Dalam bercucuk tanam dirumah tidak semuanya memberikan hasil seperti yang diharapkan..ade jugak sad stories ..bergantung kepada nasiblah, namun kengkadang bukan nasib tapi salah strategy ataupun teknik yang menyebabkan projek tanaman terus jadi failure.
Tanam sayur tak kesah sangat sebab tempohnya bukanlah lama sangat pun tuk invest masa dan ruang..namun bila menanam pokok buah-buahan yang mengambil ruang yang lebih serta tempoh yang lama menunggu, terasa jugak kan bila result tidak seperti yang dijangka..
Rasa-rasanya dalam semua pokok yang ade sekarang nie cuma pokok nona serikaya dan pokok limau kasturi jer yang memberikan buah setiap tahun..yang lain tuh beginilah ceritanya...
Setelah Abuaidan tebang gugusan pokok pisang berangan (kalau tak silap nama) ditepi rumah yang berbuah tiap-tiap tahun dulu dan gantikan ngan pisang serendah nie, dah setahun lebih, namum masih belum nampak tanda-tanda nak berbuah..biasanya cepat kan pisang kecik gini berbuah.
Pokok betik. Kemain projek menanam betik depan rumah setahun lebih yang lepas jugak..sampai sekarang pun belum jugak berbunga..keding lak tuh..separuhnya dah jadi mangsa tebasan tukang kebun kecik..yang nie sib baik dah tinggi sikit tak leh capai daunnya..huhuhu
Yang belakang umah tumbuh sendiri..nie baru usia tak sampai setengah tahun pun dah nampak berbunga. Sebab tumbuh sendiri takleh nak claim yang kami tanamlah kan. Rasanya location pun satu, berbanding ngan laman depan, laman belakang dapat lebih full sun sebab tuh lagi subur.
Limau mandarin kemain tinggi lagi pokoknya. Sepanjang usianya yang dah matang nie baru 2 kali berbuah, tuh pun tempias UA peknenkan depa dorang nie..masa UA belum dtg sini tak pernah berbuah, first time berbuah 2 atau 3 biji masa ngandungkan Aidan, kemudian senyap tuk 3 tahunnya hinggalah last year masak peknenkan Arissa, dia pun turut berbuahlah jugak dengan agak banyak..tapi rosak kerana dilanda taufan..hmmm. Sekarang nie patutnya dah mula berbuah namun tak nampak sebarang putik pun lagi...nak tunggu sapa peknen lah plak nie..huhuhu
Mangga nie usianya dah 3 tahun lebih dah nie..kalau tahun depan belum berbuah alamaknya kempunanlah nak rasa mangga yang ditanam sendiri..farewell sahajalah my dear mangga..heheh
Pernah cakap ngan mak kalau ade benih duku atau ciku tuh bila ade peluang, pos lah sekali..mak lak cakap, hmm susah tanam pokok nie.. yang duku dia tanam dekat 20 tahun pun masih belum berbuah lagi..huhuh
Korang pernah gagal tak tanam pokok buah-buahan atau semuanya berjaya membuahkan hasil..?
akak pun sama ... tanam buah belum ada lagi menjadi... anak pokok hiduple... nak rasa hasil sama kes la dengan UA
ReplyDeleteUmmu petua bapak kakak kata kalau tanam betik tak boleh alih pokoknya. Kalau nak tanam kat situ biarkan terus. So strategik dia sediakan bekas tanah yg dibuat pembakaran sampah contohnya tabur benih 3-4 biji. Bila dah tumbuh buang yg lain tinggalkan satu pokok aje. Yg kena buang ni tak boleh alih tanam kalau hidup pun kata susah/lambat berbuah. Sebab itu kadang yg tumbuh sendiri akan lebih mudah berbuah.. tak tahulah betul ke tak...
ReplyDeletememang semai benih terus dalam lubang tuh kakak..tp rsnya jgksbb aidan dok cabut daun ms depa tgh belajr berbunga dl tuh yg merajuk jgk tuh..
DeleteLawak la limau mandarin tu....nk tunggu UA peknen balik baru dia berbuah kut. Tu je virus si limau ni senang jangkit kut. :)
ReplyDeletetula sy baca pun tersenyum..limau mandarin musim mengandung...hiihihi
Deletekang kena suruh abuaidan ngandung lak lepas nie..hihihi
Deleteyg akak ni pulak,semai cili padi yg amik benihnya kt kelantan masa blk raya dulu...tumbuh tu mmg tumbuh..tp dok sebesar tu ja...tak naik,tak jugak mati...
ReplyDeletezee sumer pon gagal ummu..jangan kata pokok buah, amik pokok cili yang dah idup pon bleh mati kalo zee jaga..ahahahaaa
ReplyDeleteTak ada rezeki tu ummu... Pisang renek tu biasanya cepat berbuahnya. Mungkin faktor tanah tu mempengaruhi pokok2 tu kot. Kalau husband akak dia letak baja buah je nak galakkan pokok berbuah.
ReplyDeleteSelalunya dh tggi gitu...payah nak keluarkan hasilnya..maklum mcm kita juga dh tua2..monopous...
ReplyDeleteKesian pokok betik tu..macam model pulak ya..berbaris tinggi lampai ha ha.. yang adik betik tu segar bugar kt belakang umah.. che mid tanam pokok ara..sekarang dah besar dan sangat rimbun..orang lalu lalang kata, " kalau tanam pokok rambutan, dah puas makan.." hmmm..
ReplyDeleteKA jrg menanam, selalu benda tanam2 ni keje en hubby, & mungkin juga org tua2 kata tangan dier sejuk, jad apa yang ditanm mmg menjadi dan berbuah lebat ! hehehe
ReplyDeletesetakat ni untuk tanaman buah sy pernah berjaya tanam pelam epal...masa budak2 dulu tanam kt umah mak...dah siap merasa buah nya...tapi ni tanam kat umah sendiri mcm tak menggalakkan pulak pembesaran dia..
ReplyDeleteida tak pernah tanam pokok buah-buahan...so takdela apa2 nak kongsi...hehe
ReplyDeleteTanam pkok buah ni ikut nasib jugalah Ummu.....kat rumah dikg kami ada pokok mangga ni, punyalah subur
ReplyDeletetumbuh merendang tp x da buah pun...huhu
Tak tau pulak pokok betik tak leh alih tanam kat lain ... Memang perasan pokok betik kat belakang rumah yg tumbuh sendiri tu dah ada tanda2 nak berbunga, tapi adik-beradik yg dialih tanam kat lain slow sikit tumbesar mereka. Dah taruk baja ... Tengoklah camana.
ReplyDeleteSalam UA, nmpknyer kalau nk mkn limau mandarin...cpt lah arissa dpt adik...hehehe
ReplyDeletesalam ummu...betul tu ummu..kadang2 tu kita tanam pokok subur bukan main..tapi buah takde..kak siti tengah menunggu pokok buah durian belanda kak siti mengeluarkan buah..dh lama dh tanam..tapi sampai ari ni jangan kan buah,,bunga puntakde lagi..mandul kot..hehe
ReplyDeleteSha dulu pun tanam pokok rambutan.. dah lama tp tak berbuah2 pun.. tp akhirnya dalam 3 tahun lepas dia berbuah... banyak+manis.. berbaloi tggu kak..
ReplyDeletePokok mangga tu comel je Ummu...erm! sy klu tanam pun jarang yg jadik..hihi
ReplyDeletetapi klu hubby yg tanam mmg subur2.. elok je tumbuhnya.. bila berbuah lebat je..skrg cili, kunyit, serai tak beli dah..ada belakang rmh..hasil tanaman hubby...hehe...
Terkencat budaya tempatan kut...
ReplyDeleteKasi orientasi benih tu dulu la baru ditanam... hahaha
Assalamualaikum Ummu,
ReplyDeleteKut terhajat nak mkn limau mandarin dr tanaman sendiri.. sendri sambung ayat la ya..
Hihihi..betul la...pokok betik tu keding!
ReplyDeleteMak mertua saya tanam betik dalam pasu besar aja...siap berbuah! jeles betul saya :)
pernah jugak UA...tanam tak menjadi. cuma saya ingat tahun lepas lah... ada pokok avokado belakang rumah, dah lama jugak tak berbuah. dok cakap2 dengan kawan, kata nak tebang lah. eh tiba2 terus berbunga...ni sekarang tengah berbuah lagi dengan lebatnya... takot kena tebang gamaknya... psiko!
ReplyDeletebetul tuh..pokok buah2an nie kengkadang suka jd psiko..heheh
DeleteI rasa nak tanam durian jer :p:p
ReplyDeleteMungkin tanah situ bukan untuk buah, pandai2 jer teori, sayur pun tak kenal huhuhu. Pokok limau tu tunggu UA peknen lagi sekali la tu kot, dia nak ada gang hehe.
Di belakang rumah saya ada 3 batang pokok betik yg tumbuh sendiri, agaknya bijinya secara tak sengaja tercambah di situ..Dua daripadanya sekarang sedang berbuah, mungkin 1-2 minggu lagi ada yg masak...
ReplyDeletesalam kenalan,,,seronok banyak pengalaman berkebun,,saya masih baru menceburkan diri,,yg selalu tak jadi tanam daun kesum..saya follow yer,,kalau sudi kita exchange link..
ReplyDeletesalam kenal..thanks kerana sudi follow..
DeleteOKje memang memanjang gagal UA.... gagal tanam apa jenis pokok pun hehe....
ReplyDeleteTerlampau rajin tu gamaknya....Pokok stevia yg beli mulanya subur pun jadi layu dah sekarang ni UA....
UA balik Malaysia tahun depan ke?
ReplyDeleteinshaallah okje jika diizinkanNya..:)
DeleteSalam Ummuaidan,
ReplyDeleteMak Aji rasa faktor tanah yang menyebabkan betik tu keding. Pisang tu pulak nampak subur tapi tak nak berbuah eh! Ingat pokok mangga Mak Aji yang dicantas2 terus berbunga tu? Pagi ni pergi cek buahnya, habis licin, satu pun dah takde!! Sayang betul, dah keluar buahnya tapi mungkin sebab musim hujan sekarang, buah tak nak melekat. Takde rezekilah tu!!
Teringin nak tanam pokok buah2an tapi bila memikirkan kawasan rumah tak besar mana, maka tak jadi apa2, jiran sebelah rumah tanam pokok mangga dah nak masuk 5 tahun belum nampak sebarang hasil..
ReplyDeleteGuna abu tandan sawit kosong untuk neutral ph tanah.
ReplyDelete