Thursday, 24 April 2014

Parti Kanak-Kanak Riang

Masa Nenek siNahish (yang dulu aku panggilnya Neha, dia tak mau cakap ngan aku, muka masam jer, konpius kejap aku..rupanya salah nama..heheh sori yer Nahish) hantar Aidan dalam pagar lepas sekolah..katanya "bring some snacks for tomorrow, they'll have party.."

Dan aku belek buku homeworknya pun ade gak mesej..


Party akhir penggal pertama yang mana cuti sekolah akan bermula esok tuk budak2 tadika..selama dua minggu lah.

Mulalah aku berkira-kira berpikir2 nak buat apa yer bagi dia bawak esok? Kek? Cookies? Keropok udang goreng? Donut? karipap?..tah haper2 idea..

Eksaited lah jugakkan sebagai ibu, kalau dulu eksaited sebagai kanak2 riang nak berparti...hehe..seriously memang seronok kalau dapat buat sesuatu tuk anak2 kita dan bagi rakan2nya makan kan..:)

So aku call En.AAA cakap ngan dier, tanya idea dier..dia kata not sure..srh aku pikirkan dulu dan call later tuk order barang2 tuk  buat 'something' tuh..

Akhirnya aku tetap jugak ngan idea nak buat cupcakes plain..so from Maghrib to Isyak semalam berbakinglah aku kununnya...hehe

Inilah hasil yang masih tak seberapa..

Tapi aku hepi jer sebab apa aku terjumpa liners dalam simpanan lama yang dah bertahun aku tak usik..Actually aku ingat nak bake biasa jer cam muffin tp En.AAA bagi idea guna liners yg aku guna tuk Almonds London dulo2 hampeh keciknya tuk letak kek..ms tuhlah aku teringat yg aku ade liners yg slightly bigger than that. Alhamdulillah carik punya carik, masih ade dan menepati requirements..psst yang hias ngan hundred thousand (ker namanya) tuh pun En.AAA bg idea jgk..heheh

Belum siap membaking semuanya, asyik jer yg nak makan tuh tak putus2 mintak..so inilah yang tinggal tuk dibawak kesekolah.. 

Tak cukup ngan cupcakes tak bertopping aku kirimkan camera aku kat En.AAA sruh bagi cikgu amek gambar kanak2 riang berparti..yer lah mana aku dapat tengok kan apa yg mereka buat disekolah..setidak2nya gambar2 tuh boleh dijadikan kenangan buat Aidan suatu hari nanti..inshaallah..

Gambar kelas bersama his teachers..Nahish yg comel tuh takder dalam gambar sebab sakit..

Nie gambar zoom dekat sikit..tergezut aku tengok anak bujang pegang tangan fijian gal bermata biru sebelah dia tuh..tak menahan..barulah aku sedar yang dorang nie kan budak2 biasalah..:). tengok gambar tadika nie teringat lak kesah Lydsunshine yang satu tadika ngan asbennya dulu..dan akhirnya dah besau2 bertemu jodoh..heheh

Kanak2 riang makan aiskrim kat luar kelas...seronok nampaknya mereka..

Gambar bersama2 ngan semua budak2 tadika..aku nak sangat simpan gambar gini supaya one day dia boleh tengok balik.. tak tahulah nanti ade sessi bergambar yang kindergarten buat kan.ceria muka anak2 yg innocent nie kan...:)

Acara makan2...korang tengok siAidan nie kenapa makan sorang2 atas meja tuh..aku pun pelik bila tengok gambar nie...tanyalah dia..katanya sebab dia takder plate, so makan atas tissue jerlah takder pinggan extra...Ohhh rupanya aku lupa bagi pinggan lurus bendulnyer mak dan bapaknya, cikgu tak tulis maka tak dibekalkannya..dia kata tak kesah pun, still very hepi..last2 byk yg dia tapau buat balik makan umah...hmmm

21 comments:

  1. salam UAA, suka tgk gamba depa dok mkn aiskrim ramai2 atas padang tu...so cute n innocent!!

    ReplyDelete
  2. hahaha..ape la mak ni..nasib ada tisu tau..
    sonoknya dorang kak..cup cakes tu lebih dari biasa dah zee tengok..
    kalo zee memang beli dah siap jer la gamaknya..

    ReplyDelete
  3. Zaman akak dah berakhir... tunggu cucu la pula..

    ReplyDelete
  4. kita buat kek x pernh cntik..
    merekah sgt.

    ReplyDelete
  5. salam kak

    comelnya aidan dan kawan. siap pegang tangan je, masa kecik xpe yer aidan, hihi..

    p/s utk petak bunga: kek merekah sbb suhu oven tinggi dari sepatutnya. cuba rendahkan suhu. lain oven lain suhunya. kadang ada letak 200, tapi oven kita cuma perlukan 170 saja. lepas tu main2 ngan api atas dan api bawah, inshaAllah tak merekah dah kek :)

    ReplyDelete
  6. Sweet je pegang tangan tu...teringat dulu2 masa mandi kat sungai laki & pompuan tak kesah...

    ReplyDelete
  7. lbih kurang kat sini jugalah..mesti ada bawa kuih muih bagai..

    muffin comel tu mesti anak2 suka..berwarna warni...

    ReplyDelete
  8. hahaha adengan aidan pegang2 tangan kita pun ada kenangan yg macam tu, duduk berhadapan dlm kelas, masa tengah borak2 boleh pegang2 tangan cam org bercinta...

    ReplyDelete
  9. Dia pegang tangan lelaki yg sebelah satu lagi tu jgk. Ramai yg pegang tangan dlm gmbr tu. Heheh.. Tetiba dah besar nnt Aidan bertemu jodoh dgn kawan tadika dia ke. Hehehe. Cuma, frust skit takde Nahish. Siap badmood budak tu kena panggil Neha.

    Seronok sangat tgk anak2 ni. Semuanya suci lagi daripada dosa. Saya boleh faham betapa excitednya nak bekalkan snack utk anak makan dgn kawan2 kat skool. Saya dah mula exicted wp anak saye lambat lagi nak skolah.

    ReplyDelete
  10. seronoknya Aidan...gambar2 tu buat kenangan bila dia dewasa nanti, anak2 kita nie cepat ajer membesar..

    ReplyDelete
  11. comel muffin tu..alo lo kesian aidan makan sorg2..xda plate ekk.

    ReplyDelete
  12. Moga semua gambar2 tersebut disimpan dengan baik untuk tatapan dak Aidan bila dia besar nanti.. ;)
    Moment yang indah untuk dikenang.. ;)

    ReplyDelete
  13. sukalah anak2 ada aktiviti luar kan

    ReplyDelete
  14. Bila ada jamuan utk cuti sekolah memang ibu yg jadi sasarannya.. akak pun buat cup cake Dan kek coklat moist letak toping tu.. siap cikgu dia oder lagi hahaha malu akak..
    bagus UAA siap kirim kamera lagi.. jadi dpt dirakam anak2 berparti Di sekolahkan.. ;)

    ReplyDelete
  15. rajin ummu aidan buat muffin saya tak pernah masakpun bila class Najla dan Aimi ada party beli jajan jer

    ReplyDelete
  16. Happy je anak2 almaklumlah nak berparty...

    ReplyDelete
  17. Kakak kalau tengok gambar macam ini memang senyum memanjanglah UAA. Kakak suka tengok. Seronok. Hold-hands tu kalau UAA perhati memang all of them hold-hands semuanya itu yg nampak closed sangat.. suka kan. Nampak Aidan pun pandai berkawan:)

    ReplyDelete
  18. bestnyer... perasan aidan rambut tak kerenting, aidan juga agak putih dr anak2 kt sana...

    siap pandai pegang tgn lg ek, lawo betul mata bdk pempuan yg aidan pegang tgn tuh...

    sian aidan kak mkn kt tisue je, lenkali akak jgn lupe tau... bekalkn aidan pinggan kertas..

    ReplyDelete
  19. 15 tahun lagi kalau UAA tunjuk foto2 ni kat anak, tentu dia sangat suka.
    Rupanya dah nak cuti sekolah di Fiji, di sini cuti lambat lagi...

    ReplyDelete
  20. Jenuh mencari mana satu Aidan..eh, semua murid pegang tangan la....

    ReplyDelete
  21. hehehe.. adik pun kalau bab buat jamuan & makan2 ni dier happy gierl, sipa nak sponsor segala dier !. xpelah asal anak2 gembirakan UA

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads