Pada entri yang lepas kita telah round suku daripada pulau nie, iaitu bahagian Barat Fiji...rupa bentuk bumi lebih kepada bukit bukau..yang dihiasi dengan tanaman2 tebu...kali ini kita layan suku kedua pulak, (iaitu bahagian selatan) daripada pulau nie yang mana sedikit berbeza yang suku pertama..
Perjalanan suku kedua bermula dari Singatoka sampai ke bandar Suva, iaitu ibu negara Fiji, yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Layan sahajalah gambar2 dibawah ini yer tuan puan....jangan mengantuk sudah yer..:)
Setelah separuh dari perjalanan yang awal adalah seperti bentuk2 muka bumi bahagian barat dengan bukit bukau yang rendah tidak berhutan serta pokok pines..namun setelah sejam memandu kita akan mula menyusur jalan yang hampir ngan pantai...
Perhatikan bukit yang didepan jalan yang mana hutannya lebih kurang ngan hutan khatulistiwa di Malaysia...
Laut dan pantai yang indah dan tenang..
Sebelah kiri jalan adalah pagar2 yang memisahkan private beaches..
Kawasan yang dikenali sebagai Deuba..banyak chalet2 serta tempat untuk ber 'camp'. Area nie pun kelihatan seperti kawasan pantai di Terengganu danPahang kan...
Hotel yang bercirikan reka bentuk rumah tradisional ataupun 'Bure'
Resort yang cantik dan mahal nie...
Tidak ketinggalan juga resort yang ada kemudahan Spa...
Juga terdapat Canoe Club disini...sapa berminat bolehlah join..
Setelah menuyusuri pantai..kami tiba disebuah pekan yang dinamakan Lami..pekan kecil sahaja...
Kurang setengah jam dari pekan Lami..sampailah di Suva..yang merupakan bandar pelabuhan..
Kapal sedang berlabuh..
Inilah bandar Suva..entry yang lepas tentang bandar ini (kliksini)
Kemudian dalam perjalana balik from Suva kami membuat keputusan untuk melalui jalan yang disebelah timur pulak instead of melalui jalan yang sama..nak tengok jalan baru siap yang dibuat oleh kontraktor Malaysia..
Inshaallah bersambung pada bahagian yang seterusnya...

Hi Sis...
ReplyDeleteFiji ni tropikal country eh? Cantiknya
Hi Qashmere.
DeleteBetul tuh Fiji pun iklim tropika jgk
salam ummu...Cantik nya
ReplyDeleteSalam kak..
DeleteAlhamdulillah..semuanya ciptaanNya yg Maha Hebat
Assalam Ummu..
ReplyDeletememang Indah pemandangan nya.. suka tengok..
bila lah dapat ke sana? hehe...:)
Wkumsalam atie.
Deleteinshaallah kalau ade rezki 1 hari nanti..:)
salam UA, cantiknyer gambar Fiji resort tu, mcm oil panting..
ReplyDeletesalam ana,
Deletegambar resorts tuh Abuaidan yg ameknya..
Nyaman, fascinating dan yg kakak hairan Aidan tak sibuk ke nak mandi nampak pantai yg cantik tu Ummu. Kalau mandi-manda pun mesti best tu:)
ReplyDeleteyg dok dalam umah saja nie pun kakak asyik dok cakap 'i want to go to biss (beach)" manjang jer..kalau tgk pantai tak tahulah...heheh
DeleteGambar last tu gambar jalan yang dibuat oleh kontraktor Malaysia tu ke? ^_^
ReplyDeletehaa..betul tuh..sykt Naim Construction
Deleteassalamualaikum ummu... apa khabar? dah ada tanda2 sakit? hmmmm tunggu time je ni kan.. hope semuanya berjalan dengan baik.. x sabar nak tengok kawan fiyya ni..
ReplyDelete>> 2 hari kat umah melayan anak2 je.. x ke mana.. internet kat umah ok.. cuma tak apdet or bw blog kawan.. cuma masuk blog ummu tengok kot2 ummu dah bersalin.. :P tapi tak tinggal komen.. 2 hari yang panassssss sangat di rumah... semalam projek mendonat dengan sakinah.. puas makan donat sampai 20 bijik... hahahaha.. lepas ni sure setahun kinah tak mintak donat sudah.. kuangx3.. ok makyong.. apa2 ke.. makyong apdet ye.. tak sabar nak tunggu junior dlm perut tu..
wkumsalam nani..
Deletealhamdulillah masih lagi sihat walafiat wpunsetiap detik dok tunggu rs sakit dtg..heheh
wah puas ati kinah dpt makan donut banyak tuh..pasni takder lah teringin lagi kan...
cantik macam Malaysia cuma kat Malaysia ni tak terjaga.. patutla omputeh suka datang Malaysia, puasla Tedi fikir apa yang best... mungkin dari segi gambar2 promosi nampak cantik tapi bila sampai, penuh sampah-sarap.
ReplyDeletebetul tuh tedi.kat m'sia mmg promosinya tuh yg hebat..yg realistiknya wallahua'lam kan..
Deletemenarik info nyer ni
ReplyDeleteSalam dik,
ReplyDeleteTenangnya suasana tempat ini, tak sesak dengan orang.Terimakasih kongsi pemandangan yg.indah2.
salam kak
Deletemmg perkampungan depa nie agak tenang dan damai gitu..tak sesibuk cam dok dibandar..tambah2 lak dkt pantai...
Nor,
ReplyDeletekawe perase kan, Fiji ni bersih laaa, macam terjaga gitu......dah laa tene jo napok......
Abuaidan kato kalu dale gambar semo napok bersih..heheh
Deletepuas berjalan di Fiji hari ni... suka kat jeti tu..
ReplyDeleteBanyak.jenis pokok palm ya tumbuh di sana.
ReplyDeletehotel tu unik sgt..
ReplyDeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMenag betul tu, semacam dengan kawasan pantai Terengganu dan Pahang. Tumpang bangga rakyat Malaysia pun ada yang buat jalan kat sana!
salam makji..
Deletebetul tuh..dorang kat selalu mention psl highway yg kontraktor kita buat tuh..hehehe..bangga..
pemandanagn yg sanagta mendamaikan...mesti tennag ja drive kat jalan mcm tu,kan...tiada kesesakan..boleh menghayati alam semulajadi..
ReplyDeleteWah, macam do Malaysia je! Cantik! Thanks for sharing!
ReplyDeleteLebih kurang Malaysia jugakkan UA..... so tak de le rindu sangat dengan muka bumi Malysia...tak gitu UA...nak makan budu pun ada kat sanakannn...hehe
ReplyDeletesalam,nor..cantik jgk fiji ni ye..tetiba rasa mcm nk melawt Nor kt sana,eheheh!!
ReplyDeleteSalam,wah nampak tenang je.mcm lebih kurang kat malaysia.cantiknya chalet tu.wah, hebat org malaysia dpt kontrak buat jln raya kat sana.lama ke dok Fiji?
ReplyDelete