Saturday, 15 June 2013

Round the Island of Viti Levu, Fiji Islands - Part 4

Sambung lagi perjalanan round Island nie nak balik umah. Meneruskan perjalanan dari timur ke utara dan ke Barat..

Untuk bahagian ini ikut garisan hijau

Walaupun tak banyak kenderaan, namun tak boleh speeding more than 70km/hr..nanti dapat tiket..penat jer kan jalan cantik2 kena bawak slow..

Jalan berlingkar2 so kena bawak hati2 banyak selekoh nie..

Kelihatan ladang nenas di tepi jalan..namun taklah sebesar yang kat Malaysia..

Pemandangan kampung mereka..

Some Fijians baru balik tangkap ikan kot ngan parang bagai..takut jgk kalau naik keta sorang kawasan berhutan sunyi2 gini..

Perjalanan diteruskan..namun kawasan yang dilalui kemudiaannya tidak lagi berhutan seperti sebelumnya..highway baru pun dah tamat..jalan biasa2 jer tapi oklah..

Juga melalui bukit-bukit yang rendah..agak gelap kerana cuaca sedikit mendung..

Bukit nie yg puncaknya mcm bentuk thumb, betul tak? Abuaidan kata mana ade..hehe

Budak-budak sekolah tengah menunggu bas ..tersenyum riang bila orang amek gambar..:)

Yang ini lak kalau tak silap penanaman kacang panjang ngan pancang2 lurus elok gitu..

Perjalanan menyusur laut lak..berbntuk seperti tasik kerana pulaunya yang berbentuk lengkungan..nampak tak pulau yang kelihatan seperti kura2 ditengah2 tuh..


Inilah kura-kuranya..:)

Indah dan nyaman kan..

Petani dalam perjalanan membawa lembunya balik kerumah 

Bila  melalui bahagian belah sini hampir samas eperti tempat yg kami tinggal..adenya ladang tebu..

Pelajar-pelajar sekolah menengah yang baru habis sekolah..segak berskirt..berkaki ayam..

Bukit macam nie pun cantik jugak kan..tidaklah begitu bersemak..

Cuci mata lagi..

Seronok dengan pemandangan bukit bukau  begini..

Diatas bukit, rumput yang subur. lembu dipelihara

Saujana mata memandang..menuju ke bahagian barat, kurang dari sejam lagi untuk sampai ke rumah jaraknya..

Kemudiannya melalui Tavua town (entry lepas)..sudah petang..

Namun masih kelihatan ade mereka-mereka yang masih sibuk dengan urusan dibandar ..mungkin sudah siap membeli belah dan menunggu bas hendak balik..

Perjalanan yang kurang setengah jam jaraknya untuk sampai dirumah..cuaca agak mendung..

Baru lepas hujan rupanya di Ba..jalan kelihatan basah dan berkabus..

Kemudian sampailah di Ba town, dimana dalam 5km dari rumah kami..tak singgah bandar...nak tengok Ba Town klik here

Begitulah pemandangan sekitar Pulau Viti atau Viti Levu..menjanjikan pemdangan yang agak berbeza di setiap bahagian..Kalau nak round island dalam satu hari pun boleh..dalam kurang 12 jam mungkin boleh complete inshaallah

Ini hanyalah satu pulau yang terbesar daripada kepulauan..ade tiga ratus (still counting) pulau2 yang kecik yang tak nampak dalam peta pun..mungkin penduduk tempatan sendiri pun belum pernah sampai..tetapi some tourists dari luar negara telah menjejakinya..

Ade juga rakan blogger  bertanya tentang kawasan yang paling maju, apa yang menarik dan hotel. Jawapannya, kawasan yang paling maju adalah Suva, yang menarik adalah pulau itu sendiri dan kehidupnanya..kalau dari segi hotel bergantung kepada tempat ada yang murah dan juga mahal..namun penginapan untuk pulau2 peranginan yang kecil2 mmg tersangatlah mahalnya..hendak kesana pun kena naik boat atau small plane..

30 comments:

  1. Masih agak tertinggal kemajuan sosial mereka ye ummu. Sedih pulak tengok mereka berkaki ayam sebab kasut kita rosak sikit dah kita buang. Peluang bersedekah banyak kalau macam ini kan..

    Pemandangn rumah kampung tu betul-betul mengingatkan rumah arwah atok kakak dulu masa kakak kecik macam inilah suasananya. Seronok sebab betul-betul kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pegi sekolah wajib pakai kasut..tp dorang nie ps skolah atau jalan2 biasa lebih suka berkaki ayam..style orng aslilah katakan..

      Delete
  2. salam ummu....Subhnallah indahnya dunia kurniaan Allah buat hambanya....beruntunglah ada insan2 yang dapat menikmatinya...bukan semua orang berpeluang kan...hargailah peluang ini dengan sebaik mungkin sebab selalunya peluang datang hanya sekali dalam kehidupan kita...apa2 pun selamat berhujung minggu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam k.siti..pun sebagai persinggahan dan bukan milik kita..bila kita dekat pd alam..terasa kagum akan Penciptanya...yang Maha Hebat..
      selamat berhari minggu kak..

      Delete
  3. Asalamualaikum ummu, macam mana hari ni, ada tanda tak?
    Yg pulau bentuk seakan kura2 tu memang uniq... nani suka tengok semua gambar ummu tempek ni, seronok cuci mata and plus dpt ilmu pengetahuan di negara org... tu yg best ada member dok over the sea ni hihihi.. okeh ummu, hari cuti camni ngantokkkkkk giler, syok tgk fiyyq tido.. cam nak join skali jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam nani..
      sama jgk spt hari2 yg lainnya..agaknya baby nak kuar lps due date kot..heheh..kena sabar jwbnya..:)

      selamat berngantuk ngan fiyya yer..mesti fiyya sonok dok celah ketiak mak sepanjang ari hari nie..

      Delete
  4. Assalam Ummu..
    menarik dan indah pemandangan nya..masih hijau..jalan berliku2 juga ya...
    Pulau tu mmg betul2 nampak mcm Penyu lah Ummu..unik! kuasa Allah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam atie.
      hehe..banyak pulau2 secoet camtuh kat sini atie..cute jer nengok..

      Delete
  5. Replies
    1. pulau tuh hok asli dini..mmg jadi sediri...

      Delete
  6. teringat kisah jin d lempar di celah2 gunung di sebalik pulau..di semua jeruk pulau ada jin menyorok..Allah yg mencampakkan mereka di pulau2..org kata jin bertendangkan..bukan sebenarnya jin yg di tendang Allah.

    tak ada kena mengena dgn n3 dia ats ye ummu..ingat pulau ingat jin..

    dkt rumah knor ada gunung batu caves terpacaknya patung hindu yg tinggi bukan main...kalau lalu tak pernah nak pandang patung tu..tak tahu macam mana dlm malaysia ada patung setinggi tu..mesti segala mcm jin bertendang di situ..

    ada google org2 fiji..mmg diorg pakai skirtkan..macam lebih kpd org asli sana..maaf ye kalau silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasanya begitulah.pulau2 yg jauh2 orng panggil tempat jin bertendang..agaknya betul lak hot yer..heheh..

      mmg patung tuh tempat segala setan dok berseronokkan..kata orng nak buat patung budha ade yg letakkan quran didlmnya takut kena panah halilintar..wallhua'lam

      skirt tuh pakaian rasmi mereka..dl zaman asli dulu depa pakai jerami anyam mcm skirt

      Delete
  7. UA....highway dia corner corner tulah pasal tak leh speeding.
    Apa agaknya pendapatan negara FIJI ni UA? Pertanian ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa dulu2 katanya perlancongan ekonomi utama..skrang rsnya agriculture lah yg no.1 kot..

      Delete
  8. wow kamera baru ker kak?..hebat zooming tuh..Nampak pulau secoet tu
    memang best jalan-jalan kat pulau nie , agak menarik tengok budak sekolah menengah lelaki pakai skirt gi sekolah.. :P tu pengawas ker kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamera yg same jer zayri ..heheh..

      Bukan pengawas..skirt tuh pakaian rasmi depa..tapi klau tgk betul2 nampak kemas jgk kanwpun berskirt..:)

      Delete
  9. suka tgk pemandangan kat atas tu...sejuk je rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pemandangan pulau mmg sejuk mata memandang kan..

      Delete
  10. assalam ummu...
    indahnya pengalaman ummu, dapat kami tumpang menikmatinya..terimakasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam maszz..
      sama-sama..apa yg dpt dikongsikan..kita kongsikan ..hehe

      Delete
  11. mmg pemandangan yang sgt unik.. suka dgn entry ni :)
    masih ada orangnya yg berkaki ayam dan pakai skirt, sgt unik...
    yg part kura-kura tu saya satuju, tapi yg part thumb tu saya sokong abu aidan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya sekolah wajib pakai kasut..budak2 asli kan depa suka berkaki ayam..hehe

      ooo..macam mana tak nampak cam thumb nie..:)

      Delete
  12. ku tumpang melihat indahnya bumi Fiji nan hijau dari usaha mu.Terimakasih semoga sihat dan ceria selalu dik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak..selagi boleh kukongsikan ..pastinya dikongsikan yg indah mahupun buruk ..heheh

      Delete
  13. Assalam ummuaidan
    Kalau orang asing nak beli tanah sikit di kawasan kampung dekat pekan Tavua di pulau tu boleh ke, ummuaidan? Berapa sehektar (atau seekar)?

    Memang seronok kalau bertanah di situ, terutama untuk bercucuk-tanam sebagai hobi. Tapi, sebenarnya, nak beli tanah bakar dalam beg plastik pun kocek Pak Temuk dah mengeluh panjang, hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam pak temuk.
      tak pasti lah harga tanah tuh pak temuk..kat sini banyak yg leasehold tuh yg tak besnya...

      sy pun suka idea bercucuk tanam tuh pak temuk..cuma big boss jer yg kureng sikit..
      hehe..kocek tuh sebenarnya lebih suka menyimpan tuh.:)

      Delete
  14. Subur bumi Fiji ni hijau mata memandang.btw mmg skirt tu keunikan mrk kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. skirt tuh mmg warisan turun temurun mrk..kang ms dl2 pakai jerami wat cam skirt..sopan sikit dr cawat iye dak..

      Delete
  15. cantiknyer... bila tengok gambar2 ni, feeling macam langkawi pun ada sebab bukit rendah2 ngan tepian laut gitu. Skirt sekolah tu macam towel lilit ke pinggang je kan, hehe sesuai la untuk cuaca panas kot.

    ReplyDelete
  16. eheheh!!comel jer dorang pegi sekolah berkaki ayam...tapiiiiiiii...pakai skirt???ehheh!nampak pelik utk org kitakan?mnghijau je sepanjnag jalankan?nice :))

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads