Tuesday, 19 November 2013

Dalo Leaf in Lolo

Mencuba makanan yang lain dari kebiasaan biasanya memerlukan introduction kan. Macam UA belajar makan makanan tempatan setelah merasanya daripada masakan orang lain, nak buat sendiri tanpa mengetahui tastenya dulu memang tak boleh.

Salah satu daripada sayur yang terkenal disini adalah yang mirip2 sayur lemak kita,


Local people memanggilnya dalo leaf in lolo. Lolo adalah kelapa dalam bahasa fijian. Sedap jugak dihidangkan bersama-sama ayam goreng mahupun ikan goreng boleh bertambah 2 pinggan nasi..hihih, rasa seperti sayur lemak pucuk ubi pun ya.


Inilah dia dalo leaf nyer..atau dalam English yam atau ubi keladi..tapi jenis yang berlainan daripada yang biasa kita makan di Malaysia. Yang nie daunnya besar hampir2 sebesar talam..bila hendak masak perlu direbus lama dengan api kecik sehingga lembut. Ubinya pun boleh dimakan..namum kalau kerap sangat harvest daun, ubi mungkin tidak menjadi sangat didalam tanah. Perlu berhati2 jugak dalam memilih daun takut terkena yang dimakan ulat tak pasal2 gatal. Alhamdulillah so far yang kami selalu beli dipasar takderlah terkena kegatalan lagi..

Siapa rasa2nya pernah makan daun ubi keladi masak lemak?

43 comments:

  1. tak pernah. tp nampak sedap saja UA

    ReplyDelete
  2. Tak pernah makan lagi Ummu, first time dengar daun ubi keladi dibuat sayur. Tapi nampak macam sedap jak kan.. :D

    ReplyDelete
  3. Tak pernah .... sulur keladi masak asam ada le...

    ReplyDelete
  4. Kalau pucuk ubi kakak dari kecik sampai tua ni selalu makan ummu. Tapi daun keladi tak pernah. Kakak ingatkan daun lotus tadi ummu. Sebab kalau lotus daunnya bungkus nasi sedap.

    Kena tunjuk pokok keladinya ummu. Tengok bukan main sedap lagi terhidang tu:)

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi makan daun keladi...batang keladi tu kawe berehi lah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. samo lah kito...daun keladi tak try lagi...kalu pucuk ubi kayu meme feveret!

      Delete
  6. Assalam Ummu...
    ohh...atie mmg 1st time ni tgk masakan ni..ingtkan pucuk ubi tadi...hehe..
    bila masak lemak mcm tu mmg nmpk sedap kan....:)

    ReplyDelete
  7. sy pun ingat pucuk ubi td...nmpk sedap..ubi keladi masak lemak xpernah..tp kalo ubi keladi masak asam pedas pernahla..

    ReplyDelete
  8. ooooooo daun keladi msk lemak yek kak... daun keladi tak penah mkn tp sulur keladi penah mkn sedap nyer.... btg keladi pun orite gk...

    ReplyDelete
  9. Tak pernah makan daun keladi....kalau asam pedas batang keladi pernah la.....:)

    ReplyDelete
  10. ehhh daun keladi buleh make ko ummu??tok rajin jupo lagi ore make sini..
    kalo bate keladi pon zee kade fail masok..mesti ada gak raso gatal..huhuuu
    masok ase bate kladi sedap terrr..

    ReplyDelete
  11. salam UA, kalau kt m'sia kita mkn btg keladi...org Fiji mkn daun plk...apa rasa ummu? nmpk yummy tu

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Daun keladi selalunya gatal ummu.

    ReplyDelete
  14. Salam kenal UA,

    rasanya saya boleh 'rasai' rasa daun keladi tu sebab masa kecik2 dulu mak pernah masak batang keladi masak lemak putih camni(bila dah boring masak asam pedas), kadang tu 'termasuk' la sikit pucuk keladi yang ada sikit daun dihujungnya...

    seronok baca entry kebun2 Ummu Aidan ni, dulu saya tak minat berkebun, skrg boleh cedok idea sikit, bolehkan?

    -UmmuNaqiha-

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal ummunaqiha,
      nak cedok idea byk2 pun tak kesah kalau bermanfaat..heheh..:)

      Delete
  15. Assalam ummuaidan. Ada dengar orang Filipina masak pucuk keladi sebagai sayur. Dikatakan banyak khasiatnya. Dalo masak lemak seakan-akan rasa sayur apalah agaknya....

    ReplyDelete
  16. Assalam ummuaidan. Ada dengar orang Filipina masak pucuk keladi sebagai sayur. Dikatakan banyak khasiatnya. Dalo masak lemak seakan-akan rasa sayur apalah agaknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam paktemuk,
      dalo masak lemak seakan2 sayur pucuk ubi ..sedap pak temuk kalau tidak gatal daunnya..tp dorang nie sll masak lemaklah santannya..

      Delete
  17. Batang keladi pernah la makan. Daun keladi belum lagi. Dah lama tak makan sayur keladi. Huhu.. rindunya kat arwah mak.

    Nama masakan ni cam komersil gak ye. Dalo Leaf in Lolo.

    ReplyDelete
  18. salam ummu...nampak macam sedap je..tapi tak pernah lah buat lagi

    ReplyDelete
  19. batang dan isi keladi ja yg dimakan...kreatif org kat sana ya...takde yg dibuang

    ReplyDelete
  20. Daun keladi mmg tak pernah makan UA...tapi kalau batang keladi mmg pernah makan, sedap pulak tu.....makan tau, masak tak pernah hehe
    agaknya lebih kurang jekan masakan diaorangkan UA, cuma nama je berbeza.......mestilahkan bahasa pun lain hehe...

    ReplyDelete
  21. 1st time KA tau tntng resepi ni tau... done nuffnang !

    ReplyDelete
  22. Tengok rupa lauk tu pun dah boleh agak rasanya sedap...
    Tapi kalau nak try guna daun keladi malaysia...hahahhaa..tak tahu la...

    ReplyDelete
  23. batang keladi masak lemak pernah mkn, daun keladi rasanya tak pernah lagi tu...

    ReplyDelete
  24. uish….kalu keladi tempat kita blh ke bt sayur lemak gitu. kalau batang pernah le mkn

    ReplyDelete
  25. Teringin pulak kak nak tgk gambo daun tu masa dia tgh besar..

    ReplyDelete
  26. nampak sedap...makan dengan sambal belacan mesti sedap

    ReplyDelete
  27. Saya memang suka makan asam pedas batang keladi, kalau ada bahagian ubinya lagi suka...Tapi daun keladi, tak pernah pula dengar orang makan...Lain negara lain budayanya kan, yg penting makanan halal...

    ReplyDelete
  28. boleh mkn ye daunnya..ingat btg aje yg boleh..

    betul kata si jay ar tu..lain negara lain mknannya..

    ReplyDelete
  29. daun keladi buat sayur?..tak gatal ke..mungkin ada cara masak nya kan dik.
    Selalunya batang dan isi saja di makan dan tak gatal, kalau daun keladi walau jenis keladi unggu yg.dibuat kuih atau bubur tu, tetap gatal..apa pun mungkin boleh dicuba.

    ReplyDelete
  30. batang keladi pun tak pernah makan, apatah lagi gulai daun keladi..
    Tu la, keladi ni sinonim sgt dengan gatal.. tu jadi takut nak cuba...

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum ummu.. arissa sihat? aidan sihat? dua tiga hari skali baru leh jenguk.. maaf la yer.. :)
    Datang sini malam ni, baru lepas dinner.. fiyya lak tengah tido... awal lak ngantoknya.. sebelum kul 8 malam dah tido hari ni dia.. sib baik la dia tido.. kasi chance kat mama BW hari ni.. kuang kuang kuang.. :)
    dalo leaf.. nak tau pokoknye camne.. sebab kot2 jumpa kat malaysia ni.. nak gak try.. teringin gak nampak masak lemak tu.. nampak sangat lah sedap.. nani pun suka masak lemak nak ganding2 dengan ayam goreng ka.. ikan goreng ka.. sedap kan..

    ReplyDelete
  32. salam kenal..
    dalo leaf in lolo nama pun dah panjang..
    ni kalau dpat rasa kat malysia mesti best.. kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal..
      sedap jugak bila masak betul2 hingga lembut daunnya dlm santan..

      Delete
  33. Pernah nampak kat asian shop daun yg dah dikeringkan ni, namanya Taro leaf, sama la kan. tapi since I tak pernah makan, and tak pernah tengok orang kita makan, tak beli la tak reti nak buat. Batang keladi selalu la makan, favourite jugak tu.

    ReplyDelete
  34. Daun keladi kan macam ada lendir2 sikit..tapi yang ini tak kut UA..mungkin sebab dah rebus lama atau memang jenis daunnya begitu..

    ReplyDelete
  35. err.. kalau ada masa, sudi2kan la share resepi nyer UA, nak cuba jugak la kalau betul Taro dan Lolo ni sama leafnya. Errr tapi pregnant boleh ker makan benda berisiko menggatalkan ni eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade google jgk..katanya dalo n taro tuh sama jer..
      dl ms peknen i biasa makan jugak sayur dalo nie..
      resepinya sama jer ngan cara masak sayur putih nas, letak sikit bwg putih n bwg besar potong, pastuh masak letak santan yg pekatlah jugak..cuma daunnya kena masak agak lama sampai betul2 lembut..guna api kecik dlm 2 jam rebus inshaallah lembut lah..

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads