Saturday, 9 February 2013

Bagaimana Hendak Memulakan Kebun - Step 1 : Peralatan

Adakah anda seseorang yang minat berkebun namun belum memulakan langkah2 untuk berkebun? Inshaallah disini dikongsikan sedikit ilmu berkebun yang diperolehi melalui pembacaan. Semoga kita sama2 mendapat manfaat inshaallah.

Sebelum memulakan kebun, perkara yang paling penting yang perlu ada adalah peralatan untuk berkebun. Bukanlah sesuatu yang membazir untuk melabur sedikit wang bagi membeli peralatan berkebun yang lebih berkualiti, ini kerana peralatan yang rosak atau tidak mencukupi bukan sahaja boleh mengecewakan malah boleh menambahkan lagi kos dan masa untuk jangka panjang. Proper tools memberikan keselesaan serta efisien, dimana boleh membantu mengurangkan kerja bagi anda.

Peralatan untuk berkebun biasanya boleh didapati di kedai2 hardware mahupun nurseri ataupun gardening section dipasaraya2 yang besar.

Peralatan yang anda perlukan adalah:
  • Trowel atau Kulir - Untuk merumput mahupun mengorek lubang kecil

  • Gardening gloves/sarung tangan - Untuk memelihara tangan dari kekotoran dan juga serangga serta tumbuh2an yang berduri mahupun tajam.
  • Sun hat/ topi - Untuk perlindungan UV, lebih elok topi yang lebar tepinya, seperti topi petani2..



  • Bekas untuk menyiram air ataupun hose pipe – Bergantung kepada keperluan air kebun anda mahupun jarak tanaman dengan sumber air.
  • Wheelbarrow/ kereta tolak - Untuk kebun yang lebih besar bagi mengangkut kompos, sampah sarap mahupun mulch.
  • Roundhead shovel/ Penyodok - Untuk menggali lubang yang lebih besar.
  • Rake/ Penggarruk - Lebih ideal untuk menyebarkan jerami2 atau rumput kering (mulch) dan juga mengumpulkan sampah2 sarap didalam kebun.

  • Shears/ gunting pemotong - Untuk menggunting daun2 kering mahupun dahan2 yang tidak diperlukan dan juga memetik sayur2an.
  • Cangkul/ Hoe - Untuk membuat batas sayuran dan memecahkan tanah.
  • Bekas/ container - bagi mereka yang hendak menanam didalam bekas



>>ref


16 comments:

  1. heheh topi tu sy ada beli...tapi tiap kali pakai mesti Naufal jerit2 nak pakai jugak..

    ReplyDelete
  2. menarik ni..teringat dulu2 ada juga pakai topi tu..

    ReplyDelete
  3. Salam Ummuaidan,

    Rasanya dah ada semua kecuali topi. Pak Aji ada nak beli hr tu tp yg nak dibeli tu yg biasanya pelancong Jepun pakai. Yang seperti di atas lebih sesuai, spt yg biasa dipakai pekebun sayur - memang pekebun pun walau x semuanya sayur.

    ReplyDelete
  4. Aaarghh sampa loni topi amoi tu tok beli2 lg...hihihihi

    ReplyDelete
  5. Info yg bagus utk mereka yg minat berkebun.. :D

    ReplyDelete
  6. @Nadia, Knor, Ummu Madihah (makji, Mixed Family..
    - Topi ni bagus sebenarnya ntuk pakai ms berkebun...boleh cover panas kepala ngan muka kan..sy sendiri pun takder..tak tau kat ner leh jumpa kat sini..

    @Mia Kassim
    -mmg info nie utk mula yg berminat nak menceburkan diri berkebunan..:)

    ReplyDelete
  7. semua dah ada ni.. projek dulu2 yang nak dimulakan semula hehehe

    ReplyDelete
  8. Salam,
    I teringin jugak nak berkebun tapi takder space la duk flat. Ni ada my fren bawakkan biji benih sayur dari Malaysia, tengah cari idea macam mana nak tanam.

    ReplyDelete
  9. Dahulu sebelum tahu teknik berkebun dengan betul, cangkul sahajalah alatan utama berkebun saya. Yang lain saya redah sahaja sampaikan garpu di dapur juga pernah menjadi mangsa menggembur tanah.

    ReplyDelete
  10. @Kesuma Angsana
    selemat berjaya yer KA..heheh bagus2

    @Nastyna
    mungkin boleh cuba tanam dalam container ..letak tepi2 balcony..hehehe try sikit2 dulu...

    @Zamzurina
    ok lah tuh

    @Izham Wong
    heheh..yang guna garfu tuh agak kelakar tapi kreatif jugak ..sy pun belum pernah terfikir..:)

    ReplyDelete
  11. harap2 tumbuh la kangkung sawi semua ni hahaha. parsley pudina yg duk ada ni macam hidup segan mati tak mau pulak. kurus pelik.

    ReplyDelete
  12. @nastyna
    oohh ade tanam kangkung, sawi ngan pudina parsley semua kat milan yer...wah nie sudah bagus nie...semoga hiduplah kalau kena cuaca yg sesuai kan...

    ReplyDelete
  13. hehe ore awal2 lagi surrender kalu bab2 nanam ni kak. hihi

    kaku supo kayu jah ni.

    ReplyDelete
  14. bagus ni<nor..inshaaAllah bila k'imi dh ada rumah yg ada tanah utk brcucuk tanam..k'imi bukak balik post ni :))

    ReplyDelete
  15. Info yg sgt berguna. Terima kasih

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads