Siapa sangka dinegara yang penduduknya tidak pernah mengenal mahupun mengetahui keistimewaan daun dari pokok ini, pokok pandan dapat hidup subur seperti dinegara asal ianya dibawa masuk iaitu bumi Melayu. Asalnya dibawa masuk oleh kakitangan kedutaan Malaysia disini dan juga diberi kepada rakyat Malaysia yang duduk dinegara 'jin bertendang' ini.
Asalnya cumalah 2 pokok kecil yang ditanam berasingan, namun telah berkembang menjadi lebih banyak pesat lagi dengan anak2 yang baru tumbuh.
Didua tempat yang berbeza, namun kesuburannya tetap sama. Walhal tukang kebun bukanlah rajin menyiram pun, harapkan air hujan sahajah mereka ini. Pertumbuhan mengatasi penggunaan, almaklum sahajalah bukanlah super rajin nak buat kuih manjang..nasi lemak pun sekali sebulan. So hiduplan mereka ini dengan sedikit sahaja ancaman kena potong.
Begitu juga dengan pokok kunyit. Masa belum ade memang tak sabar2 nak tanam, nak jugak ade kat laman..namun bila dah ade, banyak pulak tuh..tak juga digunakan seberiya mana pun...
Pokok yang asal ditanam tidak sebanyak nie, cuma bila disemai tuh, 1 tempat tumbuhlah 1 atau 2 pokok. Tak lama kemudian pokok lupus atau dormant, isi tidak digali keluar dibiarkan sahaja didalam tanah. Namun Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan nie, nampak mereka mula berkembang biak dengan suburnya.
Selalu teringin nak letak dalam gulai kuninglah,buat rendanglah, namun masalahnya adalah malas nak kuar korek isi musim panas2 begini. Mungkin suatu hari nanti kalau ade kerajinan boleh usahakan buat serbuk kunyit plak kan..jimat duit takyah beli serbuk lagi..
Assalammualaikum Ummuaidan,
ReplyDeleteagaknya kita tengah online sama2 kan, sebab baru je mula jalan2 dapat tengo post ni. Alhamdulillah subur tu pandan dan sikunyit ayu.
Tentu banyak isi kunyit tu.Idea yg bagus..buat serbuk kunyit sendiri..nanti boleh pos kat keluarga..tak membazirkan.
Ok dik, jaga kesihatan dan sidia yg ada dalam kandungan tu.Dah sedia nama?hehehe
waalaikumsalam kak..
Deletersnya yer kot..tp buat auto publish nie,.kul 1tgh dah tertido..
pos kat sana? heheh ..depa beli lg jimat kak..kos pengeposan kan mahal..
akak mcm boleh baca minda jer..br tghhari td dok survey2 nama baby..tp lom final lg tu..
haaa...bolehla nti nor buat agar2 pandan ke kn?
ReplyDeletekalau buat agar2 mmg byk guna daun pandan kak..
Deletesalam ummu,
ReplyDeletecantik subur mereka2 ini..daun kuyit sy suka balut ikan bakar..wangiiii...:D
salam nadia..
Deletesy teringin jgk nak wat camtu ..dahlah daun besar..namun ikan utk bakar kurang sesuai kat sini..semua ikan ketul besar2 tak der ikan kembung fresh,,,
suburnya pokok kunyit tu.. akak tanam tapi tak pernah nak hidup lama, ada rahsia?
ReplyDeletetakder rahsia kak..benam jer dlm tanah..awal2 jer siram..pastuh depa tumbuh sendiri wpun cuaca panas...
DeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteSubur2nya pandan dan kunyit. Kunyit kalau dah subur akan keluar bunga, buat ulam mentah sedap.
salam makji...
Deletebunga belum nampak lagi...hiii tak pernah cuba lg buat ulam...
Daun kunyit tu elok2 ja...macam mana nak tanam kunyit..sya tanam tak tumbuh2 ummuaidan..huhu..duk jadi kunyit ja seketui 2 kat situ..adoi..
ReplyDeletecuba tanam dalam musim yg berhujan sikit..sy pernah baca famili kunyit halia nie mudah tumbuh bila tanah lembap...heheh yg dok seketul tuh cuba tanam atas tanah betul2...
DeleteSuburnya..daun pandan tu blh buat ayam goreng pandan..byk2..daun kunyit pun saya ada masalsh yg sama..byk gak kt rmh ni
ReplyDeleteayam goreng pandan yer..nanti kena google rspi tuh..hmm kalau rajin masak sure selalu guna kan daunnya...
DeleteAlhamdulillah. Sgt suka pemandangan Malaysia di Fiji \^_^/
ReplyDeleteidentiti melayu sejati kan...
Deleteahaha. me too pandan ja yg pandai subur eventhough tak jaganya baik baik pun. Mesti ada pandan kan as kitchen herb...tak apa lah..kalau tak sempat guna, can cut n put in car/house as natural pewangi. nice baunya
ReplyDeletei think the location suitable kot sbb tuh mudah subur..u pun tahu guna pandan jgk kan..ni dah jd jiwa melayu nie leng lui...heheh...kadang my nose nie yg dah tak peka bau..sbb tuh malas nak buat pewangi,..
DeleteAssalamualaikum Ummu Aidan..sorry lama tak jenguk rumah. nanti pelan-pelan saya selak page sebelah ye. hehe
ReplyDeletemembiak-biak pandan tu. saya punya tak mau hidup. kunyit masa dalam polibeg bukan main lebat berdaun, bila dah pindah ke tanah dia jadi kurang galak pulak. lokasi tak sesuai mungkin
waalaikumsalam wani..takper2 paham, awak bz..umah awak pun asyik kosong jer..hehehe..
Deleterspun lokasi jugak..kalau dok tengah panas sgt takmo dia hidup...
best suburnya tengok pokok kunyit tu. akak suka bakar ikan balut ngan daun kunyit, sedap
ReplyDeletemmm..tulah kak..daunnya mmg besar.cuma kat sini kalau nak buat ikan bakar tuh payah jumpa ikan kembung mahpun ikan kecik2 tuh.
DeleteDitanam pandan di Pulau Fiji,
ReplyDeleteBersama kunyit subur hidupnya;
Nak masak umuaidan itu dan ini,
Kerana di kedai tak ada semuanya.
Nampaknya memang kena masak sendiri juga bila "mood" memasak nanti betul-betul mengharum wangi bagaikan pandan, menguning cerah bagaikan kunyit.
pandan dan kunyit hidup bersamer
Deletemenjadi subur berlapis-lapis
susah betul bila takder
bila ade susah betul nak habis..
betul tuh pak temuk, kadang nak masak bila takder bahan pun susah jgk. akhirnya ikutlah kesesuaian mana yang mana didepan mata kan...
Assalam Ummu..
ReplyDeletedtg marathon kt sini komen entry yg terlepas..hehe..
kami balik ke Tawau lg rmh mak tu yg 'kurang' internet..hehe..babah Pa'e ada urusan kt Twu tu yg ikut..hehe...
Pandan byk guna nya kan..bagi wangi nasi..hehe.
kunyit tu mmg lagi byk manfaat nya kan...:)
Sekarang ni kunyit banyak pokoknya dah tak de ada satu patch tu. Isi masih ada dalam tanah. Kena main-main gali mencari kunyit.
ReplyDeletedaun pandan kalau tak guna untuk masakan, saya letak dlam kereta - jadi pewangi... lagi satu saya letak dalam kabinet dapur... pun best juga... wangi... :)
ReplyDeletedua pokok yang saya mula rindui... kat sini ada yg frozen jer :(
ReplyDeletetanah ye subur kot kak...ayut tanam smua tak ok..tananh bandar tak ok sgt...klu kat kg ayut tanam pon tak mebiak dgn sempurna..huhu
ReplyDeletebesar tul daun kunyit tu ummu... seronok lak tengoknya... menjadi2 dan subur ^_~
ReplyDeleteantara tanam2an yng mesti ada dilaman kita semua kan!
ReplyDeletegemuks betul pandan akak... letak dalam kereta boleh spontaneuslly wangi..tak yah pewangi kerete
ReplyDelete