Tuesday, 5 March 2013

Please Help - Kemusykilan Seorang Blog Reader

Ade seorang blog reader yang telah mengemukakan pertanyaan berkaitan dengan penggunaan pokok kapal terbang berdasarkan entri saya yang dahulu...berikut adalah kemusykilan beliau..

'Salaaaam.....Saya baru dihinggapi Gout....sakitnya berdenyut2....kebetulan saya mengendalikan sebuah bengkel BI pada keesokan harinya....salah seorang peserta melihat saya bergerak dlm keadaan kesakitan telah bertanya...memendekkan cerita dia mmberitahu ibunya pesakit Gout...tlh agak lama brgantung dgn ubat hospital....kini brhenti....katanya ibunya meminum air rebusan daun kapalterbang...selepas 'break' dia mmbawakan saya sedikit pohon trsebut...oleh kerana saya sampai rumah sudah malam dan tidak larat utk ke klinik...saya merebus daun itu menurut sukatan yg diberitahu.....Alhamdullillah...bengkak dan sakit kaki saya surut dan keesokan harinya saya tlh mampu menyarung kasut untuk ke tempat kerja....sebelum itu saya berselipar shj...kerana ibu jari kaki bengkak sangat dan sakit berdenyut2....saya tak tahu pulak pokok ini beracun...dok baca dlm internetlaa....mungkin saya perlu berhenti meminum rebusannya bila sakit ini telah surut....?? Siapa yang arif...harap berkongsi maklumat.....? '


Saya mintak maaf kerana kurang arif berkaitan dengan keracunan dengan meminun air rebusan daun kapal terbang nie..hanya tahu akan kegunaan luaran sebagai ubat luka sahaja. Oleh itu any readers yang ade pengetahuan berkaitan dengan isi ini bolehlah menolong rakan blog yang musykil ini.

Thanks a lot on his behalf.

29 comments:

  1. Belum nak komen sebab tak tahu apa2, tapi Insya Allah nanti nak rujuk kat Mak dan Ayah, biasa orang tua tahu jugak serba sedikit berkenaan pokok2 ni. Alhamdulillah Mak dan Ayah walau dah hampir 80, masih gagah lagi. Ayah amalkan minum air rebusan daun pahit. So mungkin diaorang tahu kot.

    ReplyDelete
  2. haah...yg I tahu daun kapal terbang ni utk ubat luka shj (kegunaan luaran). x tahu lah samada ia boleh diminum atau tidak...

    ReplyDelete
  3. kawe pon tahu guno utk tampal luko jah nor......but scientifically explanation most probably poisonous if use in high concentration on normal tissue.

    Memandangkan Juntaian Kesidang ada gout (inflammed tissue beneath the skin), maka sebatian kimia di dalam air rebusan bertindak terus pada inflammed tissue tersebut (dan kemungkinan atas sebab ini tiada sifat racun sewaktu beliau menggunakannya)

    wallahualam....

    ReplyDelete
  4. salam ummu...kak siti pernah bertanya dengan doktor pasal ubat2 macam ni...dia kata sebenarnya kalau kita mengamalkan amalan2 tu kita tak tau berapa banyak kandungan nya yang kita dah gunakan..takut mudarat katanya..jadi kak siti rasa ada baiknya kita merujuk kepada pakar2 dahulu sebelum kita mengamalkannya.....bagi kak siti setiap apa saja yang dijadikan Alllah ada kebaikannya buat kita semua...terpulang pada kita bagaimana nak mengendalikannya..

    ReplyDelete
  5. kat kampung kak zu banyak sangat pokok nih..tapi tak pernah cuba minum pun air rebusan nya..takut pulak nak kata "tak merbahaya"..

    mungkin emak kak zu tahu kegunaan nya...

    ReplyDelete
  6. Assalam Ummu.
    sy pun tak tahu sgt ttg daun ni..tapi mmg pernah terjumpa... klu nak minum tu rasa ragu-ragu lah plak...huhu:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak nor :)

    ore lg la xtau. hihi. hok tahu wak tepek kalau luka jah.

    ReplyDelete
  8. oo pokok ni..di pangil pokok kapal terbang..banyak bersepah di kmpung..tak tahu pulak kegunaannya..setiap kejadian Allah tu pasti ada hikmahnya kan..

    ReplyDelete
  9. penah dgr untuk external use je ummu

    ReplyDelete
  10. aduh...ayut lg tak tahu...nama pkok tu pon bru tahu time kak nor bt entry aritu...

    ReplyDelete
  11. Tak penah dengar lagi org minum air rebusan daun kapal terbang ni. Tapi saya pun tak pernah dengar pulak sama ada daun ni beracun. Rasanya tak la kot. Sebab kalo beracun, pakai kat luar pun mesti kulit akan ada efek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau baca info detail mmg beracun lyd..kena jauhkan dr kanak2..sy dl pun tak tahu..

      Delete
  12. Saya kurang arif pula pasal daun ni....pernah nmpk tp tak tahu pula fungsinya....huhu

    ReplyDelete
  13. yg akak tau cuma utk luka luaran ja..tak berani nak minum sbg ubat2an kalua tak benar2 arif tentangnya..

    ReplyDelete
  14. seperti kata ramai blogger kat atas, aku tau cuma untuk kegunaan luaran sahaja...

    Kalau direbus, mungkin berkesan tetapi takut ada kesan sampingan pula... takut nanti kacau sistem buah pinggang pulak...

    ReplyDelete
  15. Err... saya taktau apa2 sal bnda ni.. (-__-)

    ReplyDelete
  16. Sama la, yang tahu tepek kat luka kan,untuk dihadam tu saya tak pernha dengar pulak.

    ReplyDelete
  17. Xpn mnm..mak saya rebus dgn limau..nak tawarkan pedar limau ..bila buat acar limau..yg tu ju saya tau..hehege

    ReplyDelete
  18. Terima kasih bebaanyak kepada semua yg tlh mengungsi pandangan dan pengetahuan....wassalaaam wbt.

    ReplyDelete
  19. tak leh komen...1st time dengar daun kapal terbang ni...
    Tapi hati2 kalau nak minum air rebusan atau ubat dari bhn yg belum ade kelulusan @ approved by FDA...risau kesan sampingan yg kite tak tahu....

    ReplyDelete
  20. Mungkin saya boleh menolong

    Tumbuhan ini berasal dari golongan tumbuhan rumpai di sekitar malaysia, kebanyakkannya terdapat di sekitar lapangan terbang. Pada asalnya ia tumbuhan di kawasan dingin seperti di British Island dan di Jerman. Di percayai ia di bawa masuk semasa peperangan dan pendudukkan penjajah melalui taburan biji benih yang di angkut bersamanya

    Tubuhan ini ada banyak kegunna AM yang sekarang ini hanya di ketahui dengan kegunaan luaran sahaja. Proses penyembuhan luka yang di ketahui oleh masyarakat melayu amnya adalah di sebabkan sejenis bahan anti coagulant ( pencegah beku. Ia adalah sebatian semula jadi di dalam pokok berkenaan dikenali sebagai eupolin yang mempunyai agen penyembuhan luka dan iso-sakuranetin untuk membunuh bakteria.
    Pada asalnya di sebabkan tumbuhan ini tumbuh meliar di kawasan asal ( native country) , ia mempunyai mekanisma pelindungan diri. Bahan aktif keracunan adalah Alkaloid pyrolizidin ada tersimpan di dalam tumbuhan tersebut dan boleh di tapis oleh Hati (LIVER) dan boleh membawa kerosakkan hati dalam tempoh masa yang singkat atau akan datang. namun pada tempoh singkat ianya bergantung kepada sukatan racun ( berapa banyak kuantiti racun atau pokok yang di ambil), akan menyebabkan masalah sakit perut dan kegagalan hati yang akut.

    kerosakkan hati yang sering berlaku pada kanak2 adalah di sebabkan kuantiti racun yang di perlukan adalah sedikit untuk menjadikan kesan yang mudarat. Isnya terjadi apabila ia di gunakan untuk tuaman atau pun untuk mencegah kembung perut. ( di asarankan mengunakan daun sirih untuk tuaman)

    Malah Kesan yang digunakan dalam dari segi minuman ataupun estrak perlu mengambil kira racun yang sedia ada dan yang terdapat dalam tumbuhan ini kerana , walaupun dalam jangka masa pendek tiada apa2 kesan namun dalam jangka masa panjang kesan buruk seperti )liver cirrhosis) boleh berlaku

    WaHuallam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Hazayri atas penjelasan yang detail nie..akak harap dapatlah memberikan info dan panduan kepada Juntaian Kesidang nanti..

      Delete
    2. happy to help , kalau boleh.. :P

      Delete
  21. saya pun kenal daun kapal terbang ni masa dalam pantang... tak pernah tahu pula yg dia beracun... sbb tu kita guna utk kegunaan luaran sahaja :)

    ReplyDelete
  22. Penat dok mencabut pokok kapal terbang ni. Boleh juga tanya Pak Din dalam group tanaman...baru-baru ni saya tunjuk gambar pokok tahi babi dan Pak Din cakap penggunaannya sama dengan pokok kapal terbang untuk luka luaran sahaja.

    ReplyDelete
  23. Salam Semua
    Satu Komen untuk semua ya..harap maaf..:)
    Terima Kasih atas komen dan serta pandangan2 yang diberikan diatas..sy harap dapat memberikan sedikit sebanyak info kepada Juntaian Kesidang nanti diatas kemusykilan beliau tuh..

    ReplyDelete
  24. hrmmmm..yela Nor..k'imi pn rsa ia utk keguanaan luaran je..tp best if dia blh rujuk doc pakar kot.

    ReplyDelete
  25. Seperti pembaca yang lain, saya pun syorkan untuk kegunaan luaran sahaja. Herba berdasarkan apa yang saya belajar, perlu diambil sedikit demi sedikit jika ingin dijadikan ubat. Ini kerana kandungan bahan aktif dalamnya tidak dapat diketahui secara jelas.

    Kalau terlebih ambil, boleh memudaratkan sama sahaja dengan makanan-makanan lain. Apa yang penting dapatkan nasihat pakar. Ahli hortikultur seperti saya pun mencadangkan agar jumpa Dr moden untuk nasihat.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads