Friday, 11 January 2013

[Dibumi Yang Kupijak] Susah Bertambah Susah Kerana Bencana

Hampir sebulan berlalu setelah bencana taufan atau cyclone yang dasyat melanda bumi ini. Minggu lepas berpeluang melihat dan meninjau2 kawasan yang teruk dilanda taufan kerana Abuaidan perlu menyiapkan report untuk Human Care Society yang berpusat di Kanada untuk mendapatkan bantuan bagi mangsa2.

Kawasan yang teruk dilanda sebenarnya adalah kawasan penempatan yang berdekatan dengan laut kerana angin taufan yang kuat melanda secara direct terutamanya kawasan yang lebih terbuka.

Dengan photo2 yang kami ambil untuk membantu mangsa2 yang kerugian harta benda ini, dikongsikan sedikit tentang nasib2 malang mereka yang merupakan our brothers and sisters in Islam agar kita dapat setidak-tidaknya hadiahkan sekecil2 doa untuk mereka dan panjatkan sebesar2  syukur atas nikmat Allah yang tak terhingga terhadap kita..alhamdulillah 

 Atap, dinding dan tingkap melayang dibawa taufan..mereka lari berlindung dirumah jiran yang lebih selamat

 Mula2 tengok rumah ini sebenarnya tak paham apa kerosakan mereka..rupa2nya rumah kecil sebesar bilik tidur yang didiami sepasang suami isterin ini totally roboh kerana taufan dan telah didirikan balik kerana mereka tiada tempat lain untuk berteduh dan isterinya juga sedang hamil...

 Totally roboh, bangsal kecil ditepinya baru sahaja didirikan..

 Atap2 rumah yang diterbangkan..mereka melatakkan zink2 secara temporary untuk teduhan dari panas dan hujan

 Banyak yang roboh...

 Rumah yang penghuninya  trauma dengan pengalaman ngeri ketika dilanda taufan dengan dinding dan atap dicabut, diangkat dan diterbangkan taufan..

 Nothing left dari rumah yang telah didirikan...

Walaupun rumah musnah, life goes on bagi mereka ini.. (jika musykil, memelihara anjing adalah normal bagi farmers untuk keselamatan wpun muslim)..

Bila kami berfikir dan bertafakur tentang nasib mereka...nyatalah punca kemusnahan adalah dari ketidakpayaan mereka untuk membina rumah yang kukuh. Kalaulah rumah yang dibina strukturnya lebih kukuh dan hurricane- proof, kerosakan akibat serangan taufan dapat diminimakan..namun kebanyakkan mereka adalah farmers yang bertanam tebu dan menternak berapa banyak sangatlah yang mereka dapat untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa dan selamat.

Kita boleh berkata syukurlah kerana keluarga kita selamat, namun itu adalah kerana nikmat Allah yang tidak terhitung.. kalau Allah tarik nikmat itu..siapakah yang dapat memberi untuk kita..?

Our unfortunate brothers and sisters in Islam masih lagi hidup dalam kedhaifan dengan tempat tinggal yang tidak sepertinya, tiada bekalan air yang elektrik yang sempurna wpun kami telah berminggu menikmatinya...

Doakan agar rahmat Allah keatas mereka dan agar iman mereka tetap kukuh dalam situasi begini agar tidak  menjadi menjadi kafir kerana fakir...nauzubillah, kerana pernah ade perempuan hindu miskin berkahwin dengan muslim, kemudian suami meninggal dia meminta kehulu hilir, bila kami jumpanya slps bencana walaupun kerosakkan rumahnya tidak seberapa namun dia seperti mengugut untuk kembali pada hindu kerana tiada orang yg menolongnya,(...risau kami akan anaknya yang yatim & masih muslim lagi..).......

31 comments:

  1. Sungguh sedih melihat keadaan mereka. Saya doakan iman mereka tetap kuat. Mungkin dgn cara ini mereka dapat masuk syurga. Sekadar perkongsian artikel dari ust Pahrol (genta-rasa.com). Sungguh terkesan:

    “Bila Allah beri kita kaya, belum bererti Allah memuliakan kita… Allah baru menguji kita. Begitu juga apabila Allah berikan kemiskinan buat kita… itu bukan menunjukkan Allah sedang menghina kita tetapi sebaliknya Allah sedang menguji kita. Bukan itu sahaja, apabila Allah kurniakan kuasa, menarik kuasa, rupa yang cantik, rupa yang buruk, ternama atau biasa-biasa sahaja, semuanya ujian untuk kita.”“Ujian untuk apa ustaz?”“Ujian sama ada kita mengingati-Nya atau tidak, mentaatinya atau tidak, “ jawab saya.Melihat dia terdiam, saya menyambung penjelasan, “ orang miskin boleh berjaya jika dalam miskinnya dia mengingati Allah dengan kesabarannya. Orang kaya, mengingati Allah dengan kesyukurannya. Yang berkuasa, menegakkan keadilan kerana Allah. Yang marhein, patuh dan setia kerana Allah juga. Situasi dan kondisi yang kita hadapi dan alami  bukan penentu kejayaan kita tetapi respons kita terhadap kondisi itu yang lebih penting. Apakah kita bertindak balas dengan apa yang kita hadapi seperti selayaknya seorang hamba Allah? Seorang hamba Allah sentiasa mengingati Allah dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif...”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kita harapkan mereka ini zamzurina..kerana kebykkan mrk ini bukanlah dari golongan yg very pious pun..
      Satu artikel menarik yg dikongsikan buat renungan thanks.. pokok pangkalnya mengingati Allah dalam semua apa2 situasi pun...

      Delete
  2. Assalamualaikum Nor,

    insaf rasa tengok kedhaifan hidup brothers and sisters di sana....Alhamdulillah dengan apa yang ada pada kita ya. Alhamdulillah ada golongan seperti Abu Aidan dan Nor sekeluarga yang prihatin dan menolong mereka. Teruskan usaha Nor. Dini faham sangat usaha sebegini kadang-kadang mengambil masa (quality time)dengan keluarga,tapi insyaAllah besar ganjarannya kemudian hari. Sebab perkara yang macam Nor dan Abu Aidan buat ni, tak ramai yg sanggup buat......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dini..
      Sebenarnya pertubuhan yg abuaidan join nie adlh volunteer...utk monlong sesama muslim terutamanya mrk yg terdesak..betul dini..like abuaidan byk masanya wpun cuti skolah mcm la nie dihabiskan utk social work like this..mcm kita kena paham dan ttp menyokongnya ..

      Delete
  3. Terkesan di hati kakak ummu melihat itu semua. Dhaif dan naif yg membuat keadaan bertambah teruk. Namun bagai yg ummu kata income mereka tidak banyak mana memanglah utk buat rumah kukuh tidak mampu. Moga iman mereka kental dan dapat segera bantuan. PBB tak ada saluran membantu ke sini ke Ummu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh kakak...kita tak boleh nak salahkan mrk jugak kerana tidak membuat persiapan utk menghadpi taufan..kalau hidp cukup sekadarnya tiba2 orng dtg ckp rumah kau nak kena roboh 2 hari lagi..mana nak pergi..apa nak buat...

      PBB tuh takder kak..yg adenya negara jiran spt australia, nz, etc.. mc muslim league pun ade tolong tapi since kerosakan byk..setakat mana mrk mampu distribute kan..

      Delete
  4. innalilah,,,dhaif kehidupan mereka ye,,mintak dijauhkan dengan kefakiran yang membawa kepada kekufuran....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg kita harapkan..sbb banyak terjd jika ditimpa bencana mcm nie..tiada bantuan ..tiba2 bantua dr church atau non muslim organisation dtg..mrk berpaling tadah..nauzubillah

      Delete
  5. malapetaka datang sbg peringatan kpd kita...jgn lalai dan menyembah selain dariNYA...

    kawasan berbukit yg mereka diami tu sangat cantik..bagaikan lukisan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh ..sbg dugaan dan peringatan agar kita sentiasa ingat padaNya...
      kwsn tuh berdekatan dengan laut dan bukit bukau ..mmg cantik..

      Delete
  6. moga terpelihara iman mereka dgn dugaan yg diberikan..amin...moga Allah melimpahkan rezeki bt saudara kita slpas kesabaran dan usaha mereka untuk bangun kembali...amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ameen yut..kita doakan yang mereka ttp tabah dan sabar dengan musibah...kesusahan didunia jgn membawa kpd kesusahan diakhirat pula...

      Delete
  7. bnyknye musnah..semoga mangsa2 dapat bantuan yang sewajarnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2nya begitulah..agar mrk tidak menunggu terlalu lama...

      Delete
  8. Salam Ummuaidan,

    Tidak hairanlah mrk trauma bila melihatkan kemusnahan yang mrk alami. Mak Aji doakan juga agar mrk sentiasa tabah menerima dugaan berat ini. Juga agar iman mrk tetap utuh dan yakim atas segala ketentuan-Nya! Alhamdulillah syukur atas usaha Abuaidan dan UMmuaidan untuk membantu mereka mmenghadapi keperitan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam makji...
      trauma makji kalau dasyat begitu sekali kemusnahan..mana nak tinggal pun 1 hal rumah tunggang terbalik..takut juga bila susah mcm tu kang dtg bantuan dr church utk tarik mrk..sbb nyk yg dah terjd...
      Abuaidan yg banyak terlibat dlm volunteer organisation nie..ummaidan cuma pendorong dan penykongnya shj...:)

      Delete
  9. assalamualaikum.. mak nani datang sini plak... hmmmm... tengok kehidupan kat sana seperti diri sedikit insaf.. sbb bumi malaysia masih berkeadaan baik dan sentiasa di lindungi dari bencana.. alhamdullillah...

    >>> peyut cumil dah timbul sket? cutenye.. heheheh 5 more months to go... tak lama dah tu.. sabar ye... :) nanti anak kita sebaya.. cuma baby safiyya di awal tahun.. hehehehe.. :)
    >>> pendapat nani so far yang dah beranak 4 ni.. 2 normal and 2 c-zer, of coz nani suggest kan branak normal.. sbb branak normal sakitnya cuma sblm bersalin.. lepas bersalin after few hours dah boleh berjalan... tapi bila branak c-zer ni.. after 2 days only boleh bangun.. sakitnya yang amat selepas bersalin.. tapi sedikit je sakit sblm bersalin.. hmmmmm.. sbb now nani dah days#9 pun masih ngilu di bahagian operation tu.. and not fully recovered lagi.. masih ada bengkak sket di bahagian infection.. still apply antibiotik cream kat situ and makan antiobiotik medicine to recovered the body antibody.. hmmmm.. and tak boleh amik jamu tau.. sbb panas dan tak sesuai utk operation part.. body fully bergantung pada antibodi badan untuk baik... hopefully semua cepat sembuh lepas ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mak nani..
      itlah bila keadaan tpt kita aman haruslah kita sentiasa bersykur dan berjaga2 juga..sbb kita tak tahu bila bala Allah swt akan menimpa kan..terutama waktu kita bersuka2..

      hehehe.a'a nanti sebayalah jwbnya baby kita..blh gie cekolah sama2 ..hehe

      hmmm..byk jgk orng cakap camtuh..ingat ms branakkan aidan dulu sakitnya tak terperi..lps branak pun sakit susah nak duduk sbb byk jahit..tgk orng cesar kat spital dok releks jer..inshaallah moga mak nani cepat2 recover...

      Delete
  10. Salam Jumaat Ummu..
    simpati sgt tgk nasib saudara2 kita kt sana.. beruntung nya kita yg Malaysian ni kan?? Alhamdulillah Ummu & Abuaidan sudi membantu..
    Hanya Allah yg dpt membalas nya..
    hanya doa yang dapat di kirim kan...semoga semuanya beransur baik semula..amin! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jumaat atie...
      memang beruntung sbb tiadanya bencana yg teruk..bila sy kat sini barulah sedar dan paham akan bencana alam bila tlh mengalaminya sendiri...mmg menakutkan...

      Delete
  11. Assalam ummuai,
    Hanya Allah yang dapat membalas kerja kerja amal membantu orang orang yang dalam kesusahan.....amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkumsalam sm...
      sentiasa niat kita hanyalah untuk fisabilillah..bkn utk pls manusia..

      Delete
  12. sayu & sebaknyer membaca .. betapa bertuahnyer kitya di bumi malaysia ni.. doakan yg terbaik for them ye!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betl tuh KA ..doakan kelapangan untuk saudara seislam kita diseluruh dunia..

      Delete
  13. Semoga Allah menguatkan iman mereka dari tersasar,mereka macam sudah tiada tempat nak mengadu. Bersyukur rasa diri ini berada di bumi yang jauh di timpa bencana.

    Syafakillah atas musibah yang menimpa mereka semoga Allah merahmati usaha murni awak dan musliman dan muslimat di sana yang membantu. Amiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuh awak..kalau dah susah menjadi lagi susah sbb bukan senang nak bina balik semuanya tuh ..makan masa dan wang...mungkin negara kita jauh dari bencana alam..tapi bencana lain ttp ade kan..spt bencana kerosakan akhlak muda2 ..buang anak dsbnya...

      kami nie apalah sgt tlgnya..cuma sbg perantara jer...penat jgk makyong panjat bukit amek gambar ..heheh..

      Delete
  14. brsyurkur sangat sebab kat malaysia tak ada lagi taufan yg teruk cam nie.. Semoga allah melindungi family akk & orang islam di sana yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kita patut bersyukur krn jika ditimpa bencana begini mmg byk kesusahannya...semoga Allah makbulkan doa awak tu ..ameen

      Delete
  15. hemm berat mata memandang berat lagi bahu memikul..semoga jadi iktibar kpd.kita semua.

    ReplyDelete
  16. Allah2.. kesiannya.. erm.. semoga kita rakyat malaysia mampu sedar dgn kekuasaan Allah dan tak leka dari terus mengejar dunia yg hanya sementara.

    ReplyDelete
  17. Bersyukur Malaysia tak teruk macam ni.. Namun di Seremban akan ada satu hari ribut sampai bumbung pun tercabut

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads