Sunday, 10 March 2013

Hawaiaan PawPaw

Hari ini hendak memperkenalkan salah satu betik yang paling popular disini..yang lebih dikenali sebagai Hawaian Pawpaw. Tidak pasti samada ade ker tidak ditanahair, namun seumur hidup belum pernah lagi jumpa betik jenis nie kat Malaysia..^-^


Betik nie saiznya kecil sahaja, mungkin dalam saiz tapak tangan ataupun lebih besar sedikit dari buah mangga yang besar. Juga ringan. Biasanya dipetik sebelum betik berwarna kuning dibahagian kulit luar, dan dibiarkan sehari dua sebelum dikupas.. kalau kuning macam gambar diatas tuh menunjukkan dah memang sesuai untuk dimakan. 


Isi didalamnya berwarna orange instead of kuning macam betik biasa..dengan biji yang agak banyak. Sedap dimakan bila tidak terlalu lembik atau keras. Nak tahu waktu yang sesuai, tekan pada bahagian kulit luar, jika terasa lembik sedikit, makan eloklah dibelah makan...


Dari segi rasanya pula, agak manis dan tidak terlalu kuat rasa betik macam betik biasa. Memang lebih sedap jika dibandingkan dengan betik kuning yang besar dan panjang. Kalau sebiji tuh memang ngam2 untuk dinikmati oleh 1 orang sahaja..

Kami baru sahaja menanam betik nie dilaman, belum pun merasa yang ditanam sendiri lagi. Inshaallah jika berjaya nanti, bolehlah dikirimkan benihnya untuk rakan-rakan yang berminat...Bila korang dah biasa ngan hawaiaan Pawpaw nie, rsnya nak makan betik jer daripada yang lain..^-^

47 comments:

  1. cute jea buahnyaaa.. i loike betik.... suka sgtttt

    ReplyDelete
  2. maybe yang ni kot kami terbeli itu hari, kecik sangat. Mahal lak tu dalam 2 euro sebijik. Rasa macam yg UmmuAidan descibe tu la, tak rasa betik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rsnya kalau dkt german tuh mesti yg import kan..sbb betik nie lebh pd cuaca tropika..tp taste dia mmg sedap kan...

      Delete
    2. Mostly kat sini dorang import dari Cuba gitu. Katanya kat paket hehehe.
      Ha sedap la tapi saya macam confuse jugak time tu hihi.

      Delete
  3. salam ummu...beberapa titik jus limau kasturi membangkitkan lagi rasa betik ummu..bertuahnya dapat menikmati salah satu lagi kurniaan Allah buat hambanya..Rasanya bagus juga cadangan ummu nak bawa balik biji benihnya tu...mana lah tau bolih pulak dia hidup kat sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak siti
      belum pernah cuba lagi letak jus tuh..sedap yer..kena cuba dulu kot tanam..manalah tau kalau nak berhasil kan..:)

      Delete
  4. Rasa-rasanya aku pernah makan di Malaysia.... tapi tak taulah kalau betik yang sama. Kecil tapi mahal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya import kot sbb tuh mahal..

      Delete
  5. saiz betik lagi kecik ye?? sllu nya makan yg panjang tu kat sini..hehe..
    sedap nya makan betik time2 ni..letak dlm peti ais dulu then br makan..nyum! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg kecik molek jer tie..kalau makan sejuk2 pun best gak..tp kat sini selalunya mkn yg gitu jer..pun best ..h

      Delete
  6. oooo betik kecik tu yer, dlu kat Malaysia glamer la tapi dah lama, skang dah brapa jumpa org tanam, tapi dia memang comel dan manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..agaknya takder sambutan kot yg dah tak glamer tuh..maybe orng tempatan lebih suka betik tempatan...

      Delete
  7. Assalam Ummu
    rasanya betik ni ada di kg Mia....buahnya bulat2 kecik saja...kami panggil ia betik kg jak tp sekg susah nak tumbuh bila di tanam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam mia..
      ader yer kat sana...mmg bulat2 kecik..agaknya tak sesuai kot nak tumbuh kat sana yer..

      Delete
  8. salam ummi,
    ada peluang, kongsikan benih betik ni k.Nak cuba tanam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak
      inshaallah..cuba preserve kan nie..nanti dpt sy kirimkan..inshaallah..

      Delete
  9. This papaya available in Malaysia market. I just ate this last two weeks which bought by my girlfriend's father

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo..that's good .. i never seen it before when i was there...

      Delete
  10. ooo byk jenis rupenye betik ni ..kalo betik kat malaysia ni panjang sikit kot kan? hawaian pawpaw tu cam comel je nampaknye ..mesti manis tu kan? sedapnye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg biasa betik kat tpt kita mmg panjang2 buahnya..kat sini pun ade jgk yg sedang2..tp betik nie yg paling sedap..

      Delete
  11. mmg nampak padat isinya...
    org kata betik sedap jika yg bersaiz kecil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh kak..kalau buah kecik biasanya sedaplah isinya..

      Delete
  12. salam ummu, baru dpt singgah...betik tu nampak macam kecik je..kalau kat malaysia terkenal dgn nama betik eksotika..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker @na..mngkin mahal sket kan betik cam nie...

      Delete
  13. assalamualaikum ummu...sedapnya tengok buah betik tu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama..alhamdulillah sedap....

      Delete
  14. pernah jumpa semasa pameran pertanian - betik hawai katanya... buah dia kecil sahaja... tapi di dalam tak ada biji sangat... rasa mmg manis dan sedap... mungkin spesis yg hampir sama... tapi dah diubahsuai genetik nya agar sesuai dgn keadaan di malaysia... dan tiada biji agar penanam kecil-kecilan macam kita tak bole biakkan pokok tersebut secara berleluasa... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tuh kala depa cakap betik hawaii..yg ade kat sini byk bijinya..yg biji besar pulak, lain pulak...hmmm agaknya depa nak pasarkan untuk komersial kan....sy simpan gak benih cuma tak konpiden jer blh idup...sbb baru cuba tanam kat umah ..nak tunggu berbuah dl tgk hasilnya..:)

      Delete
  15. assalam,

    bunda suke makan betik yg mengkal2...yg lembik2 sangat tak bolih masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam..
      betik mengkal sedap bonda drp yg lembik2 tuh...

      Delete
  16. wah, betik boleh makan seorang sebiji... bagus juga, xde la membazir kalau tak habis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..mmg kecik nur..kalo sy sorang jer lah belasah..hehe

      Delete
  17. UA ni memang rajin berkebun yeh...
    Emm my FIL suka makan betik...hehe...OKje pun dah jadi suka haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betik nie bkn dr kebunlah OKje..yg beli kat pasar nie..hehehe.sy sejak dok sini jd suka betik gak..:)

      Delete
  18. salam,Nor..tetiba tringin nk mkn betik..tp nmpak gaya yg ni mcm lg sedap and not too watery kotkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak imi..mmg yg jenis nie lagi sedap sbb isinya lebih firm..

      Delete
  19. Baru terbaca yg 80% betik Hawaii adalah jenis GMO. Jadi mungkin sukar nak cambahkan kembali dan mendapat hasil yg sama. Juga gen GMO dia ni mampu 'melompat' ke betik jenis asli melalui agen pendebungaan, ini merupaksn suatu masalah di Hawaii sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yer ker, mmg susahlah nak tanam kan kalau mcm tuh..patutlah takder sangat dipasaran tempatan kan..itlah kadang yg kita tanam takut jgk tak menjadi..dulu ade sepokok betik hawaiii nie..tumbuh sendiri..skrang ade gak tanam..tp blom berbuah lg..

      Delete
  20. mmg suka makan betik2 ni... ubat lawas juga hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg lawas tuh mmg betul n berkesan..:)

      Delete
  21. betik bau wangi tak? sy dulu tak suka betik..tp since merasa betik apa tah..bau nya wangi size nya kecik2...sedap pulak!
    pokok betik umah sy dh arwah semuanya...tak sesuai ngan tanah keras sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dl pun tak suka betik ..tp since dok sini makan yg hawaii nie sedap pulak rsnya banding ngan yg kuning tuh..:)

      Delete
  22. Saya pun tak berapa minat betik yang terlalu masak dan terlalu muda. biar ada rangup2 dan lembut2 betik baru sedap. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau gitu awak patut merasa betik hawaii nie..ade ciri2 yg awak sukakan tuh ..:)

      Delete
  23. sedapnyer ...tambah dengan susu manis letak dalam peti , makan sambil ambik angin petang yang bersepoi bahasa..pergh...

    ReplyDelete
  24. eh ore rajin jupo betik kecik. kalu sbb terbantut xtau la. hihi.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads