Friday, 20 December 2013

Hafal Sebuah Quran Dengan Juz30

Assalamualaikum & Salam Jumaat,

Inshaallah dikongsikan maklumat tentang program untuk menghafal quran yang very helpful..samada untuk diri sendiri ataupun untuk membantu anak2 menghafal quran.  Terbukti berkesan juga berdasarkan pengalaman sendiri.

Program nie adalah Juz30 dari Imaanstar yang boleh di muat turunkankan aplikasi serta file-file surah untuk dihafal. (link disini)


Apa yang perlu dibuat adalah download main program kemudian download surah yang hendak dihafal atau kesemua surah kedalam PC anda kemudia run the program. Boleh pilih nak recitation dari salah satu qari yang ada..kalau saya memang Mishaari Rashidlah..

Dengan menggunakan program nie kita set berapa kali ulangan untuk sesuatu ayat serta ulangan surah. Biasanya bila baru memulakan hafalan perlulah mengulang2 ayat berkali2 hingga ingat..kemudian gabungkan ayat dan dihafal berulang-ulang. 

Menggunakan applikasi nie dapat mempercepatkan proses hafalan kerana walaupun kita menghafal dengan surpervision seorang guru. tapi proses menghafal tuh kena buat sendiri..bila dah rasa ingat baru baca/ hafal depan guru.

Program ini jugak dapat membantu kita menyebut dengan betul dengan mendengar bacaan dari qari yang terpilih..bila didengar dan dibaca berulang-ulang inshaallah dapatlah tangkap.

Saya juga menggunakan program nie tuk membantu siAidan menghafal..biasanya saya akan biarkan dia membaca/ menyebut bersama-sama  berulang-ulang laki bagi sesuatu ayat (lebih dari 20kali), kemudian..gabungkan ayat dan surah (5 kali ayat dan surah diulang-ulang).. inshaallah selepas beberapa session dia akan dapat menguasainya..dan kita pun perlu pantau dan suruh dia baca sendiri daripada memorinya..untuk surah kecil inshaallah tanpa too much pressure dalam seminggu pun boleh menguasainya..

Model jubah yang tidak sepenuh hati rela..:)


14 comments:

  1. Alhamdulillah....sharing yg baik ni....teringin juga ada anak2 yg hafaz alquran...:-)

    ReplyDelete
  2. Salam Jumaat Ummu...
    Alhamdulillah! TQ Ummu bagi link tu..mmg nak download utk Pa'e jugak.. harap2 boleh lah belajar dan boleh konsisten.... moga dipermudahkan...:)

    ReplyDelete
  3. Kakak salute dulu dgn usaha gigih ummu. Seriously kakak suka dan bangga dgn usaha ummu ini. Kita kalau berkehendak pasti akan berusaha. Melihat pada Aidan sajalah sudah membuat rasa bahagia kan. Utk diri sendiri lain cerita sebab kita dah aqil baligh kena ada usaha utk menambah ilmu sebaik mungkin sebagai bekalan.

    Teruskan ummu dah tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  4. Kalau kakak pun pilih Mishaari Rashid sebagai pilihan sebab bacaan more to kita punya cara (tajwid dam makhrojal hurufnya).

    ReplyDelete
  5. Bagus link akak share nih kak... ;) Luv u la kak!!

    ReplyDelete
  6. Bagus ni ummu boleh guna kaedah yg sama utk anak bungsu akak. Terima kasih syer....

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas info tersebut.. boleh cuba untuk anak2.. ;)

    ReplyDelete
  8. bkn utk anak2 ja...bagus utk kita jugak,kan..

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing... bahagianya dapat mengajar anak menjadi huffaz. InsyaAllah akan mengajar Luth juga nanti.

    ReplyDelete
  10. terima kasih Ummu untuk info ni....sangat berguna :D

    ReplyDelete
  11. nanti nak explore juga utk budak2 musim sekolah ni… thanks for sharing :)

    ReplyDelete
  12. Nampak mcm best je ni UA...bukan aidan je yg boleh menghafaz ni..... kawan ummuaidan pun boleh guna kekdah ni...almaklum aje le.... juzuk amma yg ada pun lupa lupa ingat haha

    ReplyDelete
  13. Salam Ummuaidan,

    Mak Aji nak try jenguklah link ni nanti. Mak Aji pun dok start balik belajar hukum tajwid (entah berapa kali belajar tak habis2) dan insya-Allah apabila selesai akan bermulalah talaqqi pula. Harap menjelang hujung tahun sempatlah selesai talaqqi, insya-Allah. Tua2 baru nak betul2 ngaji. Masa muda asyik sibuk tak menentu.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads