Thursday, 17 October 2013

Cerita Raya Korban

Semalam alhamdulillah barulah kami merayakan Hari Raya Aidhuladha..dengan solat raya dan ibadah korban lah..kunjung mengunjungi dihari raya ini tidak menjadi amalan disini..so jgn wat muka tak malu gie umah orang

Malam raya kami kurang ceria sedikit kerana sibujang kecik diserang muntah..tah apa penyebabnya..dari malam hinggalah pagi berulang muntah hingga habes semua isi perut dan lembik jadinya, satu makanan mahupun air takleh masuk dalam perut, keluar balik..risau kami dibuatnya. Selepas solat raya barulah siayah bawak anaknya keklinik..kena 1 suntikan, alhamdulillah bertambah baik, cuma tak selera makan jerlah.

Paginya untuk mengambil mood raya..sempat lagi masak nasi dagang,


Kerana takder beras nasik dagang, buat versi nasi dagang Terengganu - beras pulut campur beras biasa..sedap macam nasi dagang biasa jugak. Ini pun kira balas dendamlah sebab raya puasa yang lepas takleh makan kerana belum lepas pantang.

Lepas setel Aidan, hampir tengahari barulah Abuaidan pergi ketempat korban yang jauhnya 30min memandu. Lama tul tunggu dia balik, kul 3.30ptg baru sampai umah dengan daging. Inilah semua daging kambing yang telah dipotong namun belum diagihkan lagi,


Kerja2 pembahagian daging Abuaidanlah yang membuatnya..hujan lebat pulak tu masa tuh..alhamdulillah selamat dibahagikan kepada penerima2 yang sepatutnya.

Selain dari daging kambing tu, dia pun ada gak buat balik daging lembu korban dalam guni yang orang bagi..senyum sampai telinga bini dier melihatkannya..alhamdulillah rezki sungguh! Murah hati betul pemberinya, siap dengan segala bahagian daging, tulang, organ serta rusuk pun ade...banyak plak tu.

Dalam hujan2 lebat tuh pun, rezki mencurah datang lagi..daripada rakan taulan yg dekat..


Sebahagian daging lembu yang dierima..rasanya lebih 10 kilo. Kemudian kerja2 memotong dibuat bergilir2, maklumlah kena jaga mem kecik pun jugak at the same time. Bila dah siap2 potong dan bahagi dalam bentuk parcel nanti senang sikit nak simpan dan amek dalam freezer nanti.

Lepas isyak, baru hampir siap setel..anak2 pun nak kena tidurkan..badan pun dah mula bau daging..yang pentingnya perut pun dah mula lapar, siap tidurkan mem kecik, maka berdinnerlah ala western gitu, 


Nie yang tengah perap..rusuk kambing grill tuh haa. Gambar yang dah siap tak sempat amek sebab terlalu letih dan lapar.

Bila dah hampir siap tuh, tiba2 ade orang panggil dari luar..ooo ade kawan datang hantar daging lagi..alhamdulillah. Yang bestnya siap ade ekor lembu lagi tuh yang diberi, seluruh bahagian ekor..hiii leh buat sup ekor nanti..

Pastuh Abuaidanlah yang meneruskan kerja2 buat mince meat dalam 4kg jugak..dah hampir nak siap tuh,tiba2 blackout lak..huhuhu..tergendala kerja..akhirnya cuci dan simpan semua daging..mandi, solat isyak dan tidur. Perrggghh penat gilerr...sib baik Arissa tak bangun kerap tuk susu..


Penuh bahagian freezer ngan daging, (cuma 10% jer benda2 lain)..sib baik muat2 jer..dah takleh sumbat haper dah nie, (kalau isi dalam kontainer lagilah tak muat)..alhamdulillah lengkap ngan segala macam daging, tulang, ekor, organ, rusuk bagai. Jadi kami berkira-kira lepas nie every week boleh wat western style dinner, nak masak steak ker, grill ker, BBQ ker alhamdulillah stok ade..

Cuma risau jugak takut terjadi seperti tahun2 yang lepas bila berlakunya bencana alam seperti banjir atau taufan..macam manalah nasib daging nie. ..kenalah carik jalan tuk menghabiskannya dalam masa singkat...

27 comments:

  1. Uish byknya dgg. Nak masak apa la tu. Masak sedap sedap nanti hntr gombak sikit tau

    ReplyDelete
  2. Wah banyaknya daging.........rezeki raya haji, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. hamboii.. sakan nya berdaging... En Din kata minggu ni dia nak let go daging yang kami dapat tu untuk yang lebih memerlukan... teringat tahun lepas buat gulai daging korban.. masyallah terasa kesedapan dan kemanisan daging tu.. manis ikhlas orang yang mengagihkan dan memberi... buatla serunding daging..

    ReplyDelete
  4. penuh freezer tu haa..banyak sungguh..murah rezeki ummu sekeluarga..pasni memang hari2 kena masak daging la jawabnya..mau tahan sebulan gak tu..

    ReplyDelete
  5. Kalau jadi macam tu buat serundinglah Ummu.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...rezeki tu...boleh la buka buku resepi cari resepi daging yang sedap2...hehe
    selamat hari raya Aidiladha Ummu dan family di sana ^_^

    ReplyDelete
  7. Subhanallah, murahnya rezeki ummuarissa. Penuh freezer. Ni kalau ibu2 bekerja yang ada stok susu ni, mesti pening kepala nak simpan stok daging sekali dgn stok susu. Macam2 resepi buleh masak ni. Hati kambing sedap ke?

    Yang si Aidan tu dah okay ke skrg? Apa la yg dia dah tersilap makan tu ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dah ok lyd..tahlah makan apa ..pdhal makan sikit jer.mlm tuh...muntahnya kemain teruk

      Delete
  8. assalam ummu,
    anak2 letih macam dah tahu2 yang mak ayah lagi letih seharian berlumuran dengan daging,diorang kasi chance tu rehat..
    Ni kalau dekat umah kita syok ni.. boleh mengorat daging sket hihihihi..
    Sedap daging kambing tu..
    P/S: sorry ummu, ada tercerita kesah kawan jauh lak kat entry hari ni.. excited berkawan la ni sebabnya..

    ReplyDelete
  9. Haa tu diaa!! padat dan sendat dah freezer ummu. Kalau penuh sangat bimbang tak circulate freezer tu ummu. Kakak di rumah ada freezer khas utk simpan kalau tak lagi susah sebab ada yg balik kg kena simpan utk tunggu mereka balik..

    Alhamdulillah rezeki setahun sekali yg berkat ummu utk kita nikmati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. freezer ni boleh tahan kakak wpun penuh takder masalah..:)

      Delete
  10. Alhamdulillah rezeki.. ni kalau dapat kat en. suami, pasti akan masak dan makan ramai2 sebab tak muat nak simpan dalam peti sejuk yang kecik tu..
    Moga murah rezeki yang memberi.. ;)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah..murah nya rezeki Ummu & family...byk stok daging korban tu..mudah2an dpt bertahan... nti mesti byk resepi yg terhasil drp daging2 tu...hehe...
    Abg Aidan, moga dah pulih sepenuhnya...:)

    ReplyDelete
  12. Salam hari raya aidil adha.wah byknya daging.murah rezeki gitu.nanti mesti dah muak nak mkn daging ni hihi.tp maybe boleh let go kpd org yg lebih memerlukan juga if byk sgt.sib baikterer masak mcm2...kot tak mesti mati kutu nak buat apa dgn daging2 tu

    ReplyDelete
  13. Memang murah rezeki u guys, so kat sana mmg meriah la jugak orang berkorban yer. Seronok tengok penuh freezer, senang macam2 boleh masak, jangna pening naik darah sudah haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..risau jugak nie..kena kontrol..kena kontrol..:)

      Delete
  14. waaaah banyaknyer akak dpt daging korban.... kt sana lg banyak dpt yek kak... dana pun tak samapi 5kg dpt... itu pun campur dr johor n kerteh...

    ReplyDelete
  15. salam ummu..alhamdulilah..rezeki melimpah ruah

    ReplyDelete
  16. Siannya Aidan....salah makan kot UA....
    Kat sini yg ceri beri UA...siap demam lagi, nasib pagi raya dah kebah....
    OKje tak dapat pun daging korban....
    Nanti kalau buat steak post Malaysia tau! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..pos ikut kapal terbang tak basi ker okje..:)

      Delete
  17. amboiii banyaknya...stok utk berbulan2 tu hehe...

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, murah rezeki UA sekeluarga... kat sini tunggu jugak orang ketuk pintu beri daging korban... tak xde.. hahahha, kalau ada tu mmg mimpi di siang hari :D

    ReplyDelete
  19. Salam Ummuaidan,

    Punyalah banyak daging korban! Murah rezeki. Kalau freezer penuh begitu berlaku black-out tak ke naya!

    ReplyDelete
  20. Selamat hari raya aidiladha UA sekeluarga. Lamaaaaa tak singgah sini...

    Alhamdulillah murah rezeki dgn daging korban walaupun duk obesi. Kami yg tak merada huhuhuu..

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah, murah rezeki. Banyak betul daging korbannya, hah. Memang hari-hari pun daginglah menu utama yek. Kena tengok gak level kolesterol nanti :D

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah..aidan makin ok tak selera mkn nyer...salah makan tak pun minum lah tu...banyak tu dgg...rezeki ummu sekeluarga....yg qorban aritu sy pnya pun tak sampai 10 kilo...semoga selamat dgg2 tu dlm freezer..dpt rotate masak2 best kan..:D

    ReplyDelete

Harap maaf sekiranya jejak anda tidak mendapat kunjungan balik yea,..mana2 komen yang berbentuk pertanyaan inshaallah akan cuba dijawab sebaiknya..kalau tak sempat tuh mintak maaf banyak2lah yer..:)

Nuffnang Ads