Saturday, 14 December 2013

Resepi Nasi Palau atau Palau Rice

Lama btul dok tangguh tulis entri pasal resepi nasi palau nie..kesian rakan2 yang dok bertanyakan resepinya..bukan apa actually tak pasti pasal resepi serbuk masala atau kari untuk palau nie..sebab kat sini kami selalunya beli serbuk kari palau yang ready made..

Palau seperti yang selalu diceritakan dalam blog nie adalah makanan kenduri yang paling femes sekali kat sini..tak der lain selain palau, kenduri kawen palau, kenduri arwah palau..kenduri doa selamat palau..no beriani mahupun nasi minyak dsbnya..

Suka tak suka pi kenduri makan nie jerlah..samada palau ayam ataupun palau kambing..orang2 hindu buat vegetable palau..


Anway setelah bertanya pada yang tahu akhirnya dapatlah idea camaner depa selalu buat masala nie..biasanya kalau tuk kenduri dorang buat sendiri serbuk kari dengan blend kering semua bahan2 yang diperlukan..


Resepi Nasi Palau
(Untuk 5 orang makan)


Mulakan dengan memasak ayam dahulu, bahan2nya
- Setengah ekor ayam
- 1 biji bawang besar dipotong 
- 3 biji bawang putih + 1cm halia (ditumbuk lumat seperti paste)
- 1 pelepah daun kari
- 1 btg kayu manis
- 4 biji buah pelaga
- 5 biji bunga cengkih
- 1 bunga lawang
- 3 sudu besar rempah masala palau (rujuk resepi kat bawah)
- 1 sudu besar serbuk cili

Panaskan minyak masak secukupnya..masukkan rempah 4 sekawan tuh sampai naik bau, masukkan daun kari. Gorengkan bawang besar sehingga layu kemudian masukkan paste bawng putih dan halia..goreng sampai kekuningan & naik bau. Masukkan rempah palau dan serbuk cili juga sedikit air sehingga menjadi paste. Goreng dengan api kecik sehingga naik minyak. Kemudian masukkan ayam..gaul rata.biarkan sehingga masak dan lembut..ketepikan.

Untuk nasi :-
- 3 cawan beras
- 1 senduk minyak sapi
- 1 biji bawang besar dipotong melintang
- 2 sudu besar paste halia & bawang putih (yang ditumbuk bersama2)
- Sepelepah daun kari
- 6 biji bunga cengkih
- 4 biji buah pelaga
- setengah batang kayu manis
- Air secukupnya
-Garam secukup rasa

Panaskan minyak sapi. Masukkan dan tumis semua rempah2..masukkan daun kari. Masukkan bawang tumis hingga layu, masukkan paste bawang putih dan halia..goreng hingga kekuningan. Masukkan beras dan air mengikut nisbah yang biasa digunakan tuh masak nasi..masukkan garam. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama masala tadi...gaul rata bersama beras. Masukkan kesemuanya kedalam rice cooker untuk lebih mudah..biarkan sehingga masak. Sekiranya nasi sedikit mentah, renjiskan sedikit air serta balik-balikkan dan tekan switch..biarkan hingga masak.


Nasi palau nie biasanya dihidangkan bersama-sama salad. Salad biasanya campuran dari kobis, carrot, bawang besar, timun yang dihiris halus dan digaul dengan sedikit garam dan cuka.

Resepi Palau Masala :

Kayu manis digunakan menggantikan cassia..takder beza sangat dr segi rasa.

- 1 kg ketumbar
- 100g buah pelaga
- 50g bunga cengkih
- 50g bunga lawang
- 50g jintan manis
- 100g jintan putih
-100g kulit kayu manis

Semua bahan2 dikisar kering sehingga menjadi betul2 halus. Kalau hendak buat pada kuantiti yang lebih sedikit boleh gunakan percentage untuk menganggarkan bahan2..

p/s - kerana keenakan nasi palao nie jugak sorang hamba Allah telah convert dari kristian kepada muslim..(story boleh baca sini )

14 comments:

  1. first time dengan nama nasik ni. hehe

    ReplyDelete
  2. ooo mcm ni ye nasi palau..pernah dgr rasanya..lebik sikit ye..?

    ReplyDelete
  3. byk bahan2 yg diperlukan,kan...kalau masak dlm kuantiti yg byk,mcm utk kenduri..mmg berbaloi la kan..

    ReplyDelete
  4. Memang famous Nasi palau ni kat Fiji ye Ummu... nampak sedap juga..
    Alhamdulillah, mgkn sebab kesedapan nasi palau ni hamba Allah tu tertarik kan..Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
  5. Assalmaualaikum..
    Makan apa dinner? Nani baru lepas makan lunch.. Talapia sweet sour dan ayam goreng jer.. Tu sebab nani tak maman ikan talapia tu.. Hehehehe masak tuk anak2 je.. Besarrrr punya sekor hampir 2kg.. Besar kan. Pancing atas carrefour. .. Hahhhahahah
    Banyak gam rempah ratus nak masak nasi palau ni ek.. Tapi sedap sangat nampak.. Ok ummu.. Hepi weekend. .....

    ReplyDelete
  6. Palau tak palau semuanya boleh. Yang penting, asalkan halal dan sedap....

    ReplyDelete
  7. Lbih kurang Mcm nasi briyani jgk resepi pulao ni ye ummu.. tq for the detail resepi.

    ReplyDelete
  8. kalau rempah masala, ada jual kat sini…. tak pasti benda yg sama atau tak… tak pernah pula beli..

    ReplyDelete
  9. nampak mcm nasik berperisa yang lain jugak cuma bezanya rempah palau tu je la kan. Pastu mesti ada rasa cam kari-kari skit kan? Tapi nasik ni mmg dimasak lembik ke? kalau beriyani kan nasiknya macam berderai camtu.

    ReplyDelete
  10. tengok resepi nasi palau ni.. teringat kat hubby.. nanti nak tunjuk resepi ni kat dia.. ;)

    ReplyDelete
  11. Nasi dia lembik yeh UA....kalau org yg kurang suka nasi lembik mungkin kurang suka...tapi boleh ke kalau kita keraskan dia?maksudnya macam nasi biasa kita tu?

    ReplyDelete
  12. Rempah nasi palau
    1 kg beras basmati
    1 kg bawang merah
    1 kg tomato
    2 sudu pelaga hindi dan jintan manis sudah d kisar halus
    Car
    2 sudu garam dan 4 sudu gula
    Dan 1 kg daging
    Cara
    Tumis bawang hingga lembik dan nak2 kuning
    Masuk tomato hingga hancur dan masuk pelaga hindi dan jintan manis
    Masuk daging hingga masak dan buang daging utk elak hancur...lupa garam dan gula ...lpas tu masukkan air ....hingga mendidih masuk beras yg telah d rendam 1 jam...pastikan air hanya 1 inci dri paras beras. ..kacau dlm dua minit 1 kli...hingga kring air ....cukup c perlu kacau ...tutup kemas hingga masak....

    ReplyDelete
  13. Rempah nasi palau
    1 kg beras basmati
    1 kg bawang merah
    1 kg tomato
    2 sudu pelaga hindi dan jintan manis sudah d kisar halus
    Car
    2 sudu garam dan 4 sudu gula
    Dan 1 kg daging
    Cara
    Tumis bawang hingga lembik dan nak2 kuning
    Masuk tomato hingga hancur dan masuk pelaga hindi dan jintan manis
    Masuk daging hingga masak dan buang daging utk elak hancur...lupa garam dan gula ...lpas tu masukkan air ....hingga mendidih masuk beras yg telah d rendam 1 jam...pastikan air hanya 1 inci dri paras beras. ..kacau dlm dua minit 1 kli...hingga kring air ....cukup c perlu kacau ...tutup kemas hingga masak....

    ReplyDelete
  14. Kalau nasi palau afganistan lain sikit dan mudah
    1 kg daging
    1 kg beras
    1 kg bawang
    1 kg tomato
    2 sudu pelaga hindi dan 2 sudu jintan manis
    2 dudu garam 4 sudu gula
    Tumis bawang sehingga sedikit kuning ..masuk tomato yg di cincang hancur dan masuk pelaga hindi dan jintan manis sehingga tomato hancur masuk daging dan sedikit air ...dan garam gula ...masak hingga empuk daging ..masukkan 4 cawan air ...tunggu hingga mendidih ...masukkan beras basmati yg sudah direndam 1 jam ...pastikan air hanya sedikit dri paras beras jika x cukup tambah air.....kacau 2 minit sekali hingga kering air dan biarkan shgga masak..

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads