takpun mask lemak putih makan ngan ikan goreng.
    Eh u tak nampak ker gambar kace mior kentot tu? Ada I letak.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Ummu,
    Hari ni K.Sham blajar benda baru.
    2 jenis petola.. but either one.. is fine with me.
    Buat sup.. sedap je pd tekak kami.

    ReplyDelete
  5. Ada yang gunakan serabut petola sebagai sponge badan ketikia bersabun... dia gunakan petola hutan tu la kut...

    ReplyDelete
  6. Baru tau... yg ni nampak tembun kan!

    ReplyDelete
  7. Di Utara Semenanjung, petola dipanggil ketola...

    ReplyDelete
  8. Salam Ummuaidan,

    Baru Mak Aji tahu ada petola hutan ni. Tak perasan pula ada beza antara kedua-duanya. Memang biasa jumpa petola jenis ni kat pasar malam.

    ReplyDelete
  9. Kalau masak petola ni, ai dgn en. Suami je yg makan.. anak2 takmo makan lgsung sayur.. rugi2..

    ReplyDelete
  10. Ini adalah salah satu sayur yg okje jarang beli dan makan UA...okje kurang suka kott....mssak lemak putih pun best ni

    ReplyDelete
  11. Kalo rasa sama, baik lagi le petola hutan kan? Sebab tahan lasak.

    ReplyDelete
  12. yg mane 1 lak petola hutan ni..?agak2 ade jual kt ne ek..?

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads