Saturday, 9 November 2013

Mengintai-intai Baby Corn

Kebun jagung En.Abuaidan nampaknya dah mula berbunga dan berbuah..nie dah masuk bulan ketiga selepas ditanam.


Semak pun panjang dan berserabut didalamnya. Namun dek kerana teringin nak mencari barang sedikit baby corn terpaksa redah jugak dalam mini semak tuh. 


Baby corn yang boleh dituai, masih lagi belum menjadi buah muda...biasanya boleh dituai sehingga janggutnya bewarna sikit light brown..kalau dah dark brown tuh menandakan baby corn dah tak sesuai daa..mungkin agak keras sikit tuk buat sayur.


Permulaan 3 jer dituai daripada pokok yang mempunyai buah sekurang-kurangnya 2..at least amek 1 tinggal 1 kat pokok bolehlah tunggu jadi buah nanti..taklah big boss bising kan. Kemudian rasa tak cukup lak 3 biji..petik lagi another 3.


Isi didalam setelah dibersihkan. Baby corn sedap dimasak bersama-sama sayur lain goreng mahupun sayur putih. Namun saya gunakannya didalam beehon sup...alhamdullah sedap.

Oh ya kalau kat sini baby corn takder dijual dimana, tanam jagung tuh mmg banyak..hmmm..orang kat sini tak reti makan kot baby corn nie...

20 comments:

  1. assalam UA... kalau kita tuai untuk baby corn tu akan ada lagi ke buah jagungnya yang lain? sepokok jagung ni boleh dapat lebih dari satu buah ke... lurus bendul pertanyaan akak ni sebab tak de experience dengan jagung he he!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam k.mar..
      kalau tuai mmg takderlah buahnya..sebab dah amek dah kang yg bakal jd buah..biasanya kalau pokok yg sehat boleh menghasilkan lebih dr 1 buah..kebiasaan 2, ade gak yg 3 buah dlm 1 pokok..

      Delete
  2. owh dalam bihun pun boleh..tak pernah try...semalam baru makan ketiak jagung ni..mak sy masak sayur lemak...:D

    ReplyDelete
  3. kami selalu beli baby corn byk2. sbb mmg sgt guna dlm masakan sayur. saya pun nak tahu jugak jwpn kpd pertanyaan k mar.

    ReplyDelete
  4. yang muda2 ni sedap..kalo zee suka campur ngan tomyam..sup pon okey jugak tu..

    ReplyDelete
  5. Ohh..sana takde jual ye ummu ? .sini byk lah jg kt pasar. .ssllu nya buat sayur campur baby corn.. campur dlm tomyam pn sodap kan..:)

    ReplyDelete
  6. saya mmg sukeeeeee sgt2 baby corn. celur & cicah budu is the BEST. btw alhamdulilah mujur @Brunei supply senang & sgt2 fresh sbb org kutip & tanam hari2

    ReplyDelete
  7. buat sayur campur atau tom yam sedap, lagilah sedap sebab tanam sendiri kan dik.

    ReplyDelete
  8. baby corn? Ohh...sudip jagung tu kata org kampung....

    ReplyDelete
  9. Baby Corn ni sedap ni dibuat sayur campur bersama cendawan kan....tambah sos tiram, sedap!

    ReplyDelete
  10. salam UA, baby corn jagung yg masih muda kan? kalu dah amik awal2 nnti tak jagung la kan?

    ReplyDelete
  11. yg ni kalo kat kampung saya panggil podok jagung. heheh.. Nama bandar pundak jagung. Sedap ni.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ummu,
    Arif cukup suka makan bb corn.. hatta buat sup atau dicampur dalam sayur goreng.
    Kalau boleh dalam kuah singgang pun nak ada bb corn.

    ReplyDelete
  13. saya suka letak baby corn a.k.a tiok jagung ni dlm sayur putih atau tom yam. Nasib baik kat sini byk juga jual… boleh la merasa makan baby corn dgn sayur putih :)

    ReplyDelete
  14. seronoknya nengok hasil tanaman dari kebun UA..mmg subur betul tanah Fiji ni ye

    ReplyDelete
  15. Baru 3 bulan dah boleh tuai, kira kalau setahun dah sangat matang la yer. Setahun jagung tu dah pandai sangat la yer. hehehhee

    ReplyDelete
  16. celur cicah budu sedap tue...

    ReplyDelete
  17. Salam Ummuaidan,

    Comeynya ketiak jagung tu, pasti manis! Soalan Mar tu, Mak Aji pun dok tertanya-tanya perkara yang sama, he he!

    ReplyDelete
  18. tak pernah cuba pulak dalam bihun.. biasa goreng atau masak berkuah.

    ReplyDelete
  19. Okje pun belasah je UA ...letak dalam tomyam ke sup ke....sayur campur ke ...boleh je hehe...nasiblah sesuai ke idak janji dan hehe

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads