Monday, 2 December 2013

It's Time To Slow Down

Setahun lebih berblog, berkenal-kenalan dengan rakan2 secara online merupakan pengalam yang paling berharga sepanjang berada diperantauan..walaupun tak pernah bersua mata namun membaca penulisan rakan2 dirasakan sudah seperti sudah kenal akan tuan2 punya blognya..keseronokkan menulis dan berblog..

Namun ade beberapa perkara yang sering bermain dipikiran...

Yang utamanya kitab yang satu tu..dek kerana kesibukan ngan anak kecik dan keseronokkan berblog..makin tidak dapat ditumpukan sepenuhnya, risau ianya akan semakin pudar, semakin hilang dari memori, 4 tahun usaha untuk melekatkan semuanya didalam memori tidak harus hilang begitu sahaja...sebelum terus pudar selamanya..inshaallah harus take action..

Juga adanya anak2 kecil yang memerlukan perhatian dan guidance dari mak dorang nie...:), it's time to focus more on them especially tuk educate siabang..quran & reading..inshaallah.

Masalah utamanya tuk buat semua adalah kekangan masa...tidak dapat menumpukan banyak perkara dalam 1 masa..haruslah mengutamakan perkara yang utama dahulu..betul tak?

Jadi setelah pikir punya pikir, walaupun sayang hendak ditinggalkan namun terpaksalah berkorban agar tidak menyesal suatu hari nanti..terpaksa slow down kan activity blogwalking....

Menulis entri actually tidak mengambil masa yang banyak dan memerlukan komitmen..namun untuk blogwalking, membaca entri rakan2 serta menulis komen itu yang memerlukan masa dan komitmen...dan itulah yang tidak dapat diluangkan buat tahun terakhir yang penting ini..yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Hendak berhenti menulis terus masih terasa sayang lagipun traffik blog semakin meningkat...biarlah sampai tujuh angka dulu baru pikir pasar brenti..:)

Inshaallah UA akan tetap menulis entri selagi adanya cerita dan idea yang hendak dikongsikan namun selepas ini akan menjadi silent blogger sahaja...korang pun bolehlah jadi silent reader kalau tak mahu komen...kannn..

And I think it's fair sebab tak perlulah untuk komited tuk blogwalking dan tidak menyusahkan korang semua kan...so jangan kecik hati bila korang tinggalkan komen dan tidak mendapat kunjung balas sebab sudah diberi notis awal kan..:)

Sekiranya ade masa yang terluang, inshaallah akan still menjenguk kerumah2 korang walaupun sebagai silent reader..kalau sempat akan kutinggalkan juga sebarang komen.

Anyway walaupun dalam silent harapnya ukhwah tidak putus begitu sahaja..inshaallah.

Intai-intailah kami disini ya aunties..:)

28 comments:

  1. Assalam Ummu..
    Menjadi silent reader pun dah cukup bermakna...
    betul kata Ummu..kena utamakan yg lebih penting dulu... takpe lah , janji ukhuwah sesama kita dah terjalin..dan insyaAllah akan berkekalan...
    moga anak2 akan mendapat lebih kasih syg,didikan yg sempurna dari kita...

    ReplyDelete
  2. Berubah untuk kebaikan tiada salahnya... hanya Allah mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  3. Kalau adikan blog sebagai priority ummu memang semua tak menjadi. Tapi jadikan sebagai hobby ia membantu stress dan kegembiraan. Kakak kalau cuti blog terus cuti. Di rumah 100% tak ada blog. Kakak boleh berblog kerana tugasan pejabat kakak teramatlah relax. Tapi bila kakak busy blog juga kakak tak sentuh.

    Utamakan keluarga dulu...

    ReplyDelete
  4. insya'allah ummu... so far tak pernah miss masuk blog ni cuma komen tu takde la sumer entri..kadang masa memang tak cukup..kalo duk umah lagi la susah zee nak nengok blog..faham sangat la masa tuk anak2..

    ReplyDelete
  5. bersederhana dlm semua perkara..
    insha Allah.
    keluarga tetap dihati.
    hujung jari in sha Allah rezeki masuk.
    hujung jari pahala dapat, insha Allah.
    tak tahu redha Allah tu dapat ke tak.

    ReplyDelete
  6. Sy pun rasa mcm nak kena slow skit bln ni...sbbnya cuti skolah...anak2 di rmh..perlu dipantau dan diberi perhatian..., kdang seharian keluar brjln...itu yg x brapa nak bole update blog sngt...bw pun bila msa ada mcm ni....

    ReplyDelete
  7. Berubah untuk kebaikan, Insyaallah di permudahkan. Keluarga tetap yang pertama. :)

    ReplyDelete
  8. salam ummu...betul tu apa yang ummu katakan....Insyaallah akan sentiasa mengikuti perkembangan ummu dan family di sana...Apa2 pun yang kita buat keluarga perlu menjadi keutamaan....

    ReplyDelete
  9. Salam.
    Kita ikhlas bersahabat maya...

    ReplyDelete
  10. Salam UA, moga Berjaya dunia akhirat...kalau ada lapang jenguk2 la kami ya....

    ReplyDelete
  11. anak2 kecil menuntut perhatian 100% dari kita...keluarga jugak ditempat teratas..

    ReplyDelete
  12. assalam UA…..betul doh tu tindakan UA. apa2 pun niat yg penting. kalau berblog abis tunggang langgang rumah tangga mmg WAJIB stop, tapi kalau dgn berblog kita sentiasa dpt improve byk perkara2 yg baik & dpt menambah kenalan yg baik2 (yg sentiasa support & ingat mengingati benda baik) maka HARUS terus berblog. Pasal blogwalking tu mcm ros, mmg tak kerap bertandang tapi org kata hati tu sentiasa rindu-rinduan, ibarat kita dgn sedara mara & kawan2 la. bukan blh nak bertandang jenguk dorg setiap masa tapi sekali sekala rasanya kena juga bertegur sapa, LILAHI TAALA……sebab tu rasanya kotak komen org yg byk bertandang&komen tak sesuai ada kat blog kita, sbb rasa mcm terpaksa plak nak meraih perhatian (lain le klu mmg bt blog utk pulun cari duit & glamer). pepepun UA, ros doakan yg terbaik utk UA,Aidan,Arissya & AA……InshaALLAH semoga ALLAH tunjuk jalan yg terbaik utk kita semua. btw inshaALLAH will always be ur readers & kawan di alam maya. tq juga sudi singgah ke Wind of Change ;)

    ReplyDelete
  13. Memang keluarga perlu diutamakan. Sebab bila mati nanti itulah antara yg akan ditanya Allah kepada kita, sejauh mana amanah Allah itu kita tunaikan. Allah tak akan tanya berapa entri keluar sehari dlm blog, berapa visitors melawat blog sehari, berapa pendapatan dari Nuffnang...itu bukan dalam senarai soalan wajib. Cuma jika ada kelapangan tulislah sebaris ayat mengikut keupayaan, mungkin nasihat2 tertentu, nota-nota tertentu mengenai agama dan kehidupan ada sedikit sahamnya utk akhirat...

    ReplyDelete
  14. ok, faham sgt tu, KA akan ttp terus dlm ingatan KA blog UA ini !

    ReplyDelete
  15. Setuju tu UmmuAidan...family lebih penting sebab tu dah memang tanggungjawab kita...yg lain2 tu perencah untuk menyerikan majlis la kot....hehehe ;)

    ReplyDelete
  16. Saya faham, setuju dan sokong tindakan UA. Semoga dipermudahkan segala urusan u guys there, dahulukan mana yang penting.

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum .saya faham dan saya pun setuju.mmg utk tulis entry tu ambil masa yang singkat ..tp utk BW mmg saya sendiri pun tidak punya masa yang cukup sementelah banyak lagi komitment lainkan.takpe..utamakan yg mana lebih utama.
    friends forever..walau hanya kenal di alam maya shj hehe

    ReplyDelete
  18. insya Allah akan sentiasa rajin melawat UA n anak2 di sini..utamakan yang penting dulu, saya faham..take care

    ReplyDelete
  19. kekallah kamu dalam doa ku..hihihi.Ok dik dunia blog utk.mendapat ilmu, jangan jadi beban pula pd.emosi sendiri..relexlah.

    ReplyDelete
  20. betul betul betul apa yang ummu cakap tu....seperti sekarang...duk ralik baca apa ummu tulis..naufal dah main mop lantai dengan air jus delima di atas lantai...heeeeee....:p
    kongsi2 cerita bermanfaat tak salah kan...:D

    ReplyDelete
  21. no worries, saya tetap akan jenguk sini…
    Utamakan mana yg utama :)
    Mcm saya pun blogwalking mana sempat jer… Kadang2 fikir juga utk fokus buat research jer, tapi saya pula yg stress… tu teruskan juga blogging :)

    ReplyDelete
  22. you're so right!
    Your baby is so cute!

    ReplyDelete
  23. Singgah nengok Arissa bam-bam & tumpis Fiji...:):)
    (dah start rindu nk bac N3 sini..haha)

    ReplyDelete
  24. ohhhh inilah pasalnya.... baru tau,... Betul tu UA... blogwalkinglah yg banyak ambik masa.....entri tu idaklah payah mana....
    Tak pe kalau tak sempat BW pun tak pe...

    ReplyDelete
  25. sedih plak baca. wp ua kata akan lawat lagi, tapi kalau takde 2 way communication nnt lama2 pudar. harap2 tak pudar la. saya sokong dgn tindakan ua utk utamakan pada kitab yang satu tu. sbb kalo makin lama tinggal nnt berkarat. ua hafaz quran ye/ tahniah... sangat jeles... ;D

    ReplyDelete
  26. Salam Ummuaidan,

    Betullah tu, anak2 jauh lebih perlukan keutamaan terutama ketika masih kecil ni! Mak Aji faham sangat tu sebab dah raise up sekitar separuh team bola sepak!

    ReplyDelete
  27. Bila kita dah berumahtangga dan ada anak yang masih memerlukan perhatian kita, perhatian utama kita pasti terhadap keluarga.. takpe.. kalau tak bagi notis ni pun, tetap akan faham.. ;)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads