Thursday, 27 December 2012

Bila Seminggu Tanpa Elektrik

Mana yang lebih menyiksakan, tiada bekalan air atau elekrtik?

Semestinya bekalan air menjadi keutamaan berbanding dengan elektrik, tiada air memang jawabnya banyak benda yang menjadi tidak normal, tidak hygienic dan memang hidup semestinya tidak sempurna. Alhamdulillah masalah bekalan air masa darurat taufan was not that that, at least kami mampu mandi sekali sehari dan hari keempat bekalan sudah normal. 

Namun begitu pengalaman seminggu tanpa elektrik juga tidak dinafikan cukup mencabar..bergelapan diwaktu malam di lantern light tidaklah menjadi masalah, namun yang big problem was tidak dapat menggunakan kemudahan fridge. Al maklumlah tempat simpanan stok bahan2 mentah seperti daging dan sayur-sayuran yang tahan lama.

Sebelum keputusan bekalan elekrtik, deep freezer (bhg beku) penuh ngan stok ayam, udang, daging dan pelbagai lagi. Sehari dua it's ok stok bekalan tuh terus bereda didalam freezer, namun bila dah nak masuk hari ketiga alamak start melting lah dan dah jadi tidak sejuk lagi..

Hari kedua tanpa lektrik,kami mula membalut semua stok2 dengan kertas suratkhabar agar boleh bertahan semalaman lagi, almaklumlah mana boleh habiskan semuanya itu dalam masa sehari.  The next day, bukak deep freezer tengok hampir semuanya dah tidak beku lagi walaupun masih sejuk. Jadi mulakanlah operasi nak menyelamatkan bahan2 mentah itu daripada menjadi busuk dan terpaksa dibuang.

Ikan yang lebih sekilo digoreng semuanya, daging seperiuk besar direbus agar boleh dibuat sup kemudiannya, daging ayam digoreng dan setengahnya dibuat satay..Udang pula direbus setengah dan digoreng setengahnya. 

Bayangkan membuat satay dengan kacan tanah yang dituai dari kebun dan dikopek kulit (belum betul2 kering), disagai lagi..dah tu pulak bahan2 semuanya ditumbuk dengan lesung kayu tak boleh blend sebab tak der lektrik. Satay pun digoreng, namun alhamdulillah habis semua.

Daging kisar pula dibuat spaghetti dan sebahagiannya diberi kepada rakan.
  
Spaghetti ringkas..

Masuk hari keempat fridge totally dah tak sejuk dan jadi berbau dan panas pula, semua baran perlu dikeluarkan dan fridge dikosong dan dibersihkan..Ikan bilis dan ikan kering berkilo2 terpaksa juga dijemur kembali.. 

Fridge yang lengang untuk beberapa hari..

Namun begitu, mungkin bukan rezeki kami agaknya..esoknya bila hendak panaskan balik ikan yang telah digoreng serta udang, kelihatan telur ulat telah bersarang dengan cepatnya..udang pula telah berbau..akhirnya yang hendak dielakkan tak dapat dielakkan juga..terpaksalah membuang ikan, udang serta ayam yang telah digoreng itu (lebih sekilo beratnya).. rasa sedih pun ada, kesal pun ada sebab overlooked mungkin tak panaskan dengan lebih kerap...

Lalu hari2 kemudiannya sebelum mendapat bekalan elektrik..kami redha dan makan apa sahajalah yang ada agar tidak membazir jika dibeli dan tidak dapat disimpan..kat sini bukanlah seperti dimalaysia mudah hendak membeli dalam amount yang sedikit dari mini market atau kedai runcit... 

Moral of the story..dimasa depan inshaallah, kami mungkin tidak lagi akan menyimpan stok yang banyak dalam peti sejuk pada musim2 cyclone dan banjir di penghujung dan awal tahun..

Apapun sedikit kesusahan mengajar kita menjadi lebih sabar dan humble dalam kehidupan...inshaallah

27 comments:

  1. salam kak... akak boleh guna genarator, ia munkin boleh membatu ketika tiada bekalan elektrik

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam hidayah..
      generator blh guna namun ianya kuran praktikal utk dibeli sbb penggunaan kurang dan kena byk maintannce jgk..kalau rumah kedai mmg eloklah ade generator..

      Delete
  2. salam ummu, xpela...mungkin x ada rezeki, tp ini semua pengalaman yang baik...insyaAllah. yang penting semua ahli keluarga selamat. kalau makan juga takut sakit pula dalam keadaan br lepas bencana ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam wanie..
      mmg pengalaman kan..ingat taknak membazir..cuba selamatkan semuanya namun tak tercapai...itu yg sedih tu

      Delete
  3. Assalam Ummu...
    betul tu.. pengalaman mengajar kita kan?..next time boleh lebih berpada2 dan InsyaAllah tidak akan berlaku pembaziran lagi...
    susah kan klu takde letrik...tapi klu air tiada lagi merana...huhu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam atie..
      sebenarnya kira reasonable lah stok yg ade tu utk tempoh dlm 2 minggu makan..semua ade sbb sy kan cerewat sikit makan since ngandung kan..dahtu yg daging semua tak habis sbb alahan dulu..bila kena habiskan dlm masa 2 hari mmg tak terlarat 2 orng jer makan...

      Delete
  4. salam... pengalaman adalah guru yg unggul juga.. untuk meraih faedah atas apa yang berlaku ucapkan alhamdulillah... pujian-pujian bagiNya yang menentukan atas apa yg berlaku... happy cleaning and gardening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..thanks kak atas nasehat tu..
      cuma regret sbb take lon time jgk nak habiskan yg dah lama tersimpan dlm frdge kerana alahan..tak makan sgt..

      Delete
  5. Assalam nor,

    s
    sememangnya pengalaman mengajar kita sesuatu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wkumsalam dini..
      begitulah..agar kita lebih berhati2 dimasa depan..

      Delete
  6. Salam,

    Tak da rezeki awak sekeluarga ,x pe la lain kali kene lebih bersiap sedia. Maybe lepas ni awak boleh tukarkan sikit menu2 dari goreng awak masakkan ikan dan daging jadi serundig ke. Boleh tahan lama sikit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..
      sebenarnya ibuqis kira cukuplah stok tu utk 2 minggu kalau makan betul2..cam abuaidan tak suka sgt daging..sy pun alahan..itu yg terperap dlm fridge.. ikan tuh mmg banyak ingat bila goreng boleh lah tahan utk sehari dua..namun cuaca panas cepat jer tak elok..kalau nak tahu hari yg nak selamatkan stok tu..sepagian dok dapur memasak semua stok tu..sayur pun byk jgk wasted..nak wat serunding takut tak lak sbb dulu dah buat..huhuh

      Delete
  7. Assalam makyeng... makyong dah makan pagi.. roti + telor dadar.. dah kenyang.. skrg tunggu anak bujang jambu tu bangun tido.. lom bangun dah nak cecah ke pukul 9am skrg ni... hihihi... biasanya tak tau anak bangun tido kul bape pun.. sbb awal2 pagi dah tinggal kan... kalau cuti plak sama naik ngan maknye bangun tido... hihihih... hari ni jadi suri rumah plak... seronok gak ni.. heheheh skali skala.. :)

    >>> kalau tak de air mmg perit.. nak mencuci susah.. nak basuh tangan pun susah.. nak buang air lagi payah.. penah kat puchong ni tak de air sampai 2 minggu.. ya allah.. hanya allah yang tahu.. peritnya... berbanding tak de letrik.. penah gak dulu time beli rumah ni (skrg)... owner lama blom bayar outstanding kat TNB.. lepas tu TNB plak kata tak leh wat pertukaran nama selagi owner lama tak potong nama and bayar the outstanding amount hampir rm800.00.. so TNB datang potong letrik.. time tu sakinah baru nak amik UPSR.. kesian study dlm gelap.. teringat nostalgia lama waktu makyong dulu2.. baca buku bertemankan pelita.... 8 hari gak tak de letrik.. cam dok dlm hutan.. padahal dok di rumah sendiri dlm bandar.. bukan dlm hutan.. geram sangat.. and the end.. gi terjah TNB sbb dah marah sangat.. walhal kita beli rumah.. dia nye contract ngan owner lama.. itu dia nye hal.. suka hati dia nak gi hantar surat saman ka apa kan.. janji kita ni ada sedikit keistimewaan.. lepas dah jumpa org atasan.. bawa s&P dan segala document.. akhirnya dapat buka juga acc. baru.. itu pun masih kena bayar rm400 gak utk itu.. ape pun alhamdullillah.. sib baik boleh.. dari tak de kan.. mmg perit gak awal2 beli rumah terpakai ni.. lawyer terlepas pandang bab TNB bil.. kita lak yg kena susah payah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. perit kan pengalaman takder api air nie..kalau semua orng takder takper jugak..tp kalau kita jer y takder mmg haru biru hidupnya..kesian makyong yer..it semua pengalaman yg mmg mengharukan..nasib baik makyong pegi fight the right kan..

      Delete
  8. salam ummu, byk jugak awk buat stok..tak mengapalah bukan rezeki kan..awk dh cuba selamat mana yang mungkin..pengalaman yang sedih tapi baik untuk masa hadapan..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam nadia..
      stok tuh sbnrnya cukup utk dlm 2 minggu lebih..ngan daging korban yg tak habis makan sbb alahan..dah tuh ayam, ikan reasonable lah ..sebab bukan senang nak beli kat kedai cam tuh..bkn semua halal..ikan pun abuaidan selalunya beli kat tpt jauh sikit, ayam selalu pre order & depa sembelih & cuci baru hantar..bila dah kena habiskan dlm ms 2 hari mmg bntu woo 2 orng nak makan..tuh pun masih tak terpkr nak makan secara mewah..sebab sayang..kan...& dah biasa berjimat cermat..

      Delete
  9. mmg sangat menguji kesabaran kita kan..tambahan pula di perantauan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuh..tambah2 bila bekalan bukan mudah untuk didapatkan..

      Delete
  10. Ujian betul kan? Fikir positif, anggap sahaja Allah sedang bergurau senda dgn hamba-hambaNya. Sayangnya semua stock makan tu tu terbuang... Tapi kan... next time jangan la tak simpan banyak. Ada masa, bila berlaku kejadian cyclone tu lagi kot2 bekalan makanan plak yg terputus. Nanti takde stock makanan pulak. Dilema plak rasanya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lyd.. ujian semua tuh.. biasanya bila banjir dan cyclone ..elektrik mudah trtanggu..susah jugak bila takde bekalan..takkan nak makan tin fish & telur memanjang jer kan..
      kadang kita simpan reasonable lah sebab bukan senang nak pegi beli dptkan stok yg halal tuh..so memadailah kan utk sesuatu tempoh..cuma terlambat habiskan sbb alahan makan dulu..

      Delete
  11. Hebat ujian yg Allah turunkan Ummu. Dah usaha dah utk selamatkan segala dari pembaziran. Tapi apakan daya Ummu pun cuma bertiga mana mungkin boleh terhabis.


    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kak zakie..
      dah berusaha nak menyelamatkan dari membazir..namun tak kecundang jgk..ketempat pembuangan jugak ..mmg sedih kan..

      Delete
  12. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... saya suka ayat akhir ummi tu, so true :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp kan nur...ade orng lain yg lai susah bila darurat camni..langsung tak dpat makan aper2..yg kita lak membuang..mana tak sayu kan...

      Delete
  13. Tak apa puan. Balik kepada asas. Nasib baik gas tak guna elektrik. Kalau tak, kena nyala unggun api la jawabnya.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah,semuanya dh berakhirkn nor...& nor & family dapat lalui segala pert jerih tu..k'imi mmg salute ngan u olllsss :)

    ReplyDelete
  15. antara air ngn letrik, sy lebih rela xde letrik. xleh hidup xde air ni. huhu.

    banyaknya stok bahan mentah. kiranya akak kena masak byk2 tu utk elak rosak eh. tp nk but mcm mane kan. dah bkn rezeki akak.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads