Saturday, 7 December 2013

Garbera Kutabur, Siletup-letup Yang Keluar

Sudah lama tertarik dan berangan untuk memiliki bunga warna warni Garbera dilaman. Pernah semai sebelum nie namun tak menjadi..

Cantik kan berwarna warni dan kelopaknya yang mekar kelihatan begitu ceria.

Ah cuma gambar pada bungkusan pada benih yang kubeli beberapa lama dahulu.

Ditabur dan disiram.
Juga mendapat gangguan dari sipekebun kecik yang sibuk nak tanam tanamanya jugak pada tempat yang sama.
Setelah pokok bercambah dan membesar, macam kelihatan pokok yang familiar
Yang pernah kulihat sebelum nie..

Bila berbunga lagilah mensahihkan tekaan ku itu..

Macam mana pulak siletup2 nie yang boleh tumbuh subur disini..

Barangkali benih daripada pokok yang kutanam dahulu tersimpan disini..

Entah mengapa hati kurang berminat dengan simerah darah ikan nie..
Barangkali sudah bosan main letup-letup..


Oh garbera mungkin dalam angan2 sahaja...:)

p/s-tieringat akan rakan blogger Nadia Rashid yang sarat peknen yg tinggal dibandar Kemaman yg teruk dilanda banjir...bagaimana khabar mereka disana..semoga Allah permudahkan keadaan mereka disana..amin

10 comments:

  1. Salam sabtu ummu..oh bunga lain plak yg tumbuh ye.. tak tercapai hajat nk tgk Garbera..hehe..tak pe lah bunga letup2 pn ok..harap smua mangsa banjir tabah hadapi dugaan..

    ReplyDelete
  2. Seperti kata pepatah org tua2: bunga padi berdaun lalang...

    ReplyDelete
  3. Abang Aidan tak suka ker main letup2 tu? Suruh la dia letupkan ke serata lama nnt bertambah2 benihnya hihihi.

    Moga mereka yang ditimpa musibah banjir berada dalam keadaan selamat.

    ReplyDelete
  4. tersilaplah tu agaknya...tapi cantik juga si letup tu..

    ReplyDelete
  5. Pokok bunga tu senang membiak.. sangat suka tengok ianya depan rumah..

    ReplyDelete
  6. Si letup2 pulak yg timbul…. boleh Aidan buat main :)

    ReplyDelete
  7. Tak apa lah sis, warna balsam tu amat menarik jugak kan..

    ReplyDelete
  8. Seronok rumah attach to land.. ada halaman boleh main tanam2 :D
    Duk bandor rumah flat berangan jer la huhuhu..

    Salam Kenal :D

    ReplyDelete
  9. Alamak..benih lain gamaknye..hee..kena cuba lagi lah macam ni..

    ReplyDelete
  10. boleh plak keluar pokok lain. heheh... letup2 ni pokok keembung kan nama dia? agaknya le... Arwah mak saya minat dgn bunga2 ni.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads