Tuesday, 15 April 2014

Jantan Betinanya Sibetik

Aku pernah terbaca dalam blog Kak Puteri Purnama tentang jantan & betina pokok betik yang dapat dikesan sewaktu mereka baby lagi iaitu daripada akarnya..boleh baca sinilah tuk tambah ilmu..

Tapi satu masalah ngan tanam betik nie adalah nak untuk dapatkan anak pokok yang kuat dan cepat berbuah. Dalam enrti dulu, Kak Zakie bagi petua bapaknya tanam betik adalah dengan tabur benih dalam lubang dan tidak alih2 dah  lepas tuh..inshaallah pokok akan menjadi lebih subur dan kuat dari yang dialihkan dan ditanam ditempat lain..

Aku dah cuba dua2 cara dan terbukti betul seperti yang petua Kak Zakie tuh. Cuma...

Cuma (sorry yer kakzakie) bila aku cuba kaitkan dengan ilmu untuk mengetahui jantan dan betina pokok betik daripada blog Kak Puteri Purnama, dimana kita perlu cabut dan tengok akarnya tuk mengetahui jantan betinanya itu..kalau cabut tengok, tanam balik biasanya pokok tuh tak sekuat yang tumbuh tak beralih2 dah..

Satu permasalahan, kenapa perlu discriminate in between jantan dan betina?

Kerana pokok yang jantan akan menghasilkan bunga jantan..manakala pokok betina menghasilkan bunga betina (dan mungkin jantan juga) bila mereka berbunga (harap betulkan jika aku salah yer)

Macam yang aku discovered pada betik yang aku tanam secara tanam biji direct pada lubang tanpa alih..dimana banyak benih ditabur dan banyak jugak anak2 akan tumbuh..cuma pilih satu yang dirasakan paling bestlah..

Cam yang nie dipilih oleh En.AAA lepas pokok tumbuh dan menjadi besar hanya 1 sahaja berpeluang meneruskan penghidupan yang lain kena berkorban..fair tak?

So bila pokok nie dah berbunga dalam 3 bulan usianya, barulah kami dapat tengok bunganya dan mengetahui apakah boleh berhasil ker tak pokok yang ditanam..

Seperti orang yang mengharapkan sangat anak perempuan namun akhirnya dapat anak lelaki jugak..apakan daya tak dapat mengatasi takdir kan..satu pokok semuanya bunga jantan sahaja..sib baiklah cepat jugak berbunga..kalau dah setahun  lebih baru berbunga dan jantan lak tuh? huhuhu..haru ke biru..

Bunga jantan beginilah..tidak membentuk kelopak seperti bunga betina..kalau tiada kelopak tiada sistem pembiakan bagaimanakah ia akan membiak berbuah kan..

 Beginalah kalau betinanya..indah putih berseri  bunga berkelopak..menjadi tarikan tuk pendebungaan..

 Pokok yang mempunyai bunga betina*

So apa nak buat bila pokok betik berbunga jantan? Kalau kami amek golok cantas sahaja batangnya rapat2..tapi awas pokok betik boleh tumbuh dari batang yg dicantas selagi tak dicabut akarnya...so cabut jerlah senang cerita kan..:)


*sori tidak dapat nak dipastikan samada pokok nie cuma berbunga betina sahaja atau kedua2nya. Jika pokok berbunga betina sahaja, ia memerlukan pokok kedua untuk persenyawaan (pollination). Ade pokok yang mempunyai kedua2 bunga jantan dan betina, jadi tidak memerlukan pokok yang kedua tuk pollination. Ade jugak yg berbunga bisexual dimana ade bahagian jantan dan betina pada bunga yang sama dipanggil perfect flower..semuanya bergantung kepada variety betik tuh dan jugak paling pentingnya kuasa Allah yang Maha Berkuasa menciptakan segala sesuatu mengikut kehendakNya.. 

14 comments:

  1. maaf nak mencelah.. bunga pokok betik jantan tu sedap dibuat kerabu mentah..

    ReplyDelete
  2. tgk bunga betik yg subur tu,sedapnya jika dibuat kerabu...:)

    ReplyDelete
  3. kalu bunga jantan mak suke n celur bt ulam ngn pucuk muda... pahit sgt2 tp banyak khasiat nyer...

    tp penah sekali terjadi kak, pokok tuh berbunga jantan je blh lak kami jumpa dia berbuah... ajaib betul ... takdir Allah kan semuanya boleh

    ReplyDelete
  4. kadang pokok jantan boleh mengeluarkan buah di antara bunga-bunga itu, tetapi buahnya tak sebesar dari pokok betina sejati (hehehe ayat).

    ReplyDelete
  5. Jangan di cantas ummu bunga betik buat kerabu sedap, celur jadikan ulam pon sedap. Masih ada gunanya.

    ReplyDelete
  6. Bunga betik tu boleh tumis kering campur udang kering dan cili api ummu....sedap walaupun rasa dia pahit sedikit... :)

    ReplyDelete
  7. Bunga betik jantan sedap dibuat ulam, sayang kalau dibuang. Lagipun kata orang ia baik untuk darah tinggi...

    ReplyDelete
  8. tak boleh beza lagi bunga jantan @ betina...hehe... sllu sy dok tgk mak sy dia campakkan je biji2 betik tu & insyaAllah tumbuh...
    suka makan sayur bunga betik walaupun pahit..:)

    ReplyDelete
  9. salam..betul kata JunAina tu, jgn buang pokok jantan tu...selain bunganya boleh dibuat kerabu, boleh juga rebuskan daun muda2 tu dibuat ulam...org kata dia membanyakkan susu badan...bunga jantan tu juga boleh buat ubat gastrik..rebus sekumtum bunga bersama seketul ibu garam dan minum air dia..(tapi saya tak buat pun..heheee...)

    ReplyDelete
  10. hehehe bab jantan betina pokok2 ni en hubby KA mmg pakar tu !

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum ummu...oh mcm tu cara nak bezakan yg jantan n yg betinanya yer...info yg bagus ni...:)

    ReplyDelete
  12. tak pernah try makan bunga betik tu buat ulam.. apa rasa dia ek..?

    ReplyDelete
  13. sy tak tahu kala bab betik ni...mcm tahu2 je skang sy tgh berniat nak semai biji benih nya..dah semai pada pasu kecik..nmpk nya kne korek semula..tanam direct pada tanah...huhu

    ReplyDelete
  14. kalau berbunga jantan pokok tu tak berbuah ke UAA.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads