Sunday, 6 April 2014

Pemprosesan Roselle

Sambungan cerita Roselle yang aku tuai ari tu. Inilah secara ringkas 'kilang' dapurku itu memproses buah roselle yang masak tuk dijadikan produk yang boleh dimakan...

Buah roselle dikupas buang bijinya dan dibersihkan.

Masuk dalam periuk bersama2 ngan air yang secukupnya..gula yang banyak jugaklah sebab nak buat cam sirap kan..

Dimasak pelan2 diatas dapur menggunakan api kecik..dalam sejam ade jugaklah sehingga jadi betul2 lembut dan hancus..abaikan periuk yg kureng hensem tuh yer

Beginilah rupa yang telah siap dimasak..lembut dan hancus dah takyah blend dah lagi..  

Diasingkan menggunakan penapis, jus dan bahagian isi..

Isi yang menjadi jem..masam manis..oklah ala2 'berri2' gitu..

Dapat sebotol jus (siap tuk digunakan cuma tambah air sejuk jer ikut kemanisan) serta setengah botol jem.

Ruap2nya jus roselle nie kalau minum biasa gitu dalam keadaan  tidak sejuk memang kureng sikit rasa dier...nak kena minum sejuk2 baru ader umpphh....best..hari2 aku minum jus nie..sorang2 jerlah sebab aidan tak suka katanya macam rasa asm masin..En.AAA lak berpantang tak mo minum sejuk sekarang nie..

17 comments:

  1. Utk next roselle knor tmph dilu ye..nk rasa roselle fiji Islands..

    ReplyDelete
  2. boleh wat promosi roselle - Jus in the month

    ReplyDelete
  3. kalau buat agar2/jeli perisa roselle pun sedap,kan..

    ReplyDelete
  4. Sedap kak.. Sejuk2.. X buat halwa ke kak ?

    ReplyDelete
  5. salam UAA, buat halwa roselle pun sedap ummu...

    ReplyDelete
  6. Tak nak jual ke....produk segar dari ladang tentu ramai yg suka....

    ReplyDelete
  7. Oh.. tak pernah pulak cuba yang dalam bentuk jem tu..
    Eeemm.. ok.. nanti nak try lah.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. subhanallah first time nengok camna roselle ni diproses. sebelum ni tau minum ja airnya :D

    ReplyDelete
  9. Boleh Cuba buat jem lepas ni.. akak buat jus jer Selalu UAA ;)

    ReplyDelete
  10. huh, rasa asam masin? fresh ni kat kuala lumput pun lom tentu boleh dapat tara ni.

    ReplyDelete
  11. wah bestnyer dapat proses buat sendiri mcm ni !

    ReplyDelete
  12. oooo ummu rebus sampai hancur mcm tu...nnt nk try yg gini..biasa sy rebus untuk turun color dan rasa je

    ReplyDelete
  13. best...best....best...sy suka ni, dulu mak rajin wat bila ada pokok roselle kt umah..nak benih pokok roselle ni lah kak..nak tanam semula kat umah

    ReplyDelete
  14. wah.. siap proses dah..senang kan, nak minum tinggal tuang & tambah air...mcm nyaman sgt klu dpt minum jus roselle ni Ummu:)

    ReplyDelete
  15. Hehe...dab siap jadi syrup dah rupanya....

    ReplyDelete
  16. Ayut mg xpnh rasa lg air dr jus roselle ni...kna tanam bru merasa kot.hihihi

    ReplyDelete
  17. roselle ni hakikat sebenarnya masam ke rasa dia. cheywah ayat aku tak menahan, hakikat2 plak.

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads