Saturday, 15 December 2012

Pre Wedding Kenduri Kedua Malam Tadi

Cerita ringkas pasal pre-wedding kenduri yang kami telah hadiri malam tadi... dekat Tavua (different city), 40 minutes drive dari umah.

 Budak kecik nie amik alih tempat mummynya..dialah co-pilot tetap sekarang sejak reti dok depan pakai seat belt..tak bg mummy dah dok depan..ngan selipar jepunnya tuh sayang benar..

Majlis bermula selepas solat maghrib dengan sedikit 'speech' oleh seorang Alim dan diikuti dengan doa selamat. Tiada selawat seperti majlis sebelumnya kerana mereka ini bukan dari Milad group. Kaum wanita diasingkan daripada kaum lelaki..pada bahagian ruang tamu rumah.

Sebelum makanan dihidangkan ..budak yg kebulur pada majlis semalam makan twisties..kat rumah pun dia dah makan biskut sebelum bertolak.

 Kuih muih diedarkan selepas doa sebelum makanan berat disediakan.

 Buah kurma, pisang, honeydew, nenas..pagoda balls dan suji halwa dieadrkan dan diletakkan dalam tissues.

Kaum lelaki yang ditempatkan dikhemah luar sedang menunaikan solat Isyak.

Selepas solat Isyak, menunggu pulak untuk hidangan berat.. lama menunggu nampaknya tiada tanda2 makanan akan dihidangkan lagi..so pegi solat kat dalam ruang tamu umah dulu..takut nanti lagi lambat sampai  umah. Selesai solat, tak jugak makanan dihidangkan namun Aidan telah bersama ayahnya, tak lama kemudian makanan untuk kaum lelaki dihidangkan dulu. Dah la tak kenal sangat orang2 kat situ..so most of the time duduk diam2 main henset jer lah to keep busy..malas nak beramah mesra pun iya jugak. 

Bila Abuaidan dah habis makan..tak lama kemudian dia ajak balik siap menuju kekereta..laaa orang tak makan lagi laa..dah kul 10pm dah.makanan tak jgak dihidangkan untuk pompuan..huhuhu..kemudian ckp ngan tuan umah nak mintak diri dululah..takperlah lapar2 pun balik..janji jgn lewat sgt..dah penat daa badan. Kemudian barulah depa suruh tunggu, makan dulu dan bergagas keluarkan makanan..huhuhu..makan nasi putih ngan gulai kambing ngan kari organ kambing...makan cepat2..dah tak larat nak dok lama2..penat. Kul 11 jugak sampai umah..huhuh..

Rupanya diorang pun buat malam berinai malam ini jugak..namun dah tak larat daa ngan atucara majlis yg lama..makanan pun lewat..tiap2 malam camni mau pengsan. Cuma esok jer nak ikut the real wedding sebelah tengahari (jemputan umah kawan)..dan malamnya walimah kat sini balik..inshaallah. 

Pun begitu..cuaca diramalkan tidak elok ... kemungkinan taufan Evans akan tiba dikepulauan Fiji bermula esok..wallahua'lam...semoga semuanya selamat..kalau tak kesian diorang yg nak kawen nie... 

21 comments:

  1. Jenuh menunggu la kalau macam tu ya

    ReplyDelete
  2. serba sederhana majlis perkahwinan ni nmpk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorng nie keluarga miskin..majlis pun biasa jerrr...

      Delete
  3. Assalamualaikum... macam tu edarkan mkanan ringan ek.. hmmmm tapi beralas tisu senang ler.. tuan rumah tak payah nak basuh2 pinggan mangkok banyak2 kan... x macam kat sini.. tapi org sini pun dah pandai beralih arah ke pinggan polisterin... tak payah basuh2 dah,, hehehe... :)
    Mak yong tak larat nak apdet citer hari ni.. isnin nanti ade appt kat spital plak... sakit pinggang je sejak kebelakangan ni... menaip ni pun berbaring je.. dah tak larat sangat dah sarat2 ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam makyong..ade gak umah yg guna pinggan plastik..nie nak ringkas guna tisu..
      makyong kena banyak2 berehat tuh.jgn buat kerja lebih2..baring2 lah yer releks2..

      Delete
  4. sian ummu..tapi sabar nyer awk ni...kalau sy bab mkn takle tolerate hehehhehe...mmg mencuka la muka...nak2 time preggy..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..takkan nak blah kan..nie kenduri umah sedara kan..terpaksalah jgk tahan..mmg kebulur betul...:)

      Delete
  5. Untung pihak lelaki dapat makan awal. Saya pula setakat ini tak dapat nak hadir ke mana-mana majlis kahwin kawan kalau jauh. Al-maklumla masih belajar. Hmmm. Terlepas merasai kemeriahan hari-hari perkahwinan orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang pelik..sepatutnya bagi wanita dan kanak2 dulukan..kesian mereka...masa belajar kan tak ramai kawan2 yg kawin..nanti kemudian adalah peluangnya pula..

      Delete
  6. Lama juga adat sana nak tunggu dapat makan. Saya dah tersengguk sengguk kalau lambat sangat dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah ..kebanyakkannya bukan pegi terus dapat makan..kalau tak alas perut dulu mmg susah..

      Delete
  7. salam ummuaidan,
    Begitulah...lain tempat lain adatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sm,
      itulah..sebab kita pergi kenduri orang kena ikut style mereka kan..

      Delete
  8. Asslam Ummu..
    kesian kt Ummu..malam sblm tu Aidan yg tahan lapar.. pastu Ummu plak terkena.. nampak nya mmg adat dorang mcm tu kan.. isk..isk.. kesian lah tetamu kelaparan...huuhu..
    Aidan comel berbaju melayu...:)

    ReplyDelete
  9. hihihi..pkul 10 mknan tak kuar..adehhh..parah jgk tu..kelaparan la jawab yer :) organ kambing?ad jgk ke kak nor?

    ReplyDelete
  10. As-salam ummuaidan
    Makan lambat tu adat masyarakatnya atau tuan rumah tu saja? Kalau begitu cara mereka, memang wajar sangat kita isi perut dulu di rumah. Hope you have a better luck in the other coming kenduris.

    ReplyDelete
  11. meriah jgk wedding doarng nikan ,nur..tapi kenapa lambat sgt mknanan dihidangkan..kesian nur...mnahan lapar..baby lagi kt dlm perut tu pun,menahan laparkan:( syukur akhirnya dapat gak mkn :)

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads