Saturday, 19 October 2013

Kecik-kecik Lagi Sibendi Nie Dah Berbuah

Bila beberapa hari tidak turun kegarden for inspection biasanya akan ade sesuatu yang surprise kan tukang kebun..salah satunya bendi nie.


Baru terperasan yang ade beberapa pokok yang ditanam sewaktu dengannya telah mula berbuah..terkejut jugak sebab  belum pun sampai 2 bulan usia..namun Alhamdulillah.


Banyak jugak buah dalam satu pokok..buahnya adalah sebesar jari manis..bila berbunganya pun tidak kuperasan..huhuh

 Pokok lain yang sewaktu dengannya jugak mula berbuah..kelihatan masih kecil lagi tuh..ketinggiannya kalau diukur masih lagi dibawah paras lutut nie..

Pokok-pokok bendi yang ditanam..inshaallah lepas nie dah takyah beli kat pasar dah bila nak makanbendi..:)

22 comments:

  1. time muda2 gini, wat masak ase pedas kelate style sedap ni..

    ReplyDelete
  2. Kat sini pun mcm tu juga.. pokok halus dah berbuah..akak semak bendi emas .. bendiny halus juga.. nak tanam beratur byk mcm UA tak dapatle... kawasan ciput je

    ReplyDelete
  3. seronok bila tengok apa yg ditanam mngeluarkan hasil..berbaloi2...

    ReplyDelete
  4. Kalau kakak dah tak sabar nak memetik aje ummu tengok banyak macam tu. Masuk dlm asam pedas atau gulai kari ikan sedapnyaaaa...

    Celur dan ulam dgn sambal belacan pun sedap ummu:)

    ReplyDelete
  5. rezeki rezeki...sedap tu muda-muda wat ulam...:D

    ReplyDelete
  6. Mesti best kan kak bila tgk bendi nih.. Rasa berbaloiii tanam.. Untung lepas nih tak payah ssh2 nak ke pasar da beli bendi.. hehehehe

    ReplyDelete
  7. salam UA, menjadi sungguh bendi ummu tuh...masak singge sedap ni...

    ReplyDelete
  8. Kalau asben nani dia wat ulam, rebus je cicah dgn sambal belacan.. hihihi..
    planning nak masak nasi lemak sambal ikanbilis petai, tapi blom start masak sbb breakfast nasi goreng masih banyak lg..
    kalau tak jadi dinner hari ni, esok ler pula nampak gayanya.. ummu masak apa lunch?

    ReplyDelete
  9. salam ummu...kacang bendi memang macam tu ummu..kadang2 sampai naik muak pulak kita memakannya...apa2 pun alhamdulilah rezeki

    ReplyDelete
  10. The soil where you've planted the bendi looks so fertile and beautiful! It's so different from mine, hard and full of small stones. That's the challenge, anyway...

    Sekarang ummuaidan kenalah periksa semua pokok bendi yang sudah mula berbuah setiap hari. Kalau sesekali tengok, alamat berjumpa dengan puluhan benih pada pokok, bukannya buah muda yang segar!

    ReplyDelete
  11. tak lama dh nnt dptlah mkn hasilnya plak....blogwalking,jom follow dan bertukar2 link
    http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. tak sedar bendi dah tumbuh ye Ummu...
    sedap ni..boleh tambah bendi bila masak kari nti...hehe:)

    ReplyDelete
  13. Di Utara Semenanjung Malaysia, bendi juga dipanggil kacang lendir. Kata org tua2 buah bendi terutama bahagian lendirnya sangat baik utk lelaki yg dah berkahwin, ada rahsia utk dpt anak ramai di dalamnya....

    ReplyDelete
  14. Subur betul tanahnya. Comel jer kan kecik2 dah berbuah. Kami ni jarang2 sekali makan bendi sebab mahal. Kat Bosnia selalu depa guna yg kecik baru keluar tu, papa JJ cakap tak pernah dia nampak bendi besar sebelum ni hihihi. Dorang panggil Bamia, lebih kurang macam kelantan kan panggil kacang mior.

    ReplyDelete
  15. Bendi muda celur cicah budu memang marvelous!!!

    ReplyDelete
  16. Nak tanya...ummu guna baja apa?
    Pokok bendi aku hidup tp terus bantut...

    ReplyDelete
  17. Suburnya pokok bendi, x sia2berbudi dgn tanah... Salam kenal... Awk tgl kat fiji yer

    ReplyDelete
  18. Subur tu... cukup khasiat sebab tu dah berbuah.. seronok kan!

    ReplyDelete
  19. masak kari sedap.ulam ranggup....geram tgok..

    ReplyDelete
  20. sayur air bendi pun sedak kak. huuu.

    ReplyDelete
  21. Tulah kecik kecik cili padi...jangan underestimate ai...... kata cik bendi tu hehe...
    asam pedas buh bendi sedapkan UA...

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads