Sunday, 8 December 2013

Satu-Satunya Jemputan Dimusim Cuti Sekolah

Kalau kat Malaysia korang tentunya mendapat banyak jemputan kenduri dimusim cuti sekolah nie kan. Mesti tak tahu mana satu nak pergi kannn...

Kalau kat sini plak sini komuniti muslimnya adalah minoriti, tidak banyak..maka mereka-mereka yang mengadakan kenduri kawen pun berapa kerat sangatlah kan..kalau kenduri kawen non muslim kami tak pernah pergi..bukan apa ..tidak sesuai ngan jiwa..malah halal haram makanan yang dihidangkan pun belum tentu..

Pun begitu nasib baiklah ade jugak satu jemputan dari jiran yang tinggal berdekatan..maka tidaklah terkilan tak dapat makan kenduri kan..heheh

Jemputan dari pihak lelaki..sila perhatikan kad ini betul-betul ya untuk penjelasan lanjut..heheh (kad pun dah berkeromok kena ragu & makan dek arissa..huhuh) 

Ade 3 event actually dalam wedding depa nie. Tengok yang tulis ngan pen tuh ade kenduri doa selamat sehari sebelum majlis kawen..umah laki pun buat, umah pompuan pun buat biasanya. Pada malam sebelum hari nikah pula biasanya depa buat malam berinai...

Kalau tengok dalam kad ade tulis 'procession will leave.....' pada 3rd Jan tuh kan..itu rombongan sebelah lelakilah yang dipanggil Bharat yang akan bertolak ke rumah pompuan tuk amek dulhan (pengantin pompuan). Biasanya rombongan ke rumah pengantin pompuan tuh yang ikut cuma keluarga & rakan terdekatlah...kalau kita rombongan pengantin lelaki pergi tinggalkan pengantin lelaki kan..kalo mereka rombongan pengantin lelaki akan pegi amek pengantin pompuan wat balik tinggal ngan parents sebelah lelaki.

Kemudian bila pengantin pompuan dah berada atau tinggal dirumah ibubapa lelaki, barulah esoknya kenduri sebelah lelaki diadakan..macam kenduri sambut menantulah..yang kami akan hadiri inshaallah kenduri sambut menantu...

Kalau nak tahu masa real event kenduri kawen depa nie bolehlah rujuk pada entry disini.

9 comments:

  1. salam UA, selalunya apa menu special ummu?

    ReplyDelete
  2. nanti kongsi2 la gambar2 kenduri sana..nak juga tahu..

    ReplyDelete
  3. Jemputan kenduri dari jiran keturunan India atau Pakistan kan? Tentu makanan yg dihidangkan sedap2 resepi dari benua kecil India....

    ReplyDelete
  4. salam dik,
    mesti meriahkan majlis perkahwinan ni..macam dalam filem, bunga2 mesti banyak.

    ReplyDelete
  5. Salam ummu..dpt juga pergi kenduri walau 1 jemputan kan..hehe.. sini..sana sini kenduri..smpai tak tahu nk pegi yg mana..hehe..

    ReplyDelete
  6. menarik gak smbutan kenduri cara diorang kan.

    ReplyDelete
  7. ada la jugak…. kami dah dua tahun tak dapat jemputan kenduri.. hehehhe

    ReplyDelete
  8. ooo... nerves jugak kalau keluarga lelaki datang amik bawak pegi umah pengantin lelaki... awww... malu le kiteww... heheh... ok.. jgn over nak berangan.. sedar skit awk dah beranak. heheh.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads