Monday, 21 January 2013

Tanaman Yang Mampu Mengubah Persekitaran Kediaman

Dipetik dari Harian Metro, namun di tambahkan gambar untuk mendapat lebih gambaran..

Tanaman hiasan bukan sekadar mampu mengindahkan suasana kediaman malah boleh dimanfaatkan bagi mewujudkan persekitaran segar.

Tanaman juga bertindak sebagai penyelamat dan menghindari pencemaran di ruang atau taman anda. 
Kajian United State Environmental Protection Agency (US EPA) mendapati tahap pencemaran udara dalam ruang bumi adalah dua hingga lima kali lebih tinggi berbanding pencemaran udara di luar ruang. 

Hakikatnya pencemar udara seperti formaldehid sukar dikesan kerana terlalu berseni, tidak berwarna dan pengeluarannya berterusan pada tahap rendah, kadang kala mengambil masa bertahun-tahun. Antara bahagian tanaman yang menyerap racun adalah daun dan akar.

Berikut tujuh tanaman yang mampu mengubah persekitaran kediaman anda: 

1. Yellow palm atau chrysalidocarpus lutescens. 

•Tanaman yang mempunyai pelepah panjang dan batang beruas.
•Mempunyai ketinggian antara satu hingga enam meter.
•Perlu berada di tempat lembap supaya tidak mudah terjejas tumbesarannya.

2. Bamboo Palm
•Memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.
•Sesuai di kawasan lembap dan tidak perlu kerap disiram.
•Berfungsi menyedut pencemaran.

3. Rubber Plant
rubber.jpg

•Dikenali sebagai ficus robusta dan menyerap formaldehid serta menghasilkan oksigen.
•Sesuaiberada di kawasan yang redup tetapi mempunyaicahayamatahari.

4. Rhapisexcelsa atau lady palm

•Antaratanaman yang tahan lasak dan sesuai untukpelbagai jenis cuaca.
•Mudah dijaga tetapipertumbuhannya sedikit perlahan.

5. Dracaena Deremensis

•Antara tanaman yang mudah dijaga dan memerlukan cahaya terang untuk tumbuh subur.

6. Peace Lily

Peace Lily - Click to enlarge picture.

•Amat sesuai untukmembersihkan udarapersekitaran.
•Antara tanaman yang mampu menyerap formaldehid.
•Memerlukan kelembapan tinggi untuk hidup subur.

7. Pakis Boston

•Berperanan menyerap formaldehid.

P/S : Rasanya cuma ada yang pertama sahaja dirumah ini. Yang lain tuh mana nak cari yer kat sini..^-^

28 comments:

  1. pakis boston tu memang feberet saya sejak kecik. cantik sangat. :)

    So far saya rasa semua pokok2 ni ada kat mesia. Kat nurseri di fiji x da ka awak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua pokok diatas tuh menarik & kehijaun..

      kat fiji nursery saya jrg pergi..tp sy rs sure ade..tringin gak nak tanam sbb bagus dan byk faedah..

      Delete
  2. Rumah kampung kakak ada tanam yg no. 1, 4, 5 dan 7 Ummu. Tapi kalau nak tanam rumah kakak sekarang memang tak bolehlah sebab tanah yg ada secoet aje. Semua yg ada dlm pasu pun itu pun dah berasak-asak. Kalau halaman luas macam rumah ummu boleh tanam ini semua. Cantik dan sejuk mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg betul kak ...seeloknya memerlukan lama yg luas utk tanam pokok2 nie.baru best...mmg cantik san sejuk mata...

      Delete
  3. salam ummu
    kat rumah saya pun ada yang first je..nak cari yang lain tu jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kniedaz..
      eloklah tuh..smoga cepat dapat yer..

      Delete
  4. :) 1 gan 4 slalu nmpk kat umah2x org..tp umh ayut takde..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..nanti dok johor bolehlah cuba tanam lg yut.

      Delete
  5. 1, 2, 4, 5, 7 ada umah mak saya..beranak pinak..boleh amik ni tanam kt umah..heheh thanks for info...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. eloklah tuu nadia tanam..cantik pun cantik pokok2 nie...sy pun nak kena carik jgk..

      Delete
  6. yg no 1 tu je ada kat rumah.. yang lain2 tu rumah mak mentua ada le.. ^_~

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti leh mintak kat mentua kan tanam kat umah..

      Delete
  7. No 5 ada depan rumah tapi kecik ja..sya suka semua jenis pokok2 yang fern2 ni.hehe..palm2 pun suka...suka depan rumh nampk mcm hutan khatulistiwa..memng nyaman..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok2 ni cam yg orng buat hiasan kat ofis kat..mmg cantik dan nyaman kalau letak tepi2 pagar mesti nice..

      Delete
  8. yan suka pokok2 hijau nie....kat rumah yan memang banyak pokok seperti diatas sebab suka menanam pokok yang menghijau pandangan dan melapangkan jiwa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya yan ade banyak pokok spt diatas..mmg segar pemandangan gitu...

      Delete
  9. semua cantek2... sesuai di tanam dlm rumah gak pokok yang kecil2 tu.. utk oksigen semulajadi.. kan.. :) kat ofis ada.. bos mmg suka menghijaukan ofis.. :) mak nani cuma tukang siram je.. :)
    >> makyeng dah makan petang? skrg ni kuat tido tak? mak nani plak kuat tido skrg ni.. hua hua hua... ikut time baby tido plak.. tapi hari ni lom tido petang.. baru kul 1.47pm, sakinah lom balik skolah.. kejap2 lagi kot.. baru tido..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan maknani..banyak ditanam kat ofis pokok2 camni ..redup dan senang maintain..

      tido skrang nie tak sekuat dulu dah..cuma susah nak tido bila aidan tak tido jer..

      Delete
  10. salam,nor..mmg cantikkn klau laman rumah kita dihiasai ngan pokok2 rendang mcm ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak imi..mmg betul tuh..nampkanya nak kena cari jgk nie...

      Delete
  11. he he he antara pokok2 yg ada dilaman KA hehehe

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ummu...betul tu mama pun suka kalau ada pokok2 jenis daun hijau gini...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'kumsalam mama...pokok cam nie mmg bagus..tahan lama dan mudah pun nak jaga..

      Delete
  13. We grow peace lilies in Poland but only as house plants. In Polish it's called 'skrzydłokwiat' - meaning winged flower :) It's a very nice plant!

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh you have the peace lily too there? wow that's nice..i love to have them in my compound...:)

      Delete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads