Friday, 13 December 2013

Kebunku Dipenghujung Tahun

Macam lama rasanya tak update pasal ladangku yang satu nie. Jarang ade peluang untuk menghabiskan masa untuk kebun kerana kena ready to serve mem kecik 24 jam sehari dan juga hujan yang boleh dikatakan almost setiap hari, lebat plak tuh sejak penghujung bulan October..so selamatlah kerja2 menyiram..

Tukang kebun yang satu lagi pun walaupun skrang bercuti panjang namun belum ade kesempatan yang cukup kerana ade banyak komitmen yang terpaksa didahulukan..

Maka jadilah kebun sebagaimana adanya..

Jagung yang baru hendak besar serta bendi yang sudah menghampiri expiring date. Kerana hujan yang kerap jugak banyak buah kacang bendi diserang ulat.

Macam hutan lak kan... Kacang panjang yang rancak berbuah serta rumah petola yang merimbun disebelahnya..in between pokok betik tumbuh sendiri yang baru nak belajar berbuah.

Pemandangan dibawah greenhouse usang. Penuh semak kerana tak sempat dibersihkan asyik hujan jerr..pokok bayam liar pun apalagi sukalah sangat tumbuhnya. Actually ade tanam pakchoy, kobis bulat dan tomato tuh ..namun antara hidup segan mati tak mau jer yang tinggal..huhu

Tuaian yang biasa plak,

Petola, kacang panjang dan bendi. Boleh dikatakan selang sehari menuai kacang bendi dan kacang panjang..tak berhabisan hingga kenalah diagih2kan jugak..kalau dekat2 tuh nak jugak bagi kat Atie ker, KakZakie ker..Knor ker...Mia ker...hehe

Sememangnya hujung tahun dan awal tahun susah hendak berkebun dengan kekerapan hujan dan kadangkala banjir ataupun cyclone..alhamdulillah tahun nie belum ade berita cyclone seperti tahun lepas yang teruk melanda..biasanya kalau hujan kerap kebarangkalian cyclone atau taufan adalah rendah..namun kebarangkalian banjir..wallaua'lam..kena berjaga-jaga jugak...

21 comments:

  1. Alhamdulillah walaupun masa tu agak terhad tapi ada juga hasil nya kan Ummu..
    klu dekat, dah hari2 kot nak mintak sayur dr ladang Ummu ni..hahaha(dgn muka tak malu) sebab nak dpt sayur fresh bukan senang...hihi..
    harap2nya takde lah bencana alam kt sana....amin! :)

    ReplyDelete
  2. Kakak kalau dpt mesti senyum lebar ummu. Petola kakak nak masak sup campur dengan kentang dan telur, kacang bendi masak dengan ikan asam pedas dan kacang panjang kakak tumis goreng dengan udang. Hahaha.... itulah tapi jauhlah pulak.

    ps: Betik dah nak berbuah!! Aidan tak tebang dah sebab pokok dan subur:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... rezeki berbudi pada tanah :)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Kiranya di sana macam di Malaysia la kan? Hehehehe....Hujung tahun musim hujan...ada banjir tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya kalau diikutkan hujung tahun dec-mar adalah musim terpanas...namun dek kerana disini adlh pulau tgk lautan byk bergantung kpd tekanan udara yg menyebabkan cuaca sgt panas. low pressure kemudian hujan lebat sampai blh banjir...tp bkn exactly monsoon cam m'sia

      Delete
  6. Banyak tu Ummu akak kalau kat rumah gini tak habis makan jugak, berkongsi rezekilah...

    ReplyDelete
  7. kalau dekat, saya nak jugak kacang panjang skit. kehkeh... Ummu aidan, hujan2 ni pun ulat banyak ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nengok makin banyak ulat tuh..kacang pjg, bendi semua diserang ulat

      Delete
  8. Banyaknya sayur mayur tu Ummu...cukup untuk seminggu makan.
    Kat sabah memang selalu hujan tapi alhamdulillah belum sampai ke tahap banjir...

    ReplyDelete
  9. Mesti ummu jarang atau tak pergi pasarkan...
    masak paprik kacang panjang tu pun sodap..

    ReplyDelete
  10. Aduh..seronoknya tgk kacang panjang ngan petola tu....

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan dari saya..

    seronokkan aktivis bekebun ni ummu..selain beriadah..bole jugak buat side income hehe..of coz save sikit duit pasarkan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal roha,
      alhamdulillah fresh n jimat duit jgk tuh..hehe

      Delete
  12. sama mcm kt malaysia ek kak... musim ujan gak akhir2 thn nih.... kalu dana lah kak semak2 gitu dana tak sanggup nk cbt rumput... tkt terjumpa cik ulat heheheh

    ReplyDelete
  13. Tiap kali nengok kebun akak nih mesti sha teringat kebun ahmad albab.. hehehe

    Mmg berbaloi kan kak berbudi pada tanah nih.. Banyak da makan hasil...

    ReplyDelete
  14. Tetap meriah hasilnya dik.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  15. meriahnya hasil tanaman.oowwh kat sana pun ada banjir juga ye?cyclone tu mcm mana pula?

    ReplyDelete
  16. walaupun tak terjaga namun hasilnya tak habis dimakan...geram tgk bendi yg muda dan fresh tu...

    ReplyDelete
  17. geram tengok kacang panjang tu..

    ReplyDelete
  18. Wahhhh hijaunya kebun mu UA di penghujung tahun!!!

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads