Thursday, 14 November 2013

Pendidikan Percuma di Fiji

Biasanya UA jarang mengikuti perkembangan berita dalam negara Fiji, kecualilah ade peristiwa2 yang besar berlaku seperti bencana alam dan sebagainya..so berita-berita dalam negara diketahui cuma setelah disampaikan oleh En.Abuaidan sahaja..UA plak banyak menyampaikan berita dalam negara Malaysia kepadanya..

Pagi semalam sewaktu kami tengah breakfast, katanya malam tadi dia membaca tentang bajet Fiji. Kalau kat Malaysia pembentangan bajet banyak menyumbang kontroversi daripada berita yang membahagiakan majoriti rakyat...tapi berbeza ngan pembentangan bajet di Fiji.

Berita yang paling menggembirakan seluruh rakyat adalah peruntukan kerajaan untuk pendidikan rakyat daripada primary hinggalah tertiary level. Dengan bajet yang baru, kerajaan support free text book, stationary, tiada lagi school fees..dan yang tinggal hanyalah uniform sahaja pelajar kena beli sendiri. Yuran bas juga kerajaan telah tanggung untuk semua pelajar sejak 2 tahun yang lepas. Untuk pelajar yang meneruskan pendidikan di universiti, boleh membuat pinjaman tanpa faedah dengan kerajaan dan bayar balik setelah tamat belajar dan mendapat pekerjaan.

Alhamdulillah sangat menguntungkan rakya disini, tiada lagi alasan untuk tidak menghantar anak kesekolah, cuma makanan sahaja ibubapa kena bekalkan...mungkin sikit masa lagi ade subsidi untuk makanan jugak. Bayangkan sekiranya ibubapa tidak mempunyai kemampuan atau tidak bekerja pun masih lagi mampu hantar anak belajar..untungnya...

Kalau negara maju berikan free education UA tak heran sangat..ini sebuah negara yang baru hendak membangun..masih jauh kebelakang berbanding dengan Malaysia. Memberi kemudahan pelajaran, menggalakkan lahirnya lebih ramai golongan intelektual, tenaga mahir mahupun separuh mahir..bila rakyat mendapat good education secara tidak langsung dapat membantu memajukan negara.

Bayangkan kalau anak2 kita pun mendapat pendidikan percuma seperti itu jugak alangkah bagusnya..ringan beban ibubapa (dah tak perlu pikir psl saving tuk pelajaran anak mahupun invest dalam education fund..kecualilah sekolah swasta) dan kuranglah masalah pelajar2 terkandas dalam pelajaran kerana kemiskinan...insya Allah.

27 comments:

  1. Assalamualaikum Ummu...untung mereka kan, sekurang2nya ringan sikit beban ibu bapa yg x berkemampuan....yg paling menarik tu pinjaman pendidikan tanpa faedah...alangkah bagusnya kalau negara kita boleh buat camtu jugak kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Ummu sekarang ni kat Malaysia masalahnya satu ja, kemudahan banyak tapi anak2 pulak ramai yg malas nak belajar. Masalh disiplin jangan ceritalah, ponteng kelas tu masalah biasa,

    Teringat zaman mak2 kita belajar dulu susah tapi depa berusaha lebih untuk lawan kesusahan yang ada.

    ReplyDelete
  3. Salam UA, bajet sgt berhemah....pendidikan rakyat didahulukan...taniah Fijian...

    ReplyDelete
  4. tertarik dengan pinjaman tanpa faedah tu..sy pun tergolong dikalangan yang dibelenggu dengan faedah..sentiasa berdoa..one day faedah tu dimansuhkan...:D

    ReplyDelete
  5. kat malaysia skrg ni semua tgh mendaki naik...rm50 tu mcm 5 hengget je...

    ReplyDelete
  6. untung dok sana..kat sini jangan harap..makin lama makin tinggi belanja..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah kak...seronoknya kalo dkt m'sia pun dpt bajet mcm tue. bagus btl.

    ReplyDelete
  8. Assalam Ummu...
    Malaysia entah bila baru nak laksana pendidikan percuma...Brunei dah lama start..
    betul kata Ummu..kan bagus kalau semua rakyat dpt belajar,...ibu bapa pun tiada kekangan nak hantar anak ke sekolah...pasti tidak akan ada pelajar yg keciciran dlm peljaran disebabkan ibu bapa tak mampu..
    Amat bersyukur bila mak & arwah ayah dl amat mementingkan pelajaran pd kami adik beradik walaupun arwah ayah hanya seorg buruh kasar...Alhamdulillah!

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..nape ya..kawan2 yang duduk di oversea selalu kata kehidupan di sana lebih baik dan murah dari tanah air sendiri.. apa yang tak cukup di Malaysia ni sehingga rakyatnya terpaksa semakin mengikat perut???

    ReplyDelete
  10. cuti sekolah..jgn harap la nak jalan2...makan2 angin..duit terpaksa disimpan utk buka sekolah nanti...yg kat U pun satu hal...semuanya nak RM...

    ReplyDelete
  11. sala ummu....itulah ummu...kadang2 kita rasa kita hebat ...tapi ada orang yang lagi hebat...tu pasal jangan kita pandang orang yang tidak berkemampuan tu dengan sinis saja....adakalanya mereka lebih hebat lagi dari kita yang ada segala galanya....

    ReplyDelete
  12. TQ UA sebab berkongsi tentang ini. Kita di Malaysia ni, tak boleh nak beri teguran membina...kalau ditegur. nanto disuruh pindah ke Zimbabwe...Kalau bawak cerita yg awak ceritakan ni, nanti adalah politician yg suruh kita pindah ke Fiji...wakakakaka....Di cop " tak tahu bersyukur"....Alahaiiiii

    ReplyDelete
  13. Ummuaidan, selama saya ni hanya dengar drpd 'kabar2 angin' je pasal pendidikan percuma kt negara lain ni. Kali ni betul2 dgr drpd org yg duduk di luar negara. Kalau negara membangun dikatakan mengenakan cukai yang sangat tinggi walaupun mereka beri pendidikan percuma. Jadi saya ingin juga nak tanya ummuaidan, cemana dengan cukai kat Fiji? Adakah tinggi juga? kalau tak kena cukai tinggi, maknanya Malaysia patut malu la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukainya kurang dari 5% lyd, masih lagi dikira rendah..

      Delete
  14. setuju dengan komen kak JunAina.. jauh beza dengan zaman kita dulu.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. Bijaklah langkah kerajaan Fiji kalau cenggitu.... Berfikir jauh ke depan dengan menanam modal pelajaran kepada warganegara sendiri. Sebab hari esok adalah generasi hari ini.. Eh?macam iklan TV pulak hehe

    ReplyDelete
  16. Bagusnya Fiji...!mmg salute!!harap negara kita pun akan amik langkah yg sama a.s.a.p

    ReplyDelete
  17. Di negara kita pendidikan percuma satu isu sensitif. Kononnya jika beri pendidikan percuma negara akan bangkrap. Yang belanja tak tentu hala rugi berbilion-bilion setahun seperti didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara, mereka tak kata negara akan bangkrap pula. Bila sebut pendidikan percuma mereka mula bandingkan dengan negara-negara Afrika, kemudian bila diberi bukti-bukti kukuh kita mampu laksanakan pendidikan percuma seperti di Barat dan negara-negara Islam seperti Turki dan Brunei, mereka akan halau kita supaya berpindah saja ke negara yang beri pendidikan percuma itu. Malu!!

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah... walaupun budget selalu jadi kontroversi, tapi sekurang-kurangnya masih juga menikmati kemudahan hospital kerajaan yang murah :)

    ReplyDelete
  19. sekarang pun pendidikan dah percuma di negara kita. buku teks free, yuran dah tak der. kalau dulu ibubapa gaji besar kena beli buku teks sendiri, sekarang tak lagi.makanan percuma pun ada. duit RM100 utk setiap murid awal persekolahan.yang kena beli buku kerja tambahan yang dikendalikan oleh pihak sekolah. kalau ada bayaran tambahan pun itu adalah permintaan pihak sekolah masing-masing. jadi tak sama antara satu sekolah dengan sekolah yg lain. Kalau tak silap kat Finland pendidikan percuma hingga ke makanan tetapi income tax yang perlu dibayar sangat tinggi. jadi pi mai pi mai, tang tu jugaklah.

    ReplyDelete
  20. bila lah tu agaknya kat Malaysia...
    subsidi pun ditarik sikit-sikit,,,

    ReplyDelete
  21. as salam ummu kalaulah negara kita sebagus kerajaan Fiji perihatan terhadap rakyat tentu tidak wujud lagi rakyat yang masih tidak kesekolah kerana ibubapa tak mampu nak bayar yuran ....sedangkan itulah perkara utama kerajaan sepatutnya fikirkan nak capai negara maju konon tapi masih terdapat ramai rakyat yang tidak ke sekolah kerana susah serius memalukan....

    ReplyDelete
  22. berpijak di bumi yang nyata..jika dilaksana percuma semuanya alhamdulillah, jika belum lagi terbuka pemikiran ke arah itu, politician muda kena ambil peranan..yang tua ni semuanya sukar ditegur hehe...

    ReplyDelete
  23. Untung rakyat Fijian punya pemimpin yang sedar tentang pentingnya pendidikan utk rakyat sendiri… Hanya mampu berdoa supaya rakyat M'sia juga memdapat peluang mcm tu juga pada masa akan datang...

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum ummu..
    buat pengetahuan ummu, negara Malaysia pun dah beri pembelajaran secara percuma untuk semua peperiksaan.. buku teks tiada lagi maximum gaji.. tak kesah bape gaji ibu/bapa dah boleh dapat buku teks percuma.. and lagi dalam 2 tahun ni setiap kali pembukaan skolah baru murid2 akan di beri RM100 untuk meringankan ibu/bapa membeli buku tulis atau pun sedikit peralatan.. dan tahun depan 2014 yang ke3 kali nak dapat duit rm100 tu lah.. alhamdullillah.. walaupun tak banyak tapi sedikit sebanyak dapat membantu ibu/bapa yang anak ramai utk bersekolah.. tapi utk tahun 1 atau pun tingkatan 1.. pembayaran lebih utk permulaan skolah.. PIBG still kena bayar.. cuma yuran2 periksa yg besar UPSR, PMR (last year tahun ni) tahun depan PBSRM pulak namanya.. and SPM semua free.. dan juga kalau utk remaja di U atau kolej dapat voucher buku rm200 hmmm.. bagos juga pembentangan bajet di 3 tahun ni.. walaupun masih kuat berbaur politik.. walaupun kami sefamily bukan kakitangan awam... masih mendapat segelintir manfaat dari bajet yg di bentangkan.. hehehehe.. :)
    Ok ummu.. saja bagi pendapat.. :) alhamdullillah.. FIJI juga mempunyai ketua negara yang berhati mulia..

    ReplyDelete
  25. untungnyer kat sana ni... kat mesia ni walau ada yg percuma tp bab buku2 latihan & etc masih kena beli lagi hehehe!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads