Sunday, 3 November 2013

Diwali Night

Menjawab pertanyaan Jay Ar berkaitan dengan sambutan Diwali kat sini..

Actually kaum Indian Hindu merupakan kaum yang kedua terbesar di Fiji selepas kaum Fiji itu sendiri. Tidak semuanya Indian adalah hindu, ada yang kristian ade yang muslim.

Tentang sambutannya samalah rasanya dengan negara kita terutama dari segi adat dimana mereka akan membersihkan sekolah, rumah, tempat kerja sebelum perayaan. Kemudian sedikit makan2 sebelum perayaan bermula. Kami tak pernah mengunjungi mana2 rumah yang mengadakan Diwali open house so far..ini kerana En. Abuaidan kurang berminat.

Jadi kami dok umah saja, ade orang bagi sweets kita makan, takder tak kesah pun..kadang makanan yg depa bagi kena careful sebab takut yang digunakan untuk pemujaan.

Hatta kerana malam nie malam perayaan maka hingit bingit bunyi dam dam dum tuh memang sakit kekemuncaknyalah setelah berhari yang lepas mereka dok membakar duit. Anak kecik susah nak tido, asyik terkejut jer bunyi kuat...orang2 tua apatah lagi siksanya mereka nak lelap mata.

Anyway lepas dinner turun kelaman kejap bawa senapang patah yang tak canggih tuk cuba capture hasil2 kerja mereka2 yang dok membedil tuh...






Oklah kan guna kamera biasa tanpa tripod dalam kalut2 nak kejar Arissa dok manggil2.

Sekarang hampir kul 10malam, .dalam dok nulis n3 nie pun dah 2,3 kali mem kecik menjerit terjaga sebab tergezut bunyi melampau2 kuat.Tiada tanda-tanda akan reda malah nampak makin bersungguh mereka main mercun..huhuh

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Di tempat saya (Alor Setar) nampaknya Deepavali tahun ini kurang meriah. Tak banyak bunga api yang dibakar yg memekakkan telinga seperti tahun2 terdahulu. Agaknya orang India di sini nak berjimat kot, maklumlah harga barang dah mula naik sekarang lepas harga gula naik....

    ReplyDelete
  3. Oo br tau ramai org india di Fiji.sini pun ada juga bunyi mercun n bunga api tu hihi.tp x meriah sgt la

    ReplyDelete
  4. Pun macam Deepavali kat Malaysia....main mercun..bingit sampai pukul 2-3 pagi :P

    ReplyDelete
  5. Salam Ummuaidan,

    Dekat rumah Mak Aji tak ramai Hindu, maka mercun berbunyi dari kejauhan sahaja.

    ReplyDelete
  6. sini pun memang meriah sambutan Diwali… kita pun tumpang tgk fireworks sekali….
    Ok sgt dah gambar tu…

    ReplyDelete
  7. kat tempat Ida xde apa pun..mungkin sebab kawasan kami bukan kawasan kejiranan kaum India..

    ReplyDelete
  8. Meriah juga nampak dengan bunga api semua tu........:D

    ReplyDelete
  9. nasib baik musim hujan..kalau tak,mcm tempat berperang...tak boleh nak tido dek bunyi mercun...

    ReplyDelete
  10. wah kira meriah jugalah perayaanyer disana yer

    ReplyDelete
  11. Brunei no dewali/deepavali/pesta cahaya what so ever…..ada india but mostly muslim from INDIA. sooooo, cuti pun xdak le sini

    ReplyDelete
  12. Samale kat sini UA....malam hari tu punyalah kuat bunyi mercun.....tapi tak sabung menyabung le....okje masih boleh tido dgn nyenyaknya...hehe

    ReplyDelete
  13. Kira meriah lah juga ye Ummu..
    Sabah pun mcm tiada sambutan sangat..mmg kurang kaum India di sini...huhu..cuti pun duk rumah shj...:)

    ReplyDelete
  14. baru teringat.. masa ni saya dalam keadaan letih sangat dengan latihan pusat untuk perlawanan minggu berikutnya itu.. nasib rumah jauh dari bunyi dam dam dum tu.. kalau tak.. haru gak time nak tidur..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads