Saturday, 8 June 2013

Our First Cute Little Long Chili

Tersenyum sendiri tukang kebun bila ternampak sebiji cili pada pokok yang terkecil ditanam. Macam tidak percaya..buah cili kecil lagi comel..cili panjang seperti cili kulai yang ditunggu-tunggu..

Inilah cili panjang yang sulong..ade beberapa pokok lagi yang sejenisnya sedang berbunga namun ia merupakan buah pertama yang bertuah...

Sebesar cili burung yang kecil jika diukur. Tapi  melihatkan bentuknya memang berbeza..cili panjang yg kecil tuh mempunyai bentuk yang lebih menarik.

Inilah pokoknya yang belum cukup besar lagi..cepat2 tukang kebun letak baja agar menjadi lebih subur inshaallah.

Harap2 cili panjang nie dapat dituai sebelum berpantang..kang dalam pantang takleh makan cili lak..nampaknya kena simpan tuk buat cili keringlah jawabnya yg mana berbuah masak masa tuh.

28 comments:

  1. adoi, tension, cili Tedi batch #3 semai tak tumbuh2 jugak... i'm green in envy... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tedi cuba tanam banyak sikit..mana tau salah satu blh tumbuh kan..

      Delete
  2. Assalammualaikum dik,
    Baguslah dah berjaya tanam cili, akak tanam cili panjang, tak pernah berjaya, ada saja musuhnya, kejap masalah daun tetiba jadi keriting, kejap pokok tetiba layu, kejap semut api kumpul joging keulu kehilir, tak tahu apa dicarinya,kesannya akak lupakan hasrat nak ada sepasu dua pokok cili yg merah cantik berbuah lebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam kak..
      Nie pun tak tahu jgk kak camaner hasilnya nanti..mungkin ikut variety jugak..ade yg jenis senang tumbuh dan tak byk ragam..next time akak cuba cari variety lg lain lak yer..

      Delete
  3. Ala... ummu ni kalau tak dapat makan cili tu tak apalah Abuaidan yg makan. Tapi cili cepat besarkan.. Memang jenis tangan baik pokok masih kecik pun dah mengeluarkan hasil. Kakak pun hairanlah dgn tanaman ummu apa pun semuanya menjadi aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. abuaidan takleh makan cili kakak..tak tahan pedas...

      rsnya nasib jer tuh yg pokoknya senang tumbuh..nak kata greenfingers tuh mungkin tak kot kakak..heheh

      Delete
  4. menjadi sungguh ye...seronoknya..hari2 jenguk kebun kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti dtg jenguk hari2 tau..heheh

      Delete
  5. bila nampak hasil tu macam satu kepuasan ye..suka sangat kann.

    ReplyDelete
  6. Sama dengan Che Mid.. tanam cili asek kena serang je.. baru cantik membesar dah ada penyakit, kalau tak pun semut .. err.. pandai ke makan berulam cili mentah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba spray ngan ridset tgk semut tuh kalau2 nak lari...

      ulam cili mentah gitu mmg feveret.. che mid...hehe

      Delete
  7. salam UA, ummu guna baja apa tu...napok subur bena tuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ms mulo2 tuh letok baja taik ayam..pastuh letak NPK utk galakkan berbuah..

      Delete
  8. Kalau nak dingamkan dengan cili cantik tu, ada ke belacan di Fiji tu, ummuaidan? Or you don't normally take sambal belacan? Boleh kot lewatkan sikit mula berpantang kalau lambat cili tu dituai. Hihi, memandai-mandai pula Pak Temuk. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. belacan mmg byk pak temuk yg orng kirim..tak berhabisan..hehe...suka sambal belacan tp malas nakbuat..heheh
      heheh..lewat berpantang demi cili ..mmg bagus kan idea tuh..hihih

      Delete
  9. salam ummu..jelesnya akak...tanam cili asik jadi rambut meggi..kali ini cuba lagi..baru je di semai..harap2 menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba tanam banyak sket kak..pelbagai jenis ker ..mana tahu kalau2 bernasib baik nanti..inshaallah

      Delete
  10. Keringkan boleh, simpan dalam freezer pun boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker..nanti nak buatlah camtuh..thanks

      Delete
  11. Assalamualaikum Ummu,
    Tak terkata.. berbudi kepada tanah.. memang tidak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam k.sham..
      Alhamdulillah kalau mmg ditakdirkan rezki kita..mmg ttp akan jd milik kita...:)

      Delete
  12. Assalam Ummu..
    mcm rendah lagi pokok cili tu kan? dah berbuah...rezeki lah tu..:)

    ReplyDelete
  13. Owh pantang takleh makan cili ek? Yang ni pedas tak UA?

    ReplyDelete
  14. Salam Ummuaidan,

    Wah cantik cili tu! Mak Aji punya cili ungu ada pokoknya dah mengeriting daunnya, semut hitam berpesta bertelur punyalah banyak. Satu pokok dah kong dah.

    ReplyDelete
  15. Yang panjang tu biasanya kurang pedas.... yang pendik dan kecik tu....kecik kecik cili padi, jangan dipandang sebelah mata, sekali gigit mau sejug minum air haha

    ReplyDelete
  16. Cili kulai nie panjang sesuai kalau nak di keringkan supaya pedas nya lebih intensify, berbanding di frozenkan. boleh akak demi lidah nEGORI tu. tapi baguslah kak Ummu Aidan cik semut tak pulak menyinggah nyer..

    ReplyDelete
  17. ooohhhhh...cili panjang..ingatkan cili padi td,kihkihkih!!!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..

Nuffnang Ads