Cuti agak panjang bermula Jumaat hinggalah hari ini kerana penduduk yang beragama Kristian meraikan Hari Easter. Kat sini biasalah kalau holiday semuanya tutup..supermarket tutup, kedai2 tutup..janganlah nak bercita2 pergi shopping...
Tutuplah sebab dorang kena pergi Church kan tuk menyambutnya besar2an selama 2 hari..
So dok umah menghabiskan masa dengan family pun tiada tolak bandingannya jugak kan nikmatnya...
Sesambil melayan anak..masak yang best2 sikit..dan layan kebun sikit..jadilah kan...:)
Masak tuh takderlah special sangat pun..hehe..cuma kalau bekfes asyik makan roti hari2 pun bosan jugak..sehari dua bolehlah..lagi 2 hari kena jugak rajinkan diri masak benda lain kan..
Cam semalam bekfesnya buat dosa lagi..hehe
Puas ati kan makan dosa atau thosai buatan sendiri..boleh makan sepuas2nya sampai dua kali makan beberapa bijik dengan kos yang sangatlah minimal berbanding makan kat luar yang mana sebijiknya dah dekat RM10.00 kalau 3 beranak makan kalu..? huhuhu
Pagi nie lak makan ala2 penkek gitu..
Rajinkan aku masak sampai 2 jenis lagi tuh..heheh nak puaskan hati semua orang termasuk diri sendiri..
Penkek yang paling sedap, gebu dan tinggi so far (ade ms aku share resepinya) ..En.AAA suka sangat nie sampai penkek version kelantan aku tak laku..huhuh
My tepung apam kelantan..adunan siap semalam..pagi nie cuma bakar atas non stick pan jer..aku sorang jer menghabiskan nie sebanyak 3 bijik..tak kesahlah janji best kan..:)
Ade sorang lagi yang tak dipuaskan ati masa bekfes so aku kena buat lain yang feberetnya masa tea break pagi nak baginya hepi sket..
Ahhh..wedges yang mom always know best kan selera anak bujang..tapi anak bujang nie hantu sos tomato betullah..sos abes lebih cepat dari wedges..huhuh..
Kenapa mereka sambut Easter kat sini beriya-riya?
Easter disambut oleh penganut agama Kristian sebagai memperingati atau merayakan Nabi Isa telah dibangkitkan kembali selepas 3 hari disalib..seperti dalam New Testament..
Easter disambut oleh penganut agama Kristian sebagai memperingati atau merayakan Nabi Isa telah dibangkitkan kembali selepas 3 hari disalib..seperti dalam New Testament..
Sedangkan hujah2 dalam Quran lebih kukuh tentang kejadian itu seperti didalam surah Annisa' ayat 157 :
"Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin."
Dan juga dalam Sura Al Imran ayat 55,
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan".
Kadang2 sungguh tidak tak paham kenapa mereka lebih cenderung untuk mempercayai sesuatu yang tidak benar mahupun mempunyai asas yang kukuh..Adakah mereka itu orang2 yang buta, bisu serta pekak yang tidak dapat kembali?
umi asal kelantan ke?
ReplyDeletekita x pndai buat tepung apam kelantan tu..
Kat sabah pun cuti juga Ummu tp jumaat tu jak. Sambung sabtu dan ahad.
ReplyDeleteWahhh meriah brekpes ye, mcm2 ada hehe
Allah telah meletakkan hijab mata akal dan fikiran mereka untuk melihat kebenaran..anyway selamat bercuti, kami pun dapat cuti rehat 2 hari duk umah best jgak..
ReplyDeleteSalam UAA..
ReplyDeleteMeriah sungguh brekpes UAA bila bercuti panjang.. masa cuti tulah yg hendak memenuhi kkehendak anak tekakan UAA..
sedapnyer bfast kak, lagi2 yg ada kelapa nyer tuh
ReplyDeletedh diaorg cuti, kite ikut kan je lah ek ye kak...
gebunya penkek dia..nanti jgn lupa kongsi resepi yek..
ReplyDeletethosai tu dapnye..
ReplyDeletepsstt: sejak saya rajin singgah kat sini, secara tak langsung saya pun turut rajin mencuba resepi yang ada dari blog ni (walaupun rajinnya kekadang) tapi tetap rasa bangga sebab saya berjaya membuatnya (lebih2 lagi saya bukan jenis yang suka memasak).. hehehe..
salam UAA, tepong ape tu boh tapai ko ummu? nmpk real jah tuh...
ReplyDeletesalam kak
ReplyDeletesy tggu resepi penkek gebu tu :)
kmarin beria ready nak buat badok, skali dh campur2 segala, alih2 tepung pulut/beras takde stok, redha jela guna tepung gandum, ok la, jadik kodok kelapa, hihii
Dia org tak diberikan hidayah lagi... tanpa hidayah, manusia berjalan tanpa cahaya yang membimbing.
ReplyDelete"Or [they are] like darknesses within an unfathomable sea which is covered by waves, upon which are waves, over which are clouds - darknesses, some of them upon others. When one puts out his hand [therein], he can hardly see it. And he to whom Allah has not granted light - for him there is no light." An-Nur, 41.
akak mmg gebus sungguh pankek mu itu kak..!!
ReplyDeleteorang yang dlm kesesatan kita tau lah depa tu masih ditutup pintu hidayah hingga tidak tau kebenarannya.. yang pelik nya yang beragama islam ni yang susah.. sanggup wish Happy easter lagi tu.. pelik.. bila ditegur dikatakan muhibbah.. wierd kan..
ReplyDeletepankek...tak pernah buat hehehe..nanti share resepi ya...
ReplyDeletetepung apam kelate tu...sedapnya..lama sungguh tak makan...
ReplyDeleteItu dia bertingkek-tingkek UAA buat. Memanglah puas makan kalau macam ini gaya. Kalau beli kira ajelah...
ReplyDeleteHidayah tak sampai UAA. Sebab itu golongan mereka yg mengkaji agama bila mereka menghayati al-Quran pasti mudah baginya menerima agama kita..
wow rajinnya...curah madu kat atas pan kek tu..
ReplyDelete...klu majoritinya islam...dakwah sana sini..ada harapanlah kut..wlu apa pun hidayah milik Allah ..
Walaupun kita kata agama mereka sesat tapi sayangnya kerja missionary mereka lebih berkesan dari pendakwah kita. Mereka rela masuk hutan, hidup susah bersama orang di pedalaman, berpakaian dan makan seadanya untuk tujuan menukar agama orang kawasan pedalaman. Sebab itu ramai pribumi Malaysia Timur beragama Kristian, orang Asli juga begitu, kerana gerak kerja orang-orang sesat ini sangat cepat dan berkesan...
ReplyDeletepenkek yg satu lagi tu penkek moden ke? Nnt share resepi deh. Saya kalo benda2 yg guna pan ni suka la nak buat.
ReplyDeleteEaster tu pasal Nabi Isa juga ke. Gitu kisahnya. Selama ni tak tau pun. Dah tu apa kaitan dengan Easter Egg dan Easter Bunny? Kenapa telur dan rabbit? Pelik2 la derang ni. UAA, boleh la berdakwah kat sana, beritahu mereka fakta sebenarnya. Agaknya mereka pun main ikut2 saje.
Test
DeleteTepung apam klate tu...terliur la pulak..last mkn 3 bln lps masa blik kg..huhu
ReplyDeletehuhuhu kak..sedapnya tgk thosai tue..penkek tu memg wat org terliur btl..
ReplyDeletesemua sedap2 ni hehehe
ReplyDeletethosai ni mcm susah nak buat, tapi sebenarnya tak susah pun, cuma makan masa nak rendam bagai kan..
ReplyDeleteBerdosa ramai2 l pagi tu ye Ummu. Perkara paling membahagiakan=bila kita dapat membahagiakan orang2 yg kita sayang.
ReplyDelete