Monday, 3 December 2012

Ada Apa Dengan Baldi Merah


Baldi yang telah dibelikan Abudaidan untuk suatu membuat projek yang telah menjadi tanda tanya ramai kawan2. Sebenarnya setelah melihat entri Kak Puteri Purnama, bagaimana beliau membuat taugeh sendiri dirumah berdasarkan video yang ditonton didalam youtube, terdetik dihati ingin mencuba. Melihat kepada hasil beliau lebih elok, segar dan banyak serta caranya pun praktikal, maka setelah study betul-betul step by step maka percubaan telah dijalankan pada hari rabu yang lepas. Inilah yang diusahakan selama 4 hari dengan baldi merah....,  







Taugeh yang segar serta panjang2 dan gemuk, lebih baik dari hasil kaedah sebelum ini malah sebaik yang dibeli dari pasar. Daripada secawan kacang hijau.

Thanks kepada Kak Puteri Purnama diatas perkongsian experiman yang dibuatnya...dapatlah hasil yang better.

Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat sendiri dirumah dikongsikan kaedahnya seperti dibawah ini. Boleh refer kepada entry blog Dalam Lingkaran ini untuk mendapat lebih idea lagi


CARA MEMBUAT TAUGEH DIRUMAH

Peralatan2 yang diperlukan :


1. Baldi yang sederhana besar, ditebuk lubang diawahnya menggunakan paku panas. (boleh gunakan tong sampah besar yg baru kalau nak buat banyak)
2. 4 keping kecil tuala yang telah dipotong ikut saiz bersesuaian dengan baldi/ tong. Boleh gunakan guni jut juga. Yang mana dapat menyerap air dengan baik.
3. Jaring penapis atau dawai nyamuk atau sieve yang tidak digunakan.
4. Tungku/ stand samada diambil dari tungku dapur atau dibuat dengan menggunakan kayu. Ini untuk mengelakkan kacang dari teremdam dalam air yg mungkin berlebihan didasar. Tapi kalau tebuk lubang dibawah, tak payah tungku pun tak per.

Langkah2 :

 Rendamkan kacang hijau sekurang-kurangnya 3 jam.

Letakkan tungku pada dasar baldi. Tak letak pn tak per jika dasar dibuat lubang.

Kemudian letakkan jaring/ dawai nyamuk diatas tungku tadi

Tuala diatas jaring/ dawai sebagai penyerap air.

Taburkan kacang diatas tuala secara rata, jangan padat sangat. Sekiranya padat nanti ada yang tidak akan memanjang dengan sempurna. Ratakan serata mungkin

Untuk lapisan kedua, letakkan jaring diatas lapisan kacang hijau, kemudian tuala kemudian tabur kacang diatasnya. Mungkin boleh letak hingga 3 lapis bergantung pada saiz baldi/ tong

Tutup dengan tuala diatas lapisan paling atas

Siram dengan air secukupnya, 2 kali sehari.

Biarkan air mengalir keluar melalui lubang-lubang yang telah dibuat pada dasar baldi.

Tutup baldi dengan penutupnya atau tudung periuk besar pun boleh..simpan ditempat yang tidak mendapat cahaya matahari.

Dibuka selepas 4 hari,

Inilah hasilnya yg berganda-ganda.
Cara2 pembersihan :

Basuhkan dibawah paip air yg mengalir dan air yg banyak didalam bekas 

Potong pada bahagian diantara tuala dan penyaring dengan pisau

Potong akak2 yang masih terlekat pada tuala

Setelah dipotong

Bahagian akar yg melekat pada 'siever'

Membuat sendiri dirumah adalah lebih bersih, menjimatkan dan healthy. Selamat mencuba.

27 comments:

  1. Assalam Ummu..
    wahh seronok sy tgk taugeh2 tu..
    mcm nak cuba kt rumah nti sebab Babah Pa'e & Pa'e pun suka sgt makan taugeh ni...sllu nya beli 2 bungkus tu masak skali je..
    (masak lemak taugeh + ikan masin)..
    TQ for sharing Ummu..
    berkobar2 jg nak mencuba ni..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atie..
      senang jer tuh kalau nak buat sendiri kat umah..seronok pun seronot bila tgk hasilnya nanti..macam sy nie rajin nak membuat makannya sikit jerr..hehehe..
      cuba jgn tak cuba yer atie....:)

      Delete
  2. salam ummuaidan,
    bolih cuba..terima kasih kerana berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sm..
      nanti cubalah..senang sgt tuh kalau dpt cara alat2...

      Delete
  3. salam ummu...ini rupanya surprice cik baldi merah
    banyak tu taugeh segar2..dari baldi..hehehe
    nanti boleh try la..nampak boleh diusahakan buat sdiri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nadia..inilah kesahnya che baldi merah yg dinanti2kan tu...
      kalau nadia rajin blh buat besar2 sket, blh meniaga pun kalau ade minat ..hehehe

      Delete
    2. itulah mcm mak sy ckp..resign keje..jd petani moden..boleh tgk anak skali hahahh...

      Delete
  4. As-salam
    Memang cantik hasil tauge ummuaidan itu. Kelihatan segar-bugar dan subur! Ia jadikan Pak Temuk lebih teringat pula akan tauge masak lemak + tauhu.

    Pak Temuk belum pernah cuba, tapi cuba hasilkan "tauge-mini" pernahlah beberapa kali. Mat Salleh biasa panggil "bean sprouts". Bila dipisahkan kulit dari kacangnya yang sudah berekor (sangat) pendek, kelihatan cantiklah "bean sprouts"nya. Sebenarnya Pak Temuk biasa juga lihat orang-orang Jawa di Malaysia menghasilkan sendiri "tauge ekor kenit" itu untuk dijadikan salah satu daripada bahan-bahan pecal mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam paktemuk...
      tauge masak lemak sedap jgk kan..lama dah tak rs...

      wah tauge ekor kenit nie baru first time dengar..mseti sedap kan wpun mkn gitu jer..

      Delete
  5. Barulah kakak tahu nak buat apa dgn 'si merah' yg asalnya jadi tanda tanya. Kakak ingatkan nak buat membaking kuih besarnya bekas hihi...

    Respect betul kakak dgn ummu. Rajin, gigih dan menjadi pulak tu. Kakak teringin jadinya bila nampak macam mudah benar nak buat tapi entah bilalah boleh ikut rentak ummu yg rajin ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..membaking rupanya tekaan akak yer...wah takut nanti cair kan baldi tuh dlm oven panas..hehehe

      bukan pun rajin sgt kak..kalau dok perantauan yg mmg susah nak dpt benda2 kenalah blaja survival skills sket kan..
      alaa nanti akak nak kenduri nanti buatlah sendiri..senang jerrr..

      Delete
  6. berapa sukatan kacang hijau yang awak pakai ya?

    ReplyDelete
  7. alllahhhaiiii..terrornya ummu...teringin plak akak nk try buat jgk,eheheh!!cubit2 ur nuff :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa bukan terer pun..blajar ngan orng gak tuh ..heheh..nanti buat yer..jgn tak buat tau.

      Delete
  8. puteri buat taugeh, ummu aidan buat taugeh.. k mar bila eh? btw elok yg sendiri tanam..tiada chemicals..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa kak mar suruh HS yang buatkan..cuma sediakan peralatan & ajar dia..mesti dia sonok nanti.

      Delete
    2. jom k.mar kita buat weekend ni...teruja pulak nak buat..pastu bole wat masak grg bihun...bihun soto...bihun sup! yummy!!!
      lebih boleh bagi jiran2

      Delete
  9. Salam Ummuaidan,

    nampak mudah je buatnya, tinggal lagi nak buatnya bila! tengok taugeh teringatlah pulak nasi kerabu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makji..
      ada ms nanti cubalah buat yer...sy ingatkan laksam..hehe

      Delete
  10. Kalao nak buat banyak taogeh at one time & malas mao clean akar, this is the better option. okay sudah key in kat otak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg this one is better option.boleh buat banyak...good err..u selalu makan sup kan..nanti kenduri blhlah msk sup tauge byk2..heheh

      Delete
  11. salam dik,
    sihatnye taugehtu.Seronokkan tanam taugeh sendiri, dalam 4 hari dapat makan hasilnya.

    ReplyDelete
  12. besnya ..xsabar nak tanam taugeh sendiri

    ReplyDelete
  13. Saya pernah cuba buat, kenapa taugeh saya halus2 kurus mcm lidi??

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads